HARI PERNIKAHAN

Romance Completed 63381

"Bunga dah siap ?” Tanya mommy menyentapku dari lamunan

“Dah , pengantin dah sampai ke?”
Aku meneruskan majlis dengan baik.
Tersenyum sipu apabila diusik. Selagi boleh aku lakukan akan aku lakukan.

“SO cantik my sis malam ni. Untung lah abang tu malam ni.” Usik Abang Ketigaku , Nazim.

“Apalah along ni , kalau tak mengusik adik tak boleh kan?” Ujarku marah

“ Tah along ni , adik tu dah nervous mcm nak tercabut kain dah nampak. Hahaha.” Giliran angahku pulak mengusik

“ Along ! Tengok abg ngah ngan abg de ni along. Tak habis habis usik adik” Adu ku

“Eleh adik ni kalau usik sikit mesti nak mengadu dengan along kan! Manja!” Ujar Abg de sambil mencubit pipiku

“Sakitlah ! memanglah kena bagitahu along. Korang dari kecik lagi memang suka buli adik. Kan?”

“Dahla asyik bergaduh je. Korang ni jangan lah bagi adik tu nebes lagi. Kesian dia. Dahla kena kawin paksa , dapat abang suka mengusik pulak. Apelah korang ni” Celah Abg teh , abg keempatku.

“ Kan abg teh , jahat sorang sorang ni. Lepasni kalau cari adik dekat hospital lagi siap. Adik malas nak layan” Ugutku

“ HAHAHAHA alaa kitorang guraulah adik kesayangan! Modal yang sama je dia ni guna. Hish mujur adik kalau orang lain ni abg ngah cekik cekik dia”

“Blueekk” Aku menjelirkan lidah
Perbuatan aku diperhatikan di sudut pelamin. Boleh terlupa yang aku ni sudah bernikah.

“ Bunga , tu pihak pengantin lelaki nak bergambar. Pergi cepat” Celah mama sambil menarik aku ke arah pelamin.
Seusai majlis , aku ke bilik untuk menukar pakaian. Tapi pintu bilik aku diketuk berkali kali ketika aku berada dalam bilik air. Bergegas aku keluar dan menyarungkan pakaian.
“ Ye?” Ujarku sejurus aku membuka pintu
“U dah lupa ke , yang u ada suami ni ?” Tanya lelaki yang baru aku nikahi sebentar tadi.

“ Oh sorry , old habits die hard. I tak biasa ada orang lain dalam hidup i so, sorry.” Ujarku sambil berlalu ke katil
“ U tidur sini ke malam ni ?” Tanyaku
“Yes. As i should. A husband should.”
“ U sendiri tahu this is arrange marriage right ? What do u expect?” Tanyaku , curious

“ Still, we are husband and wife. Kita boleh cuba bercinta. Lets give each other some times to know each other. So , maybe it works that way.”

“ Hm , we’ll see. But just fyi , waktu kerja u dan i berbeza dan mungkin kita tak akan jumpa mana pun dalam sehari. I dont work normal working hour so i taknak nanti benda ni jadi hal dan isu di kemudian hari. I taknak ada restriction or paksaan dari pihak mana mana even from my side. I hope u understand that. Tapi kalau setakat untuk jaga hati parents u dan parents i , we can make that happen. Just give me heads up.”

“Yeah.. I penat sangat ni. I nak tidur sini boleh kan?” Tanya lelaki itu

“ Takpelah u tidur sini , i tidur bilik guest. U rehatlah.” Ujarku sambil bersedia untuk keluar

“ Please , teman i malam ni ? This is new to me too. Ada kawan teman i bersembang pun i tak rasa kekok sangat”

Aku terdiam sambil memikirkan apa lagi alasan untuk aku tidak tidur sebilik dengan dia

“ Please?”

“ Alright” Akhirnya aku beralah dengan lelaki itu

“ Can i know your name ?” Ujarku sambil melabuhkan punggungku ke katilku.

“ U dont even know my name even im married to u huh?”

“ Yeah, this wedding plan pun my parents yang uruskan. I just get here 1 hour before reception so dont blame me” Ujarku bersahaja

“ Im Jeffry Helmi , but just call me jeff. Nice to meet u, Bunga Indah Adora.”
“Berapa lama u hafal sebelum angkat nikah tadi ?” aku mula terbayangkan yang dia tergagap gagap melafazkan nama aku.

“ Just once. I adore this name actually. The first time i dengar pun , well i cakap mesti cantik orangnya. And my guesses is right. U do look beautiful.”

“ Wah , men with words too , but dont get to cocky dengan i. Eh , i think u restlah dulu. I nak turun bawah bantu mama i mana yang patut. Jam pun baru 8 malam, terlalu awal untuk i tidur. U rehatlah ya.” Ujarku sambil menutup pintu
“ Mana husband bunga ?” Tanya momy setelah nampak aku melabuhkan punggung di meja makan dapur.

“ Tidur rasanya. Dia cakap dia penat tadi. Dia ada dalam bilik bunga.” Ujarku bersahaja

“ Alhamdulillah. Mommy tahu bunga dengan dia tak cinta satu sama lain tapi mama harap bunga boleh cuba selami hati dia ye sayang. Mommy nampak dia pun seorang yang baik dan boleh diharap. Mommy harap ini yang terbaik untuk bunga. Maafkan mommy dengan daddy kalau bunga rasa terpaksa dengan perkahwinan ni”

“Let bygones be bygones mommy, the milk already been spill. Hm parents dia dah balik ke? Bunga tak sempat nak kenal mana sangat family dia tadi. Masa tangkap gambar tadi jelah sempat kenal kenal”

“ Ada tu kat luar lagi rasanya dengan daddy ataupun dah balik , im not sure”

“ Ohh. Mommy , bunga lapar lah , kat dapur ni ada makanan tak?”

“ Bunga pergi ambil dekat luar tu , rasa tadi budak katering ada tak kemas lagi. Pergilah”

Aku menuju ke khemah setelah nampak kelibat daddy ku. Tapi aku tak perasan keluarga jeffry masih ada lagi disitu.

“ Daddy , bunga laparlah. Ada makanan lagi tak ?” Tanyaku sambil memeluk lengan daddyku

“ Ada , daddy baru nak bawak masuk tadi. Ingatkan lepas bunga mandi tadi terus tidur.”Ujar daddy

“ Ok bunga nak pergi ambil makanan jap.”

“ bunga duduk je nanti daddy pergi ambilkan ”

Dalam kelekaan aku membelek telefon yang berada di tangan , satu suara menegurku.

“Bunga ?”

“ Yes , sy” Ujarku sambil berpaling ke arah suara tersebut.

“ Boleh aunty duduk sini?”

“ Sure , duduklah”

“ Terima kasih ya bunga sebab terima jeff jadi suami. Maaflah kalau bunga rasa terpaksa. Sayang rasanya kalau hubungan keluarga terputus dengan kami. Sebab tu papa bunga dengan kami bercadang nak satukan jeff dengan bunga.”

Aku hanya tersenyum kelat. Dah nak buat macam mana kan ?

“ Um, boleh bunga tahu aunty ni makcik jeff ke?” Tanyaku blur. Yelah , tak kenal sorang pun. Haha

“ Itu ibu i lah bunga.” Sampuk jeff dari belakang

“ Eh sorry. I tak kenal. Sorry aunty” Ujarku berulang kali

“ Mana boleh panggil aunty dah , u kan dah kawin dengan i. Jadi kena panggil sama macam i panggil lah. Ibu” Balas Jeff

“Oh”

“ No worries bunga , take yourtime. Ibu tak apa , tunggu sampai bunga ready okayy.”

Aku mula menggaru kepalaku yang tak gatal. Adeh so awkward!

"Ha jeff , jangan malu malu. Jemput makan sekali dengan bunga ni ha.” Tegur Daddy

“ Ok daddy , jeff pun macam lapar juga ni. Tadi terlelap sekejap , segar dan lapar la pulak. Bangun bangun tengok bunga tak ada ni tu yang turun tu cari dia. Jeff tak biasa lagi dekat rumah orang.”

“ Rumah orang apanya jeff, rumah kamu dah pun sekarang.Ha da cukup cukuplah bersembang tu. Kak ani kalau nak makan ambil lah sekali.”

“ Tak apa lah zif , kak ani kenyang lagi ni. Kalau akak nak nanti akak ambil. Seronok tengok dua orang pengantin baru ni makan” Ujar ibu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience