MATA TU PANDANG DEPAN 2

Romance Series 11355

×TUAN HAZRIEL AIDEN×

"Malam ni mungkin tak" aku membetulkan tali leherku dengan kemas. "You always said that. Abang susah sangat nak balik then luang masa dekat rumah agam tu. Ni pun apa mimpi abang free and Eliz dapat lunch dengan abang" kata Eliz bersama dengan bibirnya yang ikut memuncung apabila mendengar responku tentang ajakannya untuk kembali ke rumah agam keluarga kami untuk makan malam nanti.

"Aku bukan suka-suka. Malam ni abang ada meeting dengan klien besar daripada China so it's a big no" aku memandang adik perempuanku sekilas sebelum merangkul bahunya. "Nampaknya malam ni cuma Eliz, mama dengan papa jelah. What a boring dinner" Eliz mengomel sebelum melepaskan tanganku yang berehat di atas bahunya.

"Adik kan dah nak balik tak lama lagi. So bila dia balik nanti, kau dah tak sunyi. Sabar jelah. Lagi beberapa hari je lagi" ingatku kepadanya. Terus sahaja mata yang tadinya kelihatan sayu tidak bertenaga bertukar girang dan excited. Tiba sahaja Hazreed, adik bongsu kami daripada overseas nanti pasti akan membuatkan Eliz, mama dan papa gembira dan tidak sabar menunggu kepulangannya nanti. Bukan mereka sahaja, bahkan aku juga ternanti-nanti akan kepulangan adik bongsu kami itu.

"Nanti adik balik, dia dah pesan awal-awal suruh abang cuti satu hari then pick him up from the airport. Dia kata dia nak spend time dengan abang hari dia sampai tu. He even threathen us kalau abang tak ambil dia daripada airport sendiri, dia tak akan teragak-agak untuk balik ke Kanada" jelas Eliz sambil membaca riuk wajahku.

"Amboi, belum sampai Malaysia lagi dah demand macam-macam?" sambungku dengan gelengan kepala lembut. "Namanya pun Tuan Hazreed Airiel anak kepada Tuan Hazmi Lee dan adik kepada Tuan Hazriel Aiden. Pernah ke dia tak demand macam-macam? Abang Haz pun lebih kurang dia jugak. So better jangan complain apa-apa"jeling Eliz.

"Wow. Such a good counterattack dear sis" aku menjeling kembali. "Jomlah lunch. Eliz lepas ni nak kena balik office cepat ada meeting dengan lembaga pengarah" kata Eliz yang membuat dahiku berkerut. "Mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah? For what?" Aku bertanya. It's true, aku sudah tiada hak dalam Emerald Tuan Holdings yaitu syarikat papa since aku sudah berjaya membangunkan syarikatku sendiri, Iris Jewels tetapi aku masih lagi berada di dalam The Tuan's Group dan dalam masa beberapa tahun lagi, aku akan menggantikan tempat papa sebagai The Chief dalam The Tuan's Group.

"Ni mesyuarat tentang adik nak balik lah abang. Adik kan antara calon CEO yang akan gantikan papa nanti so there will be another meeting between me, papa and ahli-ahli lembaga pengarah yang lain" kata Eliz yang membuatku faham.

"Eliz teringin nak makan masakan kampung and one of my friends ada suggest satu tempat ni. Kita ke sana eh abang?" pujuk Eliz. Disebabkan ingin menebus rasa bersalahku pada Eliz kerana tidak dapat penuhi permintaannya untuk makan malam bersama malam ini, aku turutkan sahaja tanpa berbanyak alasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience