MATA TU PANDANG DEPAN 1

Romance Series 11355

×RATU FAIRUZ SOFEA×

"Beb, nasib you ada tadi. Kalau tak, matilah I tadi" Fira, rakan seperjuanganku mengurut dadanya lega. Aku hanya tersenyum ringkas. "No biggy lah Fira. Benda simple yang I boleh tolong, I tolong lah" aku menepuk bahunya lembut tanda mesra.

"Memang nampak simple je Queen tapi kalau tadi I tersilap pandang, benda simple tu yang boleh jadi sebab kubur I kena gali you tahu tak!" Fira menepis rambutnya yang menyapa muka ke belakang. "Nasib tadi you tergerak nak check design I kalau tak? Memang mengamuk Mr. Wong tu. Dia dahlah perfectionist!" Fira mengomel lagi. Aku hanya memberi senyum yang biasa aku lemparkan kepada rakan sejawat.

"You nak lunch mana? Today I belanja" Fira, gadis yang berusia 25 tahun itu cukup membuktikan bahawa angka tidak melambangkan apa-apa. Walaupun sudah berumur 25 tahun, gadis comel ini perwatakannya lebih muda daripada umurnya. Ramai yang menyangka bahawa Fira masih lagi belasan tahun. Aku yang pada awalnya juga terkejut apabila diberitahu bahawa Fira, gadis cute di depanku ini sudah memasuki tahun ke-25 dalam hidupnya.

"You nak belanja? Wow. Okay, how about kita makan dekat blok depan tu. I tadi sebelum masuk office ada perasan restoran baru. Rasa macam nak cubalah" aku mencadangkan. "Okay jugak. Jomlah I dah lapar ni" Fira membimbit beg tangannya sambil memaut lenganku. Nasib sempat aku mencapai tas tanganku sebelum bergegas keluar daripada office.

Disebabkan office kami dengan restoran baru itu berdekatan, kami memilih untuk berjalan kaki sahaja. "Queen boleh tak I nak tanya something dekat you?" Fira kelihatan ragu-ragu. "Tanya jelah Fira" aku memasukkan kembali telefon pintarku ke dalam tas tangan selepas melihat satu mesej masuk yang datang daripada housemateku Noah.

"Your family background kan actually a good one indeed and your mom also got her own company. Maju pulak tu. So why you tak kerja je dengan salah satu company family you? Nak kata you dalam bidang lain, diorang dalam bidang lain, tidak. You all semuanya dalam bidang yang sama" Fira menyoalkan. Sudah pasti, persoalan ini sudah lama ingin disuakan tetapi masa yang tidak kena menjadi permasalahannya.

"Well, it's kind of complicated lah Fira. So better I tak perlu cerita. Jomlah jalan cepat sikit. I lapar ni" aku cuba mengalihkan perhatiannya. "Don't let that stomach ruin. Let's go" Fira bergegas menarik tanganku dan berjalan selaju mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience