BAB 6

Thriller Completed 1383

‘’Tak usah takut dik, perbualan kita ini biasa sahaja, tiada yang serius jadi jangan khuatir,’’ ujarnya cuba menenangkan aku yang sudah berprasangka bukan-bukan.

Eh betul lagi, dia memang sah boleh baca fikiran aku. Baru sahaja aku mahu menjerit meminta tolong tiba-tiba Jean memecah kebuntuan dan ketakutan dengan perkataan, ‘’Just kidding!’’ Jantungku yang ketat dan sesak untuk bernafas tadi serta merta berdegup normal.

‘’It’s not funny!’’ Jawabku.

Jean kemudiannya menjelaskan bahawa dia hanya sekadar meneka sebrarang pertanyaan yang bermain di mindaku dan dia sendiri pun tidak menyangka bahawa tekaannya itu benar.

Setelah ku amati dan telaah sikapku sendiri,akhirnya aku sedar betapa bodohnya aku kerana begitu mudahnya mempercayai dirinya. Apa? Sedih dan kesunyian?

Aku sama sekali tidak pernah merasa perasaan itu kan? Apa pernah aku merasa sedih dan sunyi? Ya memang selalu. Haruslah aku merasa perasaan itu. Aku ini separa lumpuh dan tak lama lagi aku sedar sakit ku ini akan menyerang seluruh tubuhku membuat aku lumpuh total atau meninggal lebih awal.

Ya aku memang menipu diriku untuk berpura-pura dari tidak merasa perasaan itu.

Apa yang lebih menyakitkan adalah kenyataan bahwa aku pernah berjalan sebelum terdampar tak berguna seperti sekarang ini. Perasaan indah yang ku nikmati dengan berjalan, berlari telah selamanya sirna dari hidupku.

Aku tidak bisa melakukan banyak hal lasak yang ku gemari bahkan hal ringan seperti bersenam kerana penyakit ini ditambah lagi aku hanya memiliki kemampuan sosial yang minimum, saat ini aku tak ubah persis sampah masyarakat yang ada sekadar untuk menyemak muka bumi ini.

Perbualanku dengan Jean membawa kepada sedikit penerangan pada gelapnya hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience