Completed
1383
Dan hari ini, pengunjung taman ini sekali lagi adalah pasangan kekasih dua sejoli. Berjalan dengan lenggok perlahan pasangan sedang berkasih-sayang yang mengisi setiap momen dengan kucupan manis dan kata-kata nan syahdu.
Aku hanya mengamati dengan satu pandangan yang pelik kerana aku tidak pernah merasa untuk mempunyai seorang kekasih meskipun ramai temanku yang menyuruhku mencari jodoh.
“Hey kau tu perempuan, kau patutnya dah mulai fikir pasal jodoh,’’ ujar mereka. Apakah pantas mereka ini ku katakan teman? Sungguh mereka bukan teman sebenar kerana tiada siapa yang dapat mengerti aku selain diri ku sendiri.
Mungkin juga dek kerana sifatku yang terlalu pendiam, introvert, yang mungkin menjadi penghalang untuk aku memiliki kekasih atau pun teman sejati.
Buat masa ini mereka ini bukanlah teman tapi lebih kepada kenalan. Kerana mereka seperti itu, kenalan yang ku kenal persis seperti angin bayu yang menyapa.
Dan aku sama sekali tidak merasa sedih walau sekelumit pun. Kerana pada hakikatnya aku bahagia bersendirian. Tidak perlu terlalu memikirkan bagaimana untuk menggembirakan orang lain. AKu hanya perlu menggembirakan dirku sendiri.
“Boleh saya bantu awak tolak kerusi roda awak ni?’’ tanya seorang jejaka yang menghampiriku.
‘’Apakah awak melihat saya seperti orang yang sedang memerlukan bantuan?’’ tanyaku sinis. Aduh bodoh dan berlagaknya! Kenapa aku harus jawab soalan seperti itu?
Ya, Ini yang sering terjadi jika ada yang tiba-tiba mahu memulai perbualan denganku. Mujur dia tidak cepat merasa tersinggung bahkan cuma tertawa kecil.
Share this novel