Cukup umur khairani 18 tahun, bidan baiduri masuk meminang khairani untuk anaknya karim. Harun insan yang paling gembira sewaktu majlis perkahwinan karim dan khairani. Karim dan khairani tidak menunggu lama untuk menimang cahaya mata pertama, seorang bayi perempuan saat usia perkahwinan mereka 1 tahun. Khairani bersalin di klinik kerajaan jadi perkhidmatan bidan baiduri sudah tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, bidan baiduri sudah memberi pesan supaya anak dan menantunya, berpindah jauh daripada desa setia. Dengan harta kekayaan yang ditinggalkan oleh tok jali, karim membawa anak dan isterinya berpindah ke bandar. Karim mahu menamakan anaknya Kamilia tetapi khairani menyatakan camelia ialah nama sejenis bunga dalam bahasa inggeris. Karim menamakan anaknya dengan ejaan melayu iaitu Kamilia kerana namanya dan isterinya bermula dgn huruf K bukan C. Khairani bertegas mahu memanggil Kamilia sebagai Cammy. Sewaktu di bandar, semasa tidur, cammy yang berumur 4 tahun mengejutkan khairani.
Khairani : ada apa cammy?.
Cammy: ada bunyi bising di depan mama, cammy takut.
Khairani : takde bunyi apa apa cammy, pergi tidur. Cammy memberanikan diri ke ruang ramu seorang diri. Dia melihat 4 lembaga hitam sedang menyusun atur perabot di ruang tamu rumah, ketika 4 lembaga hitam itu menyedari kehadiran kamilia, mereka berhenti serentak dan memalingkan wajah mereka ke arah kamilia. Walauupun ke empat empat lembaga tersebut tidak memiliki mata, hidung dan mulut, kamilia bersorak gembira seperti baru mendapat kawan baru
Salah satu lembaga itu bertanya?.
"nak bermain dengan kami?.
Kamilia: nak nak. Hampir setiap malam selama seminggu kamilia bermain main dengan lembaga lembaga itu. Satu mlm lembaga itu mengajar kamilia cara membuka kunci rumah. Karim yang tidak tahan dengan bebelan isterinya tentang kejadian aneh di rumah mereka nekad untuk berjaga pada mlm itu. Dia mendengar bunyi kunci pintu depan di buka, karim bergegas keluar dan sempat menyambar kamilia daripada di bawa lari karim geliasah, terngiang ngiang suara bapa nentusnya.
Hazali: karim, khairani, jika kamu mendapat anak perempuan, jagalah anak kamu baik baik, kerana puak bunian sudah menaruh hati terhadap cucu perempuan pertama bapak. Mereka akan membawa lari anak perempuan kamu. Kemudia peringatan daripada ibunya pula menyapa ingatan
bidan baiduri: karim, bapa mentua kamu tu kaya bersebab. Dia sudah terlanjur berjanji dengan puak bunian. Puak bunian menukarkan harta kekayaan tok jali dengan anak perempuan kamu. Mak akan sediakan tangkal pelindung pada cucu mak, kamu pakaikan pada anak kamu ya. Karim betgegas masuk kebiliknya dan mengeluarkan seutas gelang emas kanak kanak yang di balut dlm kain kuning. Karim. memakaikan gelang itu di tangan anaknya. Karim kemudian mencari tempat baru untuk tinggal, dia teringat tentang penempatan baru untuk orang melayu yang di tawarkan kerajaan, lalu karim memohon. Sebulan kemudian karim menerima keputusan pernohonan, dia terpiilih untuk menerimaxpenempatan baru sebagai peneroka felda. Karim dan keluarganya berpindah lagi.
Che da bagi double update ya, sbb hari pertama dapat 222 views.
Share this novel