70 tahun dahulu
Hazali, 56 tahun dilantik oleh wakil rakyat daerah sebagai penghulu desa setia. Sebuah desa yang baru dibuka dan masih belum ada ramai penduduk disitu. Isteri hazali, kamsiah baru sahaja melahirkan anak perempuan. Permata hati pertama selepas 7 tahun berumah tangga.
Bidan baiduri: cantik sungguh anak kamu ni siah.
Kamsiah: alhamdulillah rezeki dari Allah.
Bidan baiduri: teringin aku nak jadikan isteri untuk si karim.
Kamsiah : InshaaAllah kak baiduri, andai ada jodoh.
Bidan baiduri: jali, ada tetamu nak datang ni, aku mandikan anak kamu sebentar ya.
Jali: ya kak baiduri, bilik air disebelah kanan sana.
"Assalamualaikum", suara tetamu tiba.
Jali: waalaikummussalam. Hazali menjenguk melalui jendela, ada 5 pemuda berbadan besar di hadapan rumahnya, kesemua mereka nemakai kooiah berwarna putih dan berjubah Tetapi tiada seorang pun dikenalinya.
Pemuda 1: ini rumah penghulu ya?.
Jali: ya, saya hazali, penghulu disini.
Pemuda 1: kami dari kampung sebelah, penghulu kami mahu berjumpa dengan tok penghulu hazali
Jali: kalau saya pergi esok siang boleh tak, lagipun isteri saya baru melahirkan anak perempuan, saya tak mahu meninggalkan isteri saya.
Pemuda 1: tak boleh, perlu ikut kami sekarang juga, atau pun kami boleh tolong bawakan isteri dan anak perempuan kamu.
Jali: tak mengapa, aku akan ikut kamu semua, sekejap ya, aku salin pakaian.
Bidan baiduri: kamu perlu pergi ke mana jali?.
Jali: dipanggil oleh penghulu dari kampung sebelah. kak baiduri tinggal dengan isteri saya sehingga saya kembali boleh?
Bidan baiduri:, boleh, kamu pergilah cepat.
Jali pergi mengikut kelima lima pemuda tersebut.
Kamsiah: abang jali kemana kak.
Bidanbaiduri: entahlah katanya dipanggil penghulu kampung sebelah.
Kamsiah: desa kita di pinggir hutan kak, ada perkampungan lain kah?
Bidan baiduri: siah, aku mahu beritahu kamu rahsia ya. Jangan di bilang pada orang lain.
Kamsiah: rahsia apa kak, jangan takutkan siah.
Bidan baiduri: desa kita di bina di tepi 0erkampungan bunian, jali dipanggil. Oleh ketua orang bunian siah. Bila jali balik, suruh jali mandi air bunga, aku akan siapkan mandian air bunga dalam tempayan di bilik mandi ya. Takut ada yang mengikut jali balik. Aku cuma risau anak kamu ni jer, maklumlah bakal menantu aku ni.
Kamsiah: terima kasih kak baiduri.
Bidan baiduri: kita perlu saling membantu, bila aku susah kamu la pula bantu aku.
Tok jali dari desa setia di bawa memasuki hutan yang tebal, tok jali ialah ketua kampung desa setia yang jujur dan amanah.
Jali:dah masuk hutan ni tak sampai lagi ke, namun tok jali ibarat bercakap dengan mannequin bergerak. Diam tak bercakap.
Kata hati jali: baru aku perasan nafas aku sorang jer yang berbunyi kereka berlima ni x merasa penat ke?.
Tiba di satu anak sungai yang sangat jernih, mereka tetpaksa merentasi anak sungai itu dan Tiba di satu kawasan lapang betul betul sebelah sungai tersebut.
Jali : jauh lagi ke?
Suara marwan: kamu dah tiba, suara itu datang dari sebelah kanan. Seorang lelaki tua berjanggut dan berambut panjang, dengan warna putih keseluruhannya muncul di antara semua penduduk di situ.
Marwan: aku marwan penghulu di sini. Nama kamu siapa.
Jali: aku hazali, penghulu desa setia.
Marwan: sudah diberi nama rupanya. Siapa beri kamu kebenaran membina desa disini?. Ini tanah keturunan puak kami.
Hali: aku tak tahu, pihak kerajaan melalui wakil rakyat memilih aku sebagai penghulu. Aku juga baru sampai ke sini 7 hari yang lalu.
Marwan: orang kota, suka suka masuk kawasan orang kemudian mengaku tanah sendiri. Kamu tahu berapa ramai rakyat aku terkorban kerana kerakusan kamu semua.
Hali: desa ini masih kosong, tidak ramai penduduk, yang ada cuma tanah hutan, di ratakan untuk dibina rumah dan tempat bercucuk tanam.
Marwan: setiap tempat di sini mempunyai penduduk dan rumah. 20 buah rumah kau musnahkan dan 50 orang terkorban.
Jali: kamu tahu aku x nampak apa² pun.
Marwan: itu kerana kami ini keturunan yang istimewa. Aku akan beri keistimewaan untuk kau melihat kami dan kau boleh wariskan ke istimewaan ini kepada keturunan kau sahaja.
Jali kemudian melihat beratus orang sedang berdiri memandang kepadanya dengan renungan tajam.
Kata hati jali: nampaknya mereka semua ini sedang marah. Aku perlu bijak berdiplomasi.
Jali : aku minta maaf, bagaimana caranya aku nak menebus kesilapan orang orang aku.
Marwan: pesan pada orang orang kau, minta izin sebelum nak masuk hutan sama macam kau minta izin nak masuk rumah orang. Bagi salam pun boleh kami pun islam juga. Jangan kencing atau berak di merata rata tempat. Jangan mencemarkan sungai. Sungai ini sumber air kami untuk memasak dan mandi. Dan aku mahu sesuatu yang istimewa dari kamu.
Jali: aku tiada barang kemas atau wang.
Marwan : aku tak perlukan harta itu, tiada gunanya untuk aku. Anak buah aku cakap, isteri kau baru saja melahirkan anak perempuan, aku mahu anak itu.
Jali: tak boleh beri aku tak boleh memberi anak aku, 7 tahun aku dan isteri menunggu kelahiran anak itu.
Marwan: baiklah cadangan terakhir,aku mahu cucu perempuan kau, aku akan hantar anak aku harun untuk tinggal dirumah kamu dan bila tiba masanya harun akan membawa jodohnya tinggal disini
Jali: cucu aku untuk dijadikan anak menantu kau.
Marwan: ya, kau lihat di sana tu
Peti itu untuk kau, anak buah aku akan membawanya ke rumah kau. Jsngan risau isi dalam peti itu cuma kau seorang boleh melihatnya, setelah kau pegang barulah orang lain boleh melihat peti dan isi kandungannya. Jika kau bersetuju, setiap bulan akan ku hantar peti yang sama kerumah kau jali. Kau boleh menjadi kaya.
Kata hati jali: patutkah aku mempertaruhkan cucu aku untuk harta ini.
Jali: kalau aku bersetuju, aku mahu buat perjanjian. Jangan ada penduduk kau mengganggu penduduk aku.
Marwan:jika puak kau tidak kengganggu, kami tidak akan membalas.
Jali: baiklah aku setuju.
Hazali pun kembali kerumahnya, harun mengikut secara senyap senyap dari jauh.
Jali: siah, abang dah balik. Kak baiduri dah takde?.
Kamsiah: lak baiduri baru saja pergi. Anaknya karim datang mengajaknya pulang, abang.... , kak baiduri dah siapkan air bunga ditempayan, abang pergi mandi dulu sebelum mendukung khairani.
Jali: khairani?. Cantik nama tu.
Kamsiah : puas siah fikir. Jadi siah ambil hufuf k dari nama siah dan huruf h dari nama abang.
Jali: kalau anak lelaki pasti khairul.
Kamsiah : ya, abang kak baiduri ada beritahu rahsia pada siah. Kampung yang abang pergi tadi tu kampung bunian ya.
Jali: ya, 50 orang puak bunian terbunuh sebab nak bina desa kita.
Kamsiah: jadi apa yang penghulu bunian mahu.
Jali: namanya marwan. Dia mahukan khairani tapi abang tak bagi kemudian dia minta anak perempuan khairani jadi menantu dia. Sebagai habuan, kita dapat ni. Jali meletakkan tangan di peti harta itu. Ada apa di dalamnya.
Jali: apa kau x nampak?.
Kamsiah: peti itu kosong, pergi cakap dengan marwan kita x setuju.
Kata hati jali: pegang dulu barang kemas itu.
Jali: oh siah, sekejap, abang lupa abang seorang saja boleh lihat, jadi tiada yang boleh mencurinya.
Jali memegang seutas rantai emas, perlahan lahan kamsiah dapat melihat kalung emas di tangan jali. Jali mengambil gelang, cincin dan anting anting untuk isterinya. Sekelip mata penghulu jali menjadi kaya. Cuma Bidan baiduri dan kamsiah yang tahu dari mana asalnya kekayaan tok jali.
Harun yang mengikut jali pulang tersekat di muka pintu. Harun kembali bertemu bapanya marwan. Harun cuma perlu mengerdipkan matanya dan dia sudah tiba di perkampungan bunian.
Harun: bapak, harun x dapat masuk rumah tok jali, berpagar.
Marwan: manusia memang mudah lupa janji.
Kata hati che da : stop menyanyi lagu dato jamal, kau lupa janji dan sambung menulis. Ok readers boleh menyanyi.
Marwan: harun, gunakan kuasa hitam kita.
Harun: baiklah bapak, harun faham.
Kuasa hitam yang dimaksudkan ialah kuasa yang boleh menceroboh mana mana pagar yang dibuat oleh manusia kecuali pagar yang menggunakan atat ayat al quran.
Harun berjaya masuk ke rumah jali dan ke buaian bayi.melihat khairani.
Kata hati harun: kalau kau sebegini cantik, anak kau pasti lebih cantik. Bdlertuahnya aku, harun kemudian menyorok di bawah katil. Dengan kuasa ilmu hitam harun, tok jali tak dapat melihat harun dirumahnya dan harun tidak boleh mendengar laungan azan, bawah katil tempat yang selamat bagi harun.
Che da akan update cleopatra berselang seli dgn cam camelia.
Share this novel