Rate

EPILOG

Romance Series 1728

JIWA aku kosong, seperti tin kosong yang aku sepak berselerak di atas tanah. Pengetuk tin aku hempas ke bawah. Tubir mata mula terasa panas, tersedar ada air mata yang mahu jatuh. Aku biarkan.
Aku menangis dan terus menangis. Itu sahaja aku mampu lakukan waktu ini. Aku tak mahu ingat lagi semua ini tetapi semakin aku cuba melupakan, semakin rasa ini kuat bertandang.

"Sayang, please faham keadaan i.." suara itu perlahan kedengaran dari arah belakang aku.
"I sayangkan you.. I mintak you sabar kejap untuk I settlekan semua ni. I sendiri tak sangka benda ni jadi." aku terus menangis, makin Ayeb bersuara makin sakit yang aku rasa.

"You nak settlekan apa Yeb? You dah nikah dengan dia! You.." ayat aku terhenti disitu. Tangisanku bersambung.

Terasa panas Ayeb memelukku dari belakang. Aku biarkan. Hati aku kembali tenang. Lama aku diam dalam pelukannya. Tangisan aku makin reda.

Aku berpusing membalas pelukan Ayeb. Kekasih hati yang aku cintai dari zaman sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience