Rate

1

Romance Series 1728

AWAL hari ini aku bersiap ke sekolah. Tak seperti selalu, hari ini aku rasa lebih bersemangat. Aku mengemas beg sekolah sambil memasukkan buku-buku teks mengikut subjek yg telah dijadualkan.

"Dina, Ayeb dah sampai. Dia tunggu kat bawah. Jangan lambat sangat." suara Ibu kedengaran dari luar bilik.

"Baik bu. Dina siap dah ni." jawabku pula sambil merapikan rambut agar lebih kemas. Aku tersenyum.

Barangan aku capai sebelum melangkah keluar.

"Harini ada kelas tambahan ye Yeb?" aku dengar suara Ibu menyoal Ayeb.

"Ye makcik. Yelah minggu depan dah mula ujian penggal." jawab Ayeb sopan.

Aku menarik kerusi untuk bersarapan sama. Aku senyum memandang Ayeb.

Ayeb anak kepada Makcik Murni, pengusaha kedai runcit dihujung jalan taman perumahan yang kami diami. Rumahnya hanya berselang tiga buah rumah dari rumah aku.

Ayahnya sudah meninggal dunia 2 tahun lepas akibat serangan sakit jantung. Sewaktu itu kami sedang menduduki peperiksaan PMR.

"Dina, kau dah siapkan homework yang Cikgu Mimah bagi semalam?" aku berpaling mendengar soalan dari Ayeb.

"Alamak! Aku tak siapkan lagi laa." jawapan aku mengundang riak cemas di wajah Ayeb. Aku hampir ketawa tapi aku tahankan.

"Weh kau ni. Biar betul? Kau nak ke kalau dia baling buku kau dari tingkat 3 kelas kita haa??" soalan Ayeb bertalu membuatkan aku tak boleh menahan gelak. Berdekah ketawa aku pecah pagi itu.

"Eh eh apa ni? Adoiii sakitlah Yeb!" aku merungut apabila tangannya cepat sahaja memulas telinga aku.

"Haa itu laa nak mainkan aku. Ishh kau ni tak pernah nak serious lah!" Ayeb keras menjawab. Aku sambung ketawa.

WAKTU berlalu tapi setiap apa yang terjadi semuanya masih segar diingatan. Aku menutup paparan skrin laptopku, terbang semua idea aku untuk menyiapkan kertas kerja projek tahun akhir syarikat aku bekerja.

Terlalu banyak kenangan indah yang kami cipta bersama. Kenangan indah yang membawa seribu luka saat ini. Aku sudah terlalu puas menangis. Aku buntu.

Bukan aku tak cuba melupakan apa yang terjadi, tetapi setiap kali aku ingin membuang semua cerita ini, setiap kali itu juga Ayeb akan datang memujuk aku.

Aku jadi lemah dengan pujukan dia. Sungguh cinta dan sayang aku masih miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience