“La… kau ni. Titi . Kawan Naurah .”
“Kau nak buat apa?”
“Aku nak test nombor baru aku ni. Saja nak kacau dia,” balasnya.
“Kau ni tak ada kerja sangat ke?”
Alex tersengih. Dia suka dengan sikap ramah Titi .
“Cukup- cukuplah Alex . Kau nak Titi masuk perangkap kau ke?”
“Ish kau ni… Macamlah aku jahat sangat. Aku cuma nak main- main je.”
“Kau ingat, mempermainkan hati perempuan ni. Baik sangat ke?”
“La…. kau jangan nak bersyarah pulak,” mencuka wajah Alex . Terus
merampas telefon Borhan . Senang hati kerana kini dia sudah mempunyai dua
telefon. Dua nombor. Jadi Karnaina atau Samrah mungkin tidak akan menghidu
aktivitinya.
“Sampai bila kau nak macam ni Alex ?”
“Maksud kau?” dia sudah menghantar satu SMS kepada Titi . Dia menunggu
sahaja balasan dari Titi . Dia tahu Titi masih belum berpunya. Titi juga
tahu dia sudah mempunyai Karnaina . Tetapi Titi masih melayannya seperti
biasa.
“Curang.”
Alex ketawa.
“Cara kau cakap, macam aku ni kasanova.”
Borhan mengeluh.
“Aku kenal kau sejak kecil Alex . Cukuplah seorang perempuan permainkan
hati kau dulu. Tak payah kau nak balas dendam sekarang. Banyak dah hati
kau beri harapan. Tapi harapan tak pasti.”
“Nanti aku dah kahwin…. aku setia lah.”
“Kau nak tunggu kahwin? Kau nak pilih mana satu? Cuba cakap dengan aku…
Samrah ? Ain? Ni… Titi pulak? Kau nak pilih yang mana. Ni tak masuk lagi
budak- budak bola keranjang yang kau layan tu…”
“Ala… lelaki boleh kahwin empat. Aku susunlah nanti,” ucap Alex
bergurau. Hatinya sudah berbunga bila Titi membalas SMSnya tadi.
“Kau kena ingat sikit Alex . Lelaki ni berat tanggungjawab dia. Sekarang
kau happy. Sebagai sahabat dunia akhirat kau, aku tak mahu kau
menangis kat akhirat nanti. Kau bertanggungjawab pada ibu kau,
adik-beradik perempuan kau, anak- anak perempuan kau…. dan isteri-
isteri kau. Kalau kau kahwin empat. Sanggup kau pikul semua
tanggungjawab tu nanti? Sanggup ke? Aku takut kau humban sekali mereka
dalam neraka. Dunia memang indah Alex . Semua perbuatan kau tu…. kau
fikirlah akibatnya. Kalau kau mampu zahir dan batin sekalipun, kau
yakin, kau mampu pimpin mereka ke jalan yang betul? Besar sangat
tanggungjawab tu…. sebab tu bukan senang kahwin ni.”
Alex berdengus.
“Aku keluar dululah. Aku ada janji dengan Ain. Nanti dia merajuk,”
ucapnya terus dan terus menyarung baju. Telefon barunya diletak di atas
meja. Karnaina tidak boleh tahu dia punya dua nombor. Kalau dulu dia
sendiri mengingatkan Karnaina supaya tidak mempunyai dua nombor.
Share this novel