Alex mengeluh. Dia menyangka panas sampai ke petang, tetapi hujan di
tengah hari. Hubungan dia dan Titi juga tidak bertahan lama bila dia
mula memanjangkan langkah pada orang lain yang mengetuk pintu hatinya
walaupun pada masa yang sama dia masih lagi mencari Samrah dan Karnaina .
Hinanya dia waktu itu. Dia bingung kenapa dia boleh bertindak sedemikian
rupa. Sesungguhnya ALLAH memerhatikan sahaja tindakannya. Doa dan doa
dari mereka yang teraniaya kerana perbuatannya terasa pembalasan oleh
ALLAH di atas muka bumi ini. Dia bukan tidak sayang mereka. Tapi dia
terasa kekosongan. Bila dia rasa kosong, dia merasakan perlu diisi segera.
Wanita itu bukan untuk disakiti hatinya, tetapi untuk dicintai
dengan redha ALLAH
Share this novel