STOOOOPPP

Romance Series 5290

Toktoktok..toktoktok!!!Aku terkejut..eh eh..sape pulak dah nie ketuk pintu aku sesubuh cenggini!Aku segera membuka pintu dalam keadaan bertelekung..lebih baik aku cepat klau x jap gik kang runtuh la pintu aku tue!Siapa erk???

"Dah kenape nie adik ketuk pintu akak sesubuh nie?" soalku bila terlihat Harris Wafiey tercegat depan pintu bilikku.

"Kak..abang Hilman ajak solat subuh berjemaah..cepatlah kak jap gik dah nak masuk waktu dah!" ajak Harris Wafiey sambil menyebut nama Hilman..Awal pagi dah nak kena dengar nama dia..meluat la aku!aku mengelamun lagi.

"Kak!kak!ohkak dengar tak nie adik cakap!" Tiba2 suara itu mematikan lamunan ku.
"yela yela..jom!" akhirnya aku bersetuju dengan pelawaan itu ..yela aku pun dah lama x solat jemaah..solat sendiri2 je ..dah ada peluang nak tmbah phala lbih bnyk drpd solat brsndrian ni ape salahnya kan ??

Sesampai disatu sudut tempat hendak bersolat aku sempat melihat Hilman sedang duduk menghadap kiblat..menanti azan berkumandang!Aku pantas mengambil tempat ku..Azan berkumandang..maka bermula lah sembahyang kami diiqamatkan oleh Adikku sendiri dan diimamkan oleh Hilman lah ..haha..siapa lagi??hee..

Usai bersolat..Hilman memalingkan badannya kearah adikku..adikku pantas mengambil tangan Hilman lalu tunduk mencium tangan itu!Sempat aku menatap sejenak wajah Hilman ketika bersalaman dengan adikku.

Namun cepat2 aku alihkan pandangan kearah adikku yang menghulurkan tangan hendak bersalaman denganku..aku menyambutnya berserta segaris senyum buat adikku.Sesudah itu aku terus melangkah kedalam bilik.

"Ya Allah..mengapa dia semakin dekat padaku ya Allah..adakah dia sebenarnya jodoh yang telah kau tulis atau sekadar persinggahan yang membuat aku terseksa Ya Allah???..Jauhkan lah aku daripada perasaan yang tidak menentu ini Ya Allah..aku semakin sayang padanya Ya Allah namun tak berdaya hambamu ini mengakuinya ya Allah!!!Tenangkan hatiku Ya Allah!!!" Aku berdoa pada Allah semoga kegundahan yang melanda ini kembali tenang.

Perasaan suka ini semakin bertambah padanya disaat pertama Kali aku mendengarnya mengalunkan ayat2 suci Al Quran..terasa merdu dan tenang hati ini mendengarnya..aku tak sangka dia yang suka bergedik Sana sini rupanya berkebolehan dalam mengalunkan ayat al Quran.Sungguh kerdil diri ini ya Allah!!!

Disebelah petang...

"Abang!abang!abang!mari lah kesini kejap!" laung Harris wafiey Hilman yang ketika itu baru sahaja hendak mendekatiku terus melangkah pergi kearah Harris wafiey..Aku tahu sebab aku terkejut dengar suara Harris wafiey y begitu nyaring..aku berpaling je ..Hilman dah ade Kat belakang aku..hahaha..

"ye..abang datang ni" jawab Hilman sambil Dia mendekati Harris Wafiey.
"abang..tengok lah ikan kat dalam kolam ni..banyak kan?cantik tak?" wafiey memulakan bicara..
"Ha'aa.. banyak ..tapi x cantik sebab dia x pakai mekap dan gincu..!" kata Hilman berseloroh..

"Hish..abang dgn akak ni sama aje..suke ckp benda mengarut!" ujar Wafiey.
"Haha..abang gurau je la..tapi akak wafiey baru la cantik..xyah mekap pon dia dah natural cantik!" tutur Hilman tiba2.

"Whoaaa..abang ni memang dah kena panahan cinta akak la ..boleh tahan akak erk dapat jampi abang smpi mcm ni skali.!" kata wafiey mengusik Hilman..aku yang berada tidak jauh drpd mereka terdengar perbualan itu ..terasa kembang kempis hidung ini dipuji oleh crush sendiri!haha..crush la sangat!!!

Tiba2 wafiey memanggilku..
"akak meh la sini jap!" panggil wafiey..
"Tak nak" aku menjawab.
"oh tak nak..nak abang Hilman gak ke datang Kat akak?" tiba2 Wafiey berkata seakan mengugutku.
"kalau dia datang Kat akak..akak lari lah..bukan susah pon!" aku menjawab lagi..

"sy dah datang ni..nak lari mane?" ujar Hilman tiba2 berada disebelahku..dia dah mcm hantu yang tiba2 muncul..mengerikan!!!
"Dah la..sy x suka awak dekat sy..pergi lah jauh2!" kataku sambil bergerak ke bahagian tepi sebelah kananku.aku berundur dan terus berundur sebab Hilman semakin mendekati aku.

"sy nak bincang sesuatu dgn awak..jgn la berundur mcm ni ..nnty jatuh..!" ujar Hilman..aku memandang wajahnya..dia kenyitkan mata padaku!confirm aku terjatuh sebab mata dia..aduhhh..
"Dah la..jgn kejar sy..sy x nak dengar awak..sy x nak!" aku berkata dalam nada separa geram bila dia tak berhenti melangkah.

"awak..awak..jgn berundur lagi!sy xkan kejar awak ..jangan undur awak akan jatuh!" ujar Hilman tiba2..namun aku x peduli..bagiku itu hanya muslihat dia hendak mendekati aku..aku x nak dia berada dekat dengan aku!!aku terus berundur!!berundur Dan berundur..
"STOOOOPPPP!!!!" tiba2 Hilman menjerit sambil menghalakan lima jarinya kearahku!aku terkejut Dan aku berpaling kebelakang..!!!

Aku yang pada ketika itu terkejut dan dalam keadaan tidak stabil telah terjatuh tergelincir kedalam kolam.
"Mmmaaaaakkkkkk!!"aku menjerit..Zuzuzuzuzuzuzupppp..PloPpppp!!!akhirnya aku berendam didalam kolam ikan keli milik adikku!Paling teruk aku tak reti berenang..tercungap2 aku mengambil nafas diudara tenggelam timbul sambil menghentak2 air dengan tanganku..sebiji seperti ikan!!!tapi ikan reti berenang aku?aku reti ape!!?mati la aku.

"Ya Allah..abang..kakak x reti berenang,wafiey pun x reti berenang..tolong lah akak bang!!" ujar Wafiey yang terdengar bunyi plopp diair..rupanya akaknya dah jatuh..Hilman pada ketika itu hanya melihat aku didalam air tanpa bertindak.
"betul ke?" ujar Hilman sambil terus terjun kedalam kolam selepas menanggalkan seliparnya.

"Ya Allah..awak maafkan sy..sy x thu" ujar Hilman yang pda ketika itu menarik lenganku lalu mengheretku ke bahagian tangga kolam..aku mencapai Dan memegang erat pada tangga itu dan aku masih tercungap2 mengambil nafas..nasib baik Ada Hilman ..klau x aku dah mati..!
Syukur Alhamdullilah aku bernafas lagi.

"Terima kasih awak,sy tak tahu ape akan jadi Kat sy kalau awak xda !" ujarku perlahan bila nafasku mula teratur..
"sy mnta maaf sbb sy jahat Kat awak..tapi awak slalu tolong sy..ni dah kali kedua awak selamatkan nyawa sy..tima kasih" ujarku perlahan sambil melihatnya sekilas Dan Ku berikan senyuman kelegaan selepas terselamat.

"sy akan sntiasa ada utk awak x kira awak susah atau berduka..sy akn Ada slagi sy mmpu!!" ujar Hilman padaku.
"awak nak ckp ape..ckp la skrg..sy dengar!" kataku tanpa memandangnya.aku pada saat itu berada pada bhagian teratas tangga..Hilman masih didalm air kolam.

"sy minta maaf Kat awak..sy x pernah nak sakiti hati awak..sy ikhlas tentang perasaan sy Kat awak..sbnarnya..pompuan y awak nmpk hari tu bukan la kekasih sy..dia cuma teman tapi mesra(ttm)je ..kitorang rapat sejak bangku sekolah..sy harap awak x salah fham lagi..Dan sy harap awak dapat maafkn sy!" ujar Hilman penuh syahdu mengharapkan agar kata maaf keluar drpd mulut Haryuu.

"oh ..okay xpe..sy okey je"ohya..terima kasih sebab selamatkan sy..sy hargai sgt2!" ujarku pada Hilman..walaupun aku sudah tahu siapakah gadis itu namun aku masih kecewa sebab Hilman sudah berpunya..Siap cakap nak minta sy jadi nombor dua selepas kekasih dia..Sakit betul hati ini bila dijadikan nombor dua!!!Ada x sesiapa fham???haha..

Kalau ikutkan hati ni..sikit pun aku taknak tahu pasal hidup dia dan dgn siapa pun dia berkasih..aku dah tak nak ambik tahu sebab aku tahu aku akan kecewa akhirnya..tapi oleh kerana Hilman beria2 sangat maka aku dengarkn je tanpa bnyk bunyi.

"Nak pergi mane?Haryuu sy dah nak balik petang ni..awak x nak bagitau ape2 kat sy ke?klau ade sy sudi mendengar!" Hilman bertanya disaat aku mulai melangkah meninggalkannya..aku menoleh..
"x ade ape y sy nak ckp,tapi awak balik nanti hati2 ye!" Balasku dri jauh..aku x sanggup nak menghadap muka nya lagi..nnty aku akan kalah pada perasaan sndri kalau terus dekat dgn dia.

Tepat pukul 5.30 petang selepas solat Asar Dan minum petang Hilman memulakan perjalanannya balik kl..aku hanya menghantarnya dengan pandangan kosong..tapi bila dia dah hilang dari pandangan aku mula mencari dirinya..

Aku teringat akan kata2 nya sebentar tadi..
"sy akan cuba untuk dapatkan hati awak..sy xkan mengalah walaupun awak selalu bersikap dingin pada sy..sy berjanji pada awak..sehingga sy mati hanya nama awak terpahat didalam hati dan hanya wajah awak yang selalu sy impikan..awak tau tak sy tersiksa bila tak dapat melihat wajah awak.." Hilman berhenti seketika kemudian menyambung lagi..

"sy menjadi seorang lelaki y lemah bila dengan awak,ego sy dah sy buangkn jauh2 hanya tuk awak sorang,awak jgn lupakn sy sbb sy xkan lupakn awak smpi sy menutup Mata dan hingga Allah menjemput sy." Hilman menuturkan kata2 itu dihadapan nenek dan adikku.Aku berasa malu dan x senang duduk manakala Hilman hanya bersikap selamba.Selesai bicara dia meminta diri lalu menghilang.

Aku berasa pelik bin ajaib..mengapa Hilman berkata bahawa selamanya aku dihatinya Walhal dia sudah berpunya..kenapa nak kena bagi aku harapan..aku x suka mengharap pada benda yang hanya menyakiti hati aku..aku benci Hilman.!!!

Aku mula merasakan kerinduan itu ..hati aku mula terasa hendak menangis!!!aku menepuk2 dada agar berhenti drpd gundah gulana..namun x berjaya..akhirnya aku ditemani air mata sndri..mengapa susah sangat untuk aku meluahkan perasaan dan mengakuinya..Ya Allah..hilangkan lah perasaan egois dalam diri ini.Tanpa aku sedar nenek sedang memerhatikan aku.

"Deena..kita kena belajar untuk memaafkan kerana kita hanya manusia yang sering melakukan dosa..luahkan shaja apa y Deena rasa sebab kita tidak tahu bila kita dijemput..dan bila tiba masanya kita dipanggil segala2nya sdah tidak berguna lagi..kita nak meraung Dan memintanya kembali pun ia takkan kembali..oleh sebab itu .." nenek berhenti kemudian menyambung semula..

"nenek nak Deena maafkan Hilman dan berilah dia peluang untuk tahu yang Deena juga sygkan dia seperti mana dia sayangkan Deena..Nenek taknak Deena menyesal dikemudian hari bila semuanya dah terlambat kelak." Nenek memberiku nasihat yang membuatkan aku semakin menangis teresak2..aku memeluk nenekku manakala Wafiey hanya berdiam shj..dia x mengerti akan semua ini.

"Tapi nek..x ada gunanya Deena bagitau dia perasaan Deena sebab dia dah ada kekasih hati..Deena taknak ganggu hubungan dia dengan kekasih dia..sebab tu Deena x nak bagitau dia apa2..Deena taknak Hilman berbelah bagi..Dan Deena juga x sanggup menjadi nombor dua dihati Hilman..bagi Deena lebih baik Deena bawa diri jauh drpd sini!" kataku pada nenek kesayanganku ini..Seluruh ahli keluarga memanggilku dengan nama Deena.

"Baiklah..nenek faham tapi betulkah Deena langsung taknak Hilman tahu yang Deena juga sayangkan Hilman,kasihan Hilman" ujar nenek lagi.
"xpe la nek..kalau dia tahu pun Deena x rasa yang Deena sanggup jadi nombor dua dihati dia." aku meluahkan segala perasaan mengharapkan agar difahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience