Terima kasih awak!

Romance Series 5290

Aku rasa penat sangat sebab petang tadi aku dan Rhea baru je balik dari nak window shopping kononnya,last2 melayang juga seratus ringgit kitorang(tapi aku lebih dari seratus,Rhea x tau)

Alahai..bila dah jumpa y berkenan mula la rambang mata nak semuanya!ishh3 sebiji macam perangai si S.....N y suka membazir!aku teringat kisah kami kat kedai tadi.!

"Haryuu,sini la jap,cuba kau tengok warna shawl ni,cantik x?Tanya Rhea ketika aku baru shja hendak melangkah kan kaki ke bhgian baju.

"boleh la.." jawabku ringkas sebab aku memang x pandai nak memilih warna..aku main redah je..y mana aku rasa sesuai dan selesa aku tarik!

"alahh cik mek Bebel ni,asal aku tanya je jawapan memang x pernah nak meyakinkan aku!Tak membantu langsung!" kata Rhea memuncungkan mulut nya.

"Mak aihhh,muncung kau tue Rhea panjang sangat,boleh sangkut penyangkut baju nie" aku mengusik Rhea sambil menunjukkan penyangkut baju y aku pegang.!

"dah arr,jom pergi teok jam tangan," ajak Rhea pulak..
"nak ke kedai jam pulak?kau xnak balik ke,lewat dah ni,kita dah beli banyak barang dah nie!" ujarku ingin menyedarkan Rhea tentang banyak nya duit dah habis..haha..pokai karang nak korek Mana??Along??rompak bank?meringkuk Kita!

"alahh,nak tengok je la,bukan beli"balas Rhea sambil menarik tangan ku.Akhirnya kami tiba didepan sbuah kedai jam.

"eh,jom la masuk jap"ajak Rhea sekali lagi menarik lenganku,terpaksa ku turutkan jejaknya.Kami melihat2 kesemua jam y ada..cantik bergaya dan berjenama.Aku melihat sepasang jam tangan y cantik dan bergaya,sesuai utk lelaki dan pompuan..rasa mcm nak beli je untuk my
crush..hee..tapi nanti2 je la.

"Rhea,dah jom balik!"ajak ku apabila Rhea seakan hanya membuang masa disini melihat dan mencuba jam2 itu.

"okay,jom la balik"akhirnya Rhea bersetuju dgn pelawaanku.Aku masih berfikir tentang jam tangan itu.Tiba2 aku mendapat akal.

"Rhea,kau tnggu aku kat depan Kenny Rogers erk,aku nak pergi ladies jap"bohongku pada Rhea sebenarnya aku x nak dia tahu y aku beli jam untuk Hilman.Biarlah Rahsia..haha..

Usai solat ishak aku membelek2 dan melihat jam tangan berjenama G-shock khas untuk My crush itu,berani ke aku nak bagi dia ni??kalau dia x trima mcm mana??

Aku terhenti membebel bila aku terdengar bunyi menandakan mesej drpd wechat masuk!Aku melihat gerangan siapa ka y mengganggu ku berkhayal.Panjang betul umur dia ni!aku mengomel sendiri!terkumat kamit bibir ku membaca.

>"Assalammualaikum awak,sy rindu sgt kat awak,awak x rindu sy ke?"~Hilman
>"waalaikumsalam,xda msa sy nak rindu awak la,baik sy rindu anak kucing sebab anak kucing tu lagi comel!awak apa ada??~aku

>"sampainya hati awak ckp mcm tu,tapi takpe sy tahu awak rindu sy,jgn nak bohong sgt la"~Hilman
>"awak,sy dah nak tido la..kalau awak nak membebel silakan sj tapi bukan dgn sy,sorry n gudnite!"aku..

Beberapa saat kemudian satu mesej masuk.Hilman lagi!aku membuka dan ia bukan chat tapi voice recording!Dia nie tau2 je aku mmg rindu dgr suara dia..bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal pulak..haha..aku mendengar suara itu!aku menjerit dihati,rindu dengan suara awak!!Tapi kenapa aku ego sangat???

TIBA SAATNYA KITA SALING BICARA
TENTANG PERASAAN YANG KIAN MENYIKSA
TENTANG RINDU YANG MENGGEBU
TENTANG CINTA YANG TAK TERUNGKAP..

SUDAH TERLALU LAMA KITA BERDIAM
TENGGELAM DALAM GELISAH Y TAK TERENDAM
MEMENUHI MIMPI MIMPI MALAM KITA

DUHAI CINTAKU SAYANGKU
LEPASKANLAH
PERASAANMU RINDUMU SELURUH CINTAMU
DAN KINI HANYA ADA AKU DAN DIRIMU SESAAT DI KEABADIAN

JIKA SANG WAKTU BISA KITA HENTIKAN
DAN SEGALA MIMPI JADI KENYATAAN
MELEBURKAN SEMUA BATAS
ANTARA KAU DAN AKU..KITA..

Aku terkedu mendengar setiap bait lagu y Hilman nyanyikan!Tanpa sedar airmata ku mengalir kerana aku sedar y x mungkin batas antara kami akan terlebur!!sebab Hilman dah ada kekasih!me so sad!

>Terima kasih awak sudi dengar suara sy y merdu tue,selamat malam sebelum tido baca doa ye!Assalammualaikum"Mesej daripada Hilman ku pandang kosong aku berdoa supaya dia hadir dalam mimpiku..akhirnya aku terlelap..

Keesokanya,ditempat kerja..

"Haryuu,aku x tahan la..perut aku memulas dan asyik nak masuk kuar tandas..apa nak buat ni"?Tanya Rhea sambil membongkok menahan pedih perut memulas..aku kasihankan Rhea x pernah dia macam ni!

"Rhea,jom aku teman kau pergi jumpa mr Lim!"aku mengajak Rhea berjumpa Mr Lim y merupakan asstant manager KFC tempat kitorang bekerja.

Seminit kemudian..aku mengetuk pintu bilik Mr Lim.
"Masuk!"arah mr Lim dari dalam.Aku Dan Rhea segera menapak kedalam ruangan itu.Kemas sahaja.
"ya,,Ada apa?Tanya Mr Lim pada aku Dan Rhea..aku menjawab..
"Mr Lim sorry mengganggu,Kawan sy Rhea ni sakit perut dia tersalah makan kot pagi tadi,dia asyik keluar masuk tandas je,dia x boleh nak kerja,boleh dia ambik mc ke?"Tanyaku selepas menjelaskan masalah kitorang.
"u sudah bagi dia minum itu ubat kah?"Tanya Mr Lim.Aku mengangguk kepala.
"okay,baiklah dia boleh balik,esok bagi sy Surat mc ya?"Akhirnya Mr Lim benarkan Rhea balik.Aku mengucapkn terima kasih sebelum berlalu pergi meninggalkan ruangan itu.

Hari ni aku terasa sunyi sangat bila Rhea x ada..aku lunch pun sorang2 je..Hilman pulak aku x nmpk batang hidung dia hari ni.. mngkin sibuk sgt dgn kekasih dia tu..Ahhh..biarkan je la dia!Dia ada pun bukannya aku suka,Tau Tak kenapa aku x suka??sebabnya dia suka tanya kat aku..kenapa aku x ckp y aku suka dia..kenapa aku jual Mahal la. Dan y paling aku x suka dia selalu pandang aku!rasa macam nak cucuk2 biji mata dia!

Akhirnya..masa y dinanti telah tiba..haha..masa untuk balik rumah..x sabar nak jumpa Rhea..dia okey ke x Kat rumah erk??Aku melajukan langkah ku bila aku terasa seperti sesuatu sedang mengekoriku!aku menoleh!tapi x Ada sesiapa!mungkin perasaan je kot!aku melajukan lagi langkah kaki ku..tiba2

"Hai cik adik manisss?"sapa lelaki y berumur lingkungan 25 tahun keatas.Aku x bersuara..malah langkahku makin laju..ditambah dengan kawasan tempat tinggal aku ni jarang orang lalu.Aku terkejut bila lelaki tadi tiba2 merentap tudung y aku pakai!!

"heyyy,,jangan ganggu sy..sy lapor polis Kang!pergi!aku menjerit!!
"polis?kau x sempat lapor..aku dah bunuh kau dulu!"balas lelaki itu..aku ketakutan lelaki itu semakin mendekati aku..semakin laju langkah ku semakin laju juga langkahnya..aku semakin berdebar jantungku berdegup laju..

"Tolong jangan apa2 kan aku,pergi dari sini!!Tolong!Tolong!!!!"aku menjerit meminta tolong sepenuh hati!Dihatiku berdoa semoga Allah melindungiku!
"hahahaha..xada siapa y dengar jeritan kau,!"kata lelaki itu sambil ketawa jahat!

"Aku x kenal kau,aku x pernh ganggu hdup kau,kenapa kau kacau hidup aku hahhh!"teriak ku ketika dia menyeluk poketnya,adakah itu pisau?aku akan mati dgn cara inikah Tuhan???aku semakin dihimpit kerisauan..tangisanku diiringi ketawa jahatnya.
"jgn risau cik adik,aku hnya melakukan tanggungjawabku,tanggungjawabku untuk melenyapkan kau dari muka bumi ini!"Kata2 penjahat itu menghairankan aku!Mengapa pulak membunuh aku adalah tanggungjawabnya,bukankah Kita didunia harus saling menyayangi dan menghormati sesama makhluk!!??sempat juga aku bermonolog disaat2 genting itu!

Aku menjerit sekuat hatiku meminta tolong namun tiada siapa y mendengar jeritan ku..Lelaki jahat itu menutup mulutku dgn tangannya,nafas ku tersekat lalu dia mengheret pisau y sepanjang tapak tangan iaitu pisau "Rambo" ke wajahku,Ya Allah bantulah aku!
"kau telah mnjadi batu penghalang,baik kau mati sekarang!!!"ucap lelaki itu..aku hanya menangis..terasa tajam di perutku..

Suddenly. . .

"Hoyyyy,kau buat apa tu hah???!!!"jerit Satu suara y familiar.Siapa?aku x tahu.
"Berani kau kacau awek aku!!kau nak tunjuk samseng kau kat pompuan ye..hahhh kau rasa nihhh!!"Tiba2 suara itu mengatakan aku awek dia?dalam gelap mcm ni aku x nmpak mukanya dgn jelas. aku masih dalam ketakutan.Aku melihat dia menumbuk muka lelaki jahat itu..dia menumbuk perut lelaki itu..

Penjahat itu tidak mudah mengalah,dia membalas tumbukan c penyelamatku..Tumbukannya tepat ke arah wajah penyelamatku.!!baru sahaja penyelamatku hendak membalas,lelaki itu mengacukan pisaunya kearah penyelamatku..pisau itu masih mampu terlihat dalam kesamar-samaran malam.Tiba2

"Kau ingat aku takut ke dengan pisau kau!?tutur penyelamatku berani.
"baik" kata penjahat itu..ketika ini penyelamatku sedang bergelut dengan c penjahat dah mcm buaya bergelut bila nak membaham mangsanya!eh eh,buaya pun buayalah!

But Now,aku dapat melihat pisau itu telah terlepas drpd genggaman c penjahat,Tapi penyelamatku tidak mengambil pisau itu,sebaliknya dia menggunakan buku limanya untuk membelasah c penjahat itu,kelihatan penjahat itu rebah tanpa melawan!
Namun!!

Aku melihat lelaki y menolongku itu masih x nak berhenti memukul..bahkan aku melihat dia hendak menghayunkan kakinya pada lelaki jahat itu!segera aku menghalangnya kerana jika tidak tentu dia akan membuatkan lelaki jahat itu x bernadi!cepat2 aku berdiri di hadapan lelaki y menyelamatkan nyawaku..aku terkejut!Hilman!!patut la suara mcm pernah dengar tapi kenapa dia ada kat sini?Rumah dia bukan area sini?aku pelik.

"awak,mcm mna awak boleh ada Kat sini?"Tanya ku pada Hilman y ku fikir sudah beransur tenang!Dimana tadi kelihatan dia sangat marah .

"awak,kenapa lalu Kat Jalan y gelap mcm ni,awak x sayang Kat diri awak ke?kalau ye pon awak x syg diri awak,tapi ingatlah pada org y sygkan awak,menyusahkan betul!!!"Kata Hilman bernada agak kasar padaku!aku terkedu buat pertama kalinya Hilman memarahiku!

"sy x tahu benda ni nak jadi,sy minta maaf menyusahkan awak,terima kasih sebab selamatkan sy,sy minta diri dulu"tuturku lemah..aku berpaling daripada Hilman Dan meneruskan langkah ku dalam tangisan x bertepian!Maafkan sy mnyusahkan awak!ucapku dihati!

"Haryuu Wardeena ..bukan tu maksud sy,sy cuma x nak awak susah..bila awak susah sy pun susah tapi Sy x kisah kalau sy susah sbab awak cuma sy x nak awak susah sebegini teruk!awak dalam keadaan bahaya!"Hilman menuturkan kata sambil mngejarku.

"X apa awak,sy betul2 minta maaf,sy mmg dah susah Kan awak,sy janji lain kali sy x kan susah Kan awak dah,sy dah smpi rumah,sekali lagi sy ucapkan terima kasih banyak2,dan sebagai tanda terima kasih sy,sy harap awak sudi terima pemberian sy y x seberapa ni!"aku menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna hitam..dia menyambutnya.

Aku berlalu pergi setelah kotak itu berada ditangannya sempat juga aku mengukir segaris senyuman juga sebagai tanda berterima kasih berkorban tenaga Dan masa untukku.!Terasa malam itu malam y mengerikan buat aku!!syukur Allah mengirimkan Hilman sebagai perantara menyelamatkan aku.
TERIMA KASIH ALLAH!!TERIMA KASIH AWAK!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience