chapter 3-mamat annoying

Fantasy Series 1778

Aku baring di atas katil sambil melihat kipas yang berpusing. Ayat tadi masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiranku. siapakah clown? pulang ke mana? how did they know yang aku ni tak nak pergi camping tu?

arrhh! malaslah aku nak fikir! makin aku fikir makin kusut kepala otak aku yang sedia berserabai ni!

tapi, yang pelik... Kenapa aku terus bersemangat nak pergi camping tu? dan suara tu aku rasa familiar betul. suara perempuan... yang aku seolah-olah kenal dan.. rindu?

kenapa aku rasa macam ni?

sedang ligat aku berfikir, tanpa ku sedar, aku tertidur.

~~~~~~~~~~~~~~~

seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian diraja berlari dengan sekuat hati mereka sambil membawa dua pasang bayi kembar serupa. yang mampu membezakan mereka hanyalah warna rambut. seorang berwarna hitam gelap, manakala seorang lagi blond.

ya, makhluk pemakan daging manusia itu sedang mengejar mereka. bukannya clown menginginkan mereka, tetapi bayi tersebut.

raja dan permaisuri sudah tidak mampu berlawan kerana kuasa mereka hanya akan pulih selepas kedua anak mereka berumur 18 tahun.

tiba-tiba, puteri kembar berambut blond dijatuhkan ke dalam sebuah portal yang akan menuju ke bumi. tapi malangnya, puteri berambut hitam tidak sempat dimasukkan ke dalam portal.
~~~~~~~~~~~

"hurhh!!!!! " aku seolah-olah baru tersedar dari sebuah mimpi yang kelihatan nyata bagiku.

peluh di dahi dikesat perlahan.

TOK.. TOK.. TOK..pintu diketuk dari luar.

aku segera membukanya.

"hye Clara.. " guru yang selalu menegurku berada di hadapan bilik.

"oh. selamat petang cikgu. ada apa cikgu ingin berjumpa dengan saya? "tanyaku sopan.

"oh. cuma nak bagi tau. esok, kamu mesti ikut serta camping tu and macam yang cikgu cakap, peralatan tak perlu bawa. esok datang sekolah jam 7 pagi. jam 7:30 kita akan bertolak. "kata cikgu lalu berlalu pergi.

aku hanya mengangguk faham kerana memang niatku untuk pergi menyertai mereka.

~~~~~~~~~~~~~~
Aku sampai di sekolah seawal jam 7 pagi seperti yang diarahkan. Semua peserta kelihatan teruja kecuali aku. Aku masih bingung dan ragu-ragu sama ada pilihanku untuk menyertai camping ini betul atau sebaliknya.

Tiba-tiba....

"Hai! "seorang mamat berambut biru menegurku dengan... sombong dan membelakangku

"err.. hai? "kataku ragu-ragu.

mamat rambut biru itu tiba-tiba berpusing menghadapku.

OMG! handsome nak mampus! anak mata dia warna putih beb! bukan macam hantu tau! cuba lah korang chek kat internet kalau tak percaya.

semua murid mula berbisik-bisik. ehh! mamat ni berambut biru tak pula kena panggil alien! tak adil!

"aku tau aku handsome. jangan tenung aku macam tu. "kata mamat biru tu.

aku?? mestilah pandang dengan pandangan tak puas hati.

"hek eleh. mana ada aku tenung muka kau yang tak berapa nak handsome tu! baik tenung dinding! " balasku.

kini, lelaki itu pula yang memandangku dengan pandangan tidak puas hati.

"kenapalah Clare suruh aku bawa perempuan ni balik rumah. ingat sopan, rupa-rupanya tak! " bisik mamat biru tapi masih cukup kuat untuk aku dengar.

Clare? ehh! kenapa nama tu aku macam pernah dengar ekk?

belum sempat aku bertanya, guru bertugas telah datang dan berucap.

"selamat sejahtera semua. baiklah, sebelum saya ingin membebel panjang-panjang kat sini, cikgu nak bagi tau yang kita menerima 2 pelajar baru hari ini dan mereka akan mengikuti kita camping. baiklah guys, perkenalkan diri kamu. " kata cikgu salleh kepada dua orang mamat. seorang rambut kuning, aku tak kenal.. dan satu lagi rambut biru. eh! mestilah aku kenal! dia tegur aku lepas tu nak ejek aku tenung dia pulak!

"hai,aku maven. abang kepada dia ni"kata maven sambil menunding jari ke arah mamat biru.

hurmm~ boleh tahan kacak juga!

"aku melvin."kata melvin@mamat biru dingin.

tapi aku nak jujur. Entah kenapa di mata aku ni,Melvin kelihatan lebih kacak daripada abangnya maven. mungkin sebap muka maven sedikit matang. muka melvin ni pulak,flawless. comel je. sedap mata memandang.

ehh!yang engkau nak puji-puji mamat biru tu melebih pula kenapa clara?!

setelah itu, cikgu pun memberi taklimat kepada murid. aku hanya mendengar

"ehh. siapa nama kau ek? " suara mamat biru kedengaran.

"not you business ok? "kataku sombong. dia sombong dekat aku, aku sombong balik ah dengan dia!

"hek eleh, nak sombong-sombong pulak. nama kau ni Clara kan?"kata melvin sambil memandangku dengan senyuman sinis.

aku terkejut! macam mana pulak mamat ni boleh tau nama aku?!

"eleh, tak payah lah nak tekejut sangat. buat apa kau nak pakai nametag tu kalau tak nak bagi orang tau nama kau? "kata melvin lagi dengan sinis.

aku malu. asal lah kau ni pintar sangat hah clara!

lalu, abangnya maven datang ke tempat ku.

"hye clara" sapa maven. kali ini, aku sudah tidak menyanya lagi dari mana dia kenal dengan namaku kerana aku tau yang aku yang akan dapat malu nanti.

"hye. " kataku sambil senyum.

lalu,melvin dan abangnya masuk ke dalam bas sambil berbincang. entah apa yang mereka bincangkan. nampak serious benar!

~to be continue ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience