chapter 2-Camping??

Fantasy Series 1778

KRING~~ loceng berbunyi menunjukan hari sudah mulai pagi. aku menguap sedikit. setelah itu, aku bingkas bangun dari tempat perbaringanku dan mula mandi dan bersiap untuk ke sekolah.

Usai siap mengenakan pakaian seragam sekolah, aku turun ke bawah untuk menunggu bas yang akan sampai untuk menghantar kami ke sekolah.

10 minit...
. .
. .
. 15minit
. .
. .
. 20minit..

lambat gila! biasanya tak pernah lambat sampai macam ni! aduhai, malang sungguh nasibku hari ini.

Malang kenapa? sebab tinggal aku je yang belum diambil. pelajar yang lain semua sudah terlebih awal sampai dariku. kata mereka, diorang tak nak naik bas dengan alien??.

PON! PON! bunyi hon bas kedengaran. aku menarik nafas lega. akhirnya!

aku segera naik ke dalam bas. Pak Man, pemandu bas memberi senyuman manis kepadaku. alahai pak cik tua ni, dah lambat sempat lagi sengih. tumbuk kang!

namun aku tetap juga membalas senyuman yang dilemparkan oleh pak cik tersebut. takut kena cop pelajar sombong pula nanti.

"selamat hari jadi Clara." ucapan pertama yang diberikan oleh Pak Man.

timbul rasa bersalah di hatiku. ya tuhan! pak cik tu senyum dengan kau sebab nak ucap selamat hari lahir lah bangang! kau ni siap nak tumbuk pak cik tu pulak!

"terima kasih pak cik."aku membalas senyuman Pak Man.

Pak Man lalu mengeluarkan sesuatu dari begnya. sebuah jam tangan dihulurkan kepadaku.

Aku terdiam sekaligus terharu. belum pernah ada orang yang ingat tarikh lahir aku sebelum ni. tapi hari ini, siap kena bagi hadiah bagai!

"un.. untuk saya? " kataku sedikit terharu.

"ya. maaflah pak cik lambat sikit tadi. nak beli hadiah ni untuk clara" Pak Man mengukir satu lagi senyuman.

air mata ku sedikit lagi ingin keluar daripada empangan.

"te.. terima kasih pak man.. "kataku sedaya upaya mengawal suara.

"sama-sama. dah lah tu. jom kesekolah. nanti lambat pulak. "kata pak man lalu menghidupkan enjin dan bertolak.

~~~~~~~~~~

sesampai saja kami di sekolah, aku terus mengucapkan terima kasih kepada pak man dan masuk ke kelas.

sepanjang jalan, aku hanya diam. kedengaran banyak kata-kata sindiran yang khas untukku.

sampai saja di kelas, aku dan guru yang mengajar masuk secara serentak. Wow!

dan seperti biasa, pembelajaran bermula.

~~~~~~~~~~~~~~~~

"ok class. that's all for today. and one more information. kelas kita akan mengadakan camping pada hari esok. kamu tidak perlu membawa sebarang peralatan kerana sekolah telah menyediakannya. so, siapa yang nak join tu silalah join. tiada paksaan. "kata cikgu Normala di sesi akhir pembelajaran dan keluar dari kelas.

'ahh. aku taknak ikut lah. baik duduk asrama and study. ' monologku di dalam hati. memang sejak dari kecil lagi aku tidak gemar untuk menyertai perkemahan.

Tiba-tiba....

'our princess, please back to us. please back to your kingdom. save us! the clown is on attack! save us our angel! please join the camp! we need you your highness'

ayat yang sama terulang-ulang di mindaku sehingga aku mulai pening. apakah ini?!

~bersambung~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience