Bab 37

Romance Completed 1263875

Nurlisa kelihatan sangat tidak selesa, dia menyuapkan roti itu terasa tidak menyentuh mulutnya, dia makan sekadar tidak mahu mempunyai masalah dengan Syed Arman.
Nurlisa menghirup coffee latte itu perlahan, sehingga perbuatannya mendapat perhatian Syed Arman.
“Sayang, nampak sangat you tak selesa ni, anything you nak cakap dengan i. Just say it. We have 10 mins more sebelum Danish datang. My heart open for any words from you sayang,” suara itu lembut, tapi tidak memberi keselesaan kepada Nurlisa.
“Cantik sangat you today, this one kurung kedah kan? I suka poket kat baju tu, nampak so traditional. So look seksi sayang, even with covered aurat,” Syed Arman masih bercakap, membuat suasana lebih terisi dengan suara seksinya.
Nurlisa masih mendiamkan diri, tiada sepatah pun perkataan keluar daripada bibir mugilnya.
“I nak you tahu one thing, and I need you to always remember one thing. Whatever happened in front of your eyes, jangan percaya. You cuma percaya apa yang keluar daripada mulut I sahaja. Ingat tu,” tangan Syed Arman mencapai tangan Nurlisa, memegang tangan itu kemas, kejap dan meramas perlahan.
Nurlisa menarik tangannya perlahan, tapi dengan perlahan juga Syed Arman mengemaskan pegangannya.
“Please sayang, you the only vitamin yang I ada. Jangan buang I please, let me settle by problem dulu, please stay beside me sayang, I need you,” tangan itu dibawa ke bibirnya dan di cium perlahan. Bibir Syed Arman berada lama di pundak tangan Nurlisa.
Nurlisa menarik tangannya sedikit kasar. Dia hampir masuk ke dalam cerita Syed Arman, tetapi telepon di sebelahnya berbunyi menandakan ada message yang masuk.
Syed Arman melepaskan tangannya dengan berat. Matanya tidak berkelip memandang perlakuan Nurlisa. Dia tahu hati Nurlisa terluka, dia juga tahu Nurlisa sudah hampir berputus asa dengan dirinya.
Daripada number yang tidak di kenali,
~This is first dan last my message will be reach you. I tak berminat nak berebut Arman dengan you, but for your kind information, Arman is mine. Will be mine forever. So… please up your mind and the best word to say it here is.. please sedar diri. Don’t push me to “that” limit. Jangan kata I tak warning you~
Nurlisa membacanya berkali kali, tangannya berpeluh. Apa yang dia fikirkan sudah berlaku. Matanya sudah berkaca, dia menarik nafas perlahan sambil cuba mengukir senyuman pahit di bibirnya, agar Syed Arman tidak perasan akan perubahannya.
“Kalau Danish yang text, just reply with ok. He can join us now, nanti kita tak sempat nak habis discussion. Pukul 12.30pm, the butik owner will join us for lunch. After that, kita continue with discussion at 2pm. Harap boleh habiskan before 4pm. I nak bawak you jalan jalan kat mall, I teringin nak hold your hand sambil jalan and tengok you try baju, pilih baju for you. That’s will be vitamin for me,” suara Syed Arman kedengaran sangat teruja dengan perancangannya dan dia pasti dengan itu.
Nurlisa cuma menganguk perlahan dan terus text Danish, seperti yang Syed Arman arahkan. Text daripada number tidak di kenali itu di biarkan tidak berbalas.
Dalam beberapa minit, ketukan pintu daripada Danish. Danish tersenyum manis kepada mereka. Nurlisa pasti, Danish sudah lama berada di restoran ini, tetapi Syed Arman melarangnya masuk.
Dia pasti itu…
Mereka terus menyambung perbincangan semalam. Tidak banyak perkara baru yang Danish masukkan di dalam proposal itu, cuma mereka membetulkan list of items dan mula mengira “raw budget” untuk memohon kelulusan daripada Board Director.
Seperti perancangan mereka, kertas kerja proposal itu dapat di siapkan dan Danish mula memasukkan file ke dalam systems untuk systems approval daripada Nurlisa dan Syed Arman.
Selepas kelulusan daripada Syed Arman, CEO akan memberi kelulusan dan Syed Awaludin akan membawa usul ke BD Meeting. Mengikut process, mereka perlukan sekurang kurangnya 3 minggu untuk memberi kelulusan.
Tepat pukul 12.30pm, bilik mesyuarat di restaurant itu di buka oleh pekerja hotel.
“Maaf, ada tetamu di luar yang menunggu untuk masuk,” kata pekerja itu sambil tersenyum.
“Boleh, terus hidangkan lunch ya..,” Syed Arman memberi kebenaran dan juga memberi arahan. Pekerja itu menganguk sambil mengucapkan terima kasih.
Kelihatan seorang wanita yang bergaya sopan menyapa mereka dan menghulurkan tangan kepada Nurlisa.
“Saya Sharifah Teha Delina, then you must be Nurlisa Sofea kan?,” suara itu sangat mesra.
Nurlisa bangun dan menyambut salam gadis itu. Nurlisa tersenyum mesra memandang gadis sopan itu.
“Ya.. saya Nurlisa Sofea, hi Sharifah Teha Delina, cantik nama you, cantik macam tuan dia juga,” Nurlisa seperti biasa mendengar suara gadis itu. Sharifah Teha mengambil tempat di sebelah Nurlisa.
Sharifah Teha masih lagi tersenyum memandang Nurlisa.
“Abang, yes…you are right, she pretty… no wonder la kan?,” gadis itu berkata sambil memandang abangnya nakal.
Apabila mendengar gadis itu memangil abang, Nurlisa baru teringat tentang peristiwa dia hampir pengsan semasa pertama kali dia melihat gadis lain memeluk Syed Arman. Nurlisa tersenyum sendiri apabila teringat peristiwa itu.
“Cik Lisa, sebelum you tanya, I cakap dulu lah. Syed Arman ni abang I, abang kesayangan i. Danish dah tahu kan? Jangan tanya kenapa dia handsome and I tak cantik. I tak boleh jawab soalan tu. Tapi dia memang abang I,” suara nakal Sharifah Teha membuat suasana bilik itu sedikit hangat.
Syed Arman hanya tersenyum memandang adiknya. Dia tidak pula menjawab apabila adiknya mengusik dirinya. Jelas kelihatan Syed Arman sangat rilex dan santai, tidak pula dia terusik dengan usikan adiknya.
“Aah la, tak sama eh muka. Tapi sapa kata Cik Sharifah Teha tak cantik tu.. cantik lah,” Nurlisa membalas suara nakal Sharifah Teha sambil tersenyum.
“Can I call you Lisa, and you boleh call me Teha. Selesa sikit kita nak discuss. Lepas ni kita akan jumpa selalu, selagi project tu berjalan,” Sharifah Teha berkata sambil memandang Nurlisa sambil tersenyum.
Nurlisa menganguk sambil tersenyum juga. Nurlisa sedikit selesa apabila Sharifah Teha tahu menceriakan suasana, tidaklah terlalu kaku dan tegang.
Pintu bilik mereka di ketuk dari luar, kelihatan seorang pekerja restoran itu masuk.
“Ada seorang lagi tetamu di luar menunggu untuk masuk,”
Sebelum sempat sesiapa menjawab, kelihatan seseorang merempuh masuk. Pekerja itu tertolak ke belakang.
Kelihatan Syed Arman sangat terkejut dan terus bangun dari kerusinya.
“Sorry Encik, saya sudah minta dia tunggu sampai saya minta kebenaran encik,” pekerja itu kelihatan sangat bersalah. Dia terus keluar dari bilik itu dan menutup pintu.
Gadis yang baru masuk tadi terus menuju ke arah Syed Arman dan memeluknya mesra. Dia terus mencium pipi Syed Arman tanpa segan silu.
Syed Arman membalas pelukan Sharifah Sakinah dan mencium dahinya. Nurlisa nampak dengan jelas perlakuan Syed Arman itu.
Dengan suasana yang tidak dijangka, Danish juga bangun daripada kerusinya.
Nurlisa juga turut bangun sambil mencapai tas tanganya.
“Sharifah Sakinah, you buat kat sini. Ini business meeting, bukan hal family. Boleh jangan semak kat sini tak? Kat rumah muka you, sini pun muka you. Boleh tak blah from here? Jangan buat I muntah boleh tak?,” kedengaran Sharifah Teha juga bangun daripada kerusinya.
“kenapa abang cakap dengan dia kita meeting sini. Adik rimaslah,” anak mata Sharifah Teha sudah membulat.
Suara Sharifah Teha sudah seperti naik ke stage yang sedikit kuat.
Nurlisa dan Danish hanya diam, tidak berkutik.
“Kinah, betul kata Teha, this is business meeting. You balik dulu, nanti selepas habis meeting I balik terus,” suara Syed Arman sangat lembut dan keluar satu persatu.
Semua di situ memandang ke arah Sharifah Sakinah kecuali Nurlisa.
Nurlisa memandang teleponnya kerana menerima panggilan daripada Eusoff. Dia tidak boleh menjawab panggilan itu kerana tangannya sudah tidak berdaya.
Panggilan itu di biarkan tamat sendiri.
Tangan Nurlisa sudah mengigil, dia cuba menenang kan dirinya, kakinya juga sudah mulai kebas.
Nurlisa menarik nafas lagi, dia perlu menyelamatkan dirinya sendiri, dia sudah mulai risau, takut takut dia akan pengsan
“Sayang, I call you masuk voicemail. I whatsapp you tak baca, I text you tak baca. Jadi I ikut lah Teha, tak sangka jumpa you sini,” tangan Sakinah tidak berhenti meraba raba tangan Syed Arman.
Tangan Syed Arman sudah berada di dalam gengamannya sedari tadi.
“Sayang, you tahu kan umi minta I jagakan you. Umi dah warning I that day. Umi melarang keras you buat apa yang umi tak suka. You ingat kan apa umi tak suka? You tak boleh berkawan dengan perempuan yang tidak tahu asal usul, tak boleh berkawan dengan perempuan yang tidak sama taraf dengan keluarga kita, You juga tidak boleh berkawan dengan perempuan yang tiada mak bapak untuk ajar buruk atau baik, sebab perempuan yang tiada mak bapak ni senang nak ambik hak orang, takde orang yang nasihat,” kata kata Sharifah Sakinah untuk meresap ke telinga Nurlisa, kata kata itu tembus satu persatu. Perkataan tiada mak bapak itu ditekankan.
Nurlisa tahu perkataan yang keluar dari bibir Sharifah Sakinah adalah untuk dirinya. Dia pasti itu kerana “mak bapak” nya sudah lama pergi.
Nurlisa menundukkan wajahnya, airmatanya hampir menitis. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada situasi sekarang.

Dalam suasana tegang itu, telepon tangan Danish berbunyi. Dengan sekali deringan, Danish terus menjawab panggilan itu.
Semua di dalam bilik itu sepi mendengar Danish menjawab panggilan itu.
“Hello En Eusoff”
“Aah…Cik Nurlisa ada dengan saya, kita orang meeting kat luar”
“Aaah, tengah tunggu nak lunch. Boleh…sekejap ya…”
“Cik Lisa, En Eusoff nak cakap, dia call phone Cik Lisa, tapi no answer,” kata Danish seraya menghulurkan telepon kepada Nurlisa.
Nurlisa mencapai telepon itu dan menapak ke pintu bilik itu.
“Excuse me, I jawap call kat luar,” itu perkataan yang keluar dari Nurlisa. Suara itu sudah kedengaran getarannya.
Nurlisa berjalan terus ke luar dari bilik itu, dia tidak lagi menoleh.
Nurlisa perasan Danish juga mengikutnya keluar. Apabila pintu bilik itu di tutup oleh Danish, Nurlisa menghulurkan kembali telepon itu. Tangannya ketara mengigil
“Danish, tolong beritahu Eusoff, I akan call balik nanti guna phone I,” suara Nurlisa juga sudah teresak. Danish mengerti perasaan Nurlisa.

Danish menyambut teleponnya, dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan Nurlisa.
“Danish, I akan datang balik for meeting at 2. I nak ambik angin kat luar sekejap” selepas menutur kan ayat itu, Nurlisa terus berjalan ke parking kereta di tingkat bawah. Airmatanya laju mengalir, dadanya sudah sesak dengan nafas yang tidak keruan.
‘Aku anak yang tidak mak bapak, tiada yang ajar aku’
‘Aku tidak tahu asal keturunan’
Kata kata Sharifah Sakinah bermain main di kepalanya. Nurlisa merasa sangat terhina.
‘Kerana tiada mak bapak, aku yang bodoh ini berkahwin dengan Syed Arman, kerana tiada mak bapak, aku sudah lama hilang harga diri kerana Syed Arman. Kerana tiada mak bapak juga, aku sekali lagi hampir bodohkan diri kerana Syed Arman. Aku yang tiada mak bapak yang ajar, aku yang bodoh kerana Syed Arman,’
Dia menangis sepanjang perjalanan keretanya. Dia sudah beberapa kali berhenti dan menyandar di dinding restoran itu. Selepas mendapat sedikit kekuatan, dia berjalan lagi sehingga sampai ke keretanya.
Nurlisa menghidupkan kereta, automatic radionya terpasang kerana dia tidak menutup radio semasa memakir kereta pagi tadi.
Apabila radio itu terpasang, berkumandang lagu Fauziah Latiff di corong radio dan lagu itu sekali lagi mengoncang tangisannya. Dia memegang dadanya, mencari ubat di dalam tas tangannya. Untuk kali ini dia harus menelan ubatnya.
Lagu itu seolah olah tahu kesakitannya.
“Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlaku kehendakmu
Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku
Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan
Yang terhalang kejujuranku
Yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
Kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela…”
Nurlisa mencari air mineral, meminum air itu setelah menelan sebiji ubat yang di beri oleh Dr Malik. Dia menurunkan sedikit cermin tingkapnya.
Setelah memastikan semua pintu keretanya berkunci, dia merebahkan badannya. Dia perlu tenang, dia perlu sedar diri.
Nurlisa mematikan teleponnya. Dia tidak mahu diganggu.
‘Anak yang tiada mak bapak ini juga perlu rehat, perlu oksigen untuk hidup’
BERSAMBUNG
Nota kaki,
This episode takde throwback. Ku sendiri sedih dengan episode ni. Kesian Nurlisa, kerana tiada mak bapak, dia dihina.
Uwaaaaaa…. Stay safe Lisa, we love you..

Share this novel

Yazni Ernie
2020-10-11 08:10:53 

wc dear.

Sazrn_
2020-10-11 07:56:36 

hi dear... i like ur tb.. hihihihj

Yazni Ernie
2020-10-11 03:49:14 

hu hu hu. very very sad, my dear. i don't like'it, this chapter....


NovelPlus Premium

The best ads free experience