"Zack kat hospital?"
Aku begitu terkejut ketika mendengarnya.Dan dari apa yang kutahu dia pindah ke ibukota ini kerana Hospital tempatnya mencadangkannya berjumpa doktor pakar di hospital disini.
Kelihatannya,dia punya penyakit yang sangat serius dan jangka hayatnya tidak lama.Aku terus berlari sambil mataku terus mengeluarkan titisan air.
"Patutlah dia menghindar masa aku tanya"
Fikiranku agak buntu.Sepatutnya dia beritahu aku kalau dia ada penyakit.Aku masih berlari tanpa tujuan.Tanpa sedar aku berada didepan sebuah hospital.
Ternyata inilah hospital tempat Zack dirawat.Aku bertanya petugas di situ dimana bilik Zack.Aku pun pergi kebiliknya dan tiba didepan pintu.Aku membukanya
Aku lihat Zack terbaring dan wajahnya agak terkejut melihatku.Aku menangis lihat dia sambil diriku memarahinya.Zack hanya tersenyum dan berkata
"Kita tetap sahabat selamanya kan?"
Aku agak pelik dengan pertanyaan itu.Tiba-tiba Zack bernafas dengan sangat laju.Aku menyuruhnya mengucap dan aku segera memanggil doktor.
Rupanya itu kali terakhir aku mendengar suaranya dan melihat wajah cerianya itu.
Share this novel