"Ahmad Zakrul!"
Aku lihat kerusi sebelahku.Tidak ada orang.
"Tak datang!"
Aku membalas perkataan cikgu.Sudah seminggu Zack tidak hadir ke sekolah.Aku agak risau tentang keadaan Zack.Aku bercadang pulang sekolah aku kerumah Zack.
"Ahh,aku tak tahu rumah Zack lah"
Aku baru ingat aku tak pernah bertanya dimana rumahnya dan dia tak pernah memberitahu dimana rumahnya.
"Baik aku tanya cikgu"fikirku.Akhirnya aku dapat alamatnya.Cikgu pula tidak bertanya mengapa aku mahu alamatnya.
Pulang sekolah,aku terus kerumahnya tapi alangkah terkejutnya aku lihat rumahnya tidak ada orang.
"Adakah dia pindah"
"pergi melancong ke?"
dan aku masih tidak mendapat jawaban.
Untunglah jirannya ada dirumah.Aku bertanya kepadanya mereka pergi kemana dan jawapannya amat mengejutkanku.
Share this novel