BAB 5

Drama Completed 1175

Rose pula...

Aku menarik muncung. Syarat apakah? Aku tak nak tapi abang aku paksa
pula. Dia yang gatal tangan send mesej tersebut.

“Dia dah datang. Ready!” kata abang aku. Terpaksa aku mengikut idea dia
yang tak berapa aku berkenan.

Aku bersandar pada dinding fakulti Seni dan tangan abang aku berada di
sisi aku. Gayanya macam nak melakukan sesuatu pada aku. Tapi tak ada
pun. Ini lakonan tanpa kerelaan hatiku.

“Lepaslah!” kataku dengan kuat. Bagi menghidupkan lakonan aku ini.

“Aku nak kau layan aku sekarang juga.” Sengaja abang aku berkata kuat.
Memang sengaja cari nahas aje abang aku. Dia tak tahu ke yang Panjang tu
Juara karate peringkat negeri. Macam mana abang aku nak tau sebab aku
tak bagitau. Aku tersengih dalam hati.

Aku dapat melihat Panjang semakin hampir dan hampir. Dia mencuit sedikit
bahu abang aku. Tanpa banyak cakap, dia terus menumbuk muka orang yang
mengada-ngada merancang ini semua. Nasib kaulah abang Redza.

Redza menahan sakit.

“Kau buat apa dengan Rose . Sedar tak dia tak suka kau.”

“Habis tu dia suka siapa?”

“Dia suka aku!”

Tergamam aku seketika mendengar kata-kata Panjang. Aku tak bertepuk
sebelah tangan rupanya. Gembiranya.

“Kau ingat mudah nak ambil dia dari aku?” Abang aku sudah mengamuk.
Mungkin dia tidak berpuas hati kerana wajahnya ditumbuk oleh Panjang.

“Aku akan cuba memiliki Rose selagi aku bernyawa. Kalau kau sentuh dia
lagi, aku tak teragak-agak untuk arwahkan kau kat sini juga!” tegas
Panjang. Wajah lelaki itu amat serius.

Serius! Aku tak pernah tengok dia bermimik muka sedemikian.

“Aku peduli apa. dia kan adik aku!”

“Aku tetap akan.......” kata-kata Panjang terhenti. Dia memandang aku.
Aku pandang dia juga.

“Ada hati nak mengorat adik aku. Aku reject kau!Jom balik Rose !” ajak
Redza. Aku tak mampu menolak. Aku hanya mampu melihat kaki ini
meninggalkan Panjang. Kesayanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience