BAB 1

Drama Completed 1175

Kenapa orang asyik panggil aku Panjang? Sebab aku ni panjang. Panjang tu
tinggi la. Lagi pun aku ni kira popular juga dalam kolej aku tu. Tapi
bukan semuanya aku layan. Tiba-tiba sahaja aku rasa lapar. Jom makan!

“Panjang, kau nak ke mana? Aku nak ikut!” Muncul seorang gadis yang amat
aku kenali. Mana tak kenalnya. Dia ni asyik nak dengan aku aje. Hal ini
berlaku sejak aku selamatkan dia. Minah ni namanya Rose Zetty

“Rose , kau tak apa-apa?” dari jauh aku nampak Rose dalam kesakitan.
Rupanya dia jatuh basikal. Kasihan aku melihat wajahnya menahan sakit.
Aku pun pelik juga kenapalah tak ada seorang pun makhluk bernama
perempuan yang lalu situ. Kalau ada yang lalu komfem aku minta mereka
yang tolong.

“Panjang!” Rose bagaikan terkejut melihat aku di situ. Mungkin dia malu
sebab aku tengok dia menangis.

Pantas tangan Rose mengelap air mata yang mengalir. Dia cuba bangun
tetapi dia rebah semula.

“Mari aku tolong. Kau pegang aje lengan aku.” aku beri candangan. Rose
hanya pandang aku sahaja. Mungkin dia tak percaya pada aku. lantak kau
la! Tapi aku kasihan tengok muka dia yang comel tu.

“Kau pegang aje lengan aku ni. Berlapik! Lagi pun kau dalam kesusahan.”
Kata aku. Dia pun pegang lengan aku dan aku membawanya ke kerusi batu
yang berada berhampiran kami berdua.

Aku memandang sekeliling. Mana perempuan ni?

“Panjang, aku tak apa-apa. Kau macam ada perkara nak buat aje. Kau pergi
ajelah.” Katanya perlahan. Aku tak sibuk pun cuma aku nak cari makhluk
bernama perempuan aje. Nanti makhluk tu boleh tolong kau.

“Aku tak sibuk. Aku teman kau sekejap yer? Macam mana kau jatuh basikal
ni?” aku bertanya sambil mendirikan basikalnya itu lalu ditongkatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience