Walaupun hidup agak sederhana tapi kami adik beradik tidak pernah dimanja manjakan oleh ibu dan ayah. Jika inginkan sesuatu benda pasti diusahakan sendiri sehingga dapat, tidak seperti budak budak sekarang dengan hanya buat muka sememeh sahaja segala kemahuan akan dipenuhi.
Perwatakan ayah seorang yg garang dan tegas, muka bengis yg dipamerkannya selalu membuat anak anaknya takut, pernah suatu hari tu waktu aku masih budak budak aku tersilap bermain dekat motosikalnya dan tidak semena mena motosikalnya telah terbalik, aku kaget dan terus berlari masuk ke hutan belakang rumah walaupun hari tengah hujan. Duduk laaa di hutan tu sebentar kerana bimbang dimarahi oleh ayah, sebab kalau dilihat dari reaksi wajah ayah bila dia marah memang bengis.
Pernah sekali hari tu abang pulak bermain bola di dalam rumah dan bola terkena jam dinding menyebabkan ia jatuh dan pecah, abang jugak melakukan perkara yg sama berlari dan duduk sebentar di hutan tapi bila balik kena juga dimarahi. Bila diingatkan semula perkara sebegitu terasa lucu pulak. Berlari pun nanti akhirnya balik ke rumah kena marah juga. hmm
Ibu pulak seorang yg agak lembut tapi setiap kali kami adik beradik dimarahi dia hanya diam sahaja , tiada unsur backup darinya okay , hanya letiran penambah ada la. Tapi itu semua tidak membuatkan kami benci kepada mereka, sebab apa yg mereka marahi ada betulnya. Cuma kami rasa cemburu sebab ibu ayah org lain tidak selalu marah begitu.
Share this novel