Aku terus dimasukkan ke darjah satu dahulu, tidak seperti budak lain dan budak sekarang yg dimasukkan ke PASTI /KEMAS dahulu sebelum ke darjah satu. Begitu jugak dengan adik beradik ku yg lain, hanya abg seorang sahaja yg dihantar oleh ayah masuk ke KEMAS waktu tu. Namun kemasukkan ke PASTI/KEMAS bukanlah pengukur atau membuatkan kita orang yg kurang pandai dalam akademik, segalanya bergantung atas diri kita untuk belajar. Ada jugak segelintir yg di hantar ke KEMAS masih tidak boleh membaca waktu itu sehingga darjah tiga pun masih belum tentu dapat membaca.
Dahulu masa sebelum sekolah pun ibu dan nenek dah ajar cara menulis dan membaca, alhamdulilah sebab mudah menerima setiap ajaran. Mungkin keberkatan ibu dalam mengajar banyak membantu anak² nya lebih mudah memahami sebab ibu adalah org yg paling rapat dengan kita.
Pagi bersekolah dan petang ke kelas KAFA dan malam mengaji Al Quran dengan tok guru yg ada di kampung. Begitulah runtin harian waktu dikampung dahulu. Waktu dahulu setiap ajaran Al Quran tidak pernah meminta upahan, hanya keikhlasan hati yg diberikan. Syukur alhamdulilah , dan sekarang masih wujud kah guru sebegitu ?
Bersambung pelajaran sekolah, ketika peperiksaan penggal aku ingin meniru buku sifir tapi ada kwn perempuan yg telah nampak dan aku rasa takut dan bersalah jika dia memberitahu cikgu, tapi nasibku baik kerana dia hanya menegur dan diam sahaja selepas itu. Dari sejak itu aku tidak lagi meniru bukan untuk menunjukkan yg kita baik, tapi bila difikirkan balik kita hanya membohongi diri kita sahaja. Sedangkan kita tahu di mana sebenarnya tahap kebijaksaan kita. Masih lagi ingat waktu sekolah dulu kawan yg meniru dalam setiap peperiksaan mendapat keputusan lebih baik dari aku tapi bila peperiksaan yg betul betul keputusan aku yg lebih baik darinya, malah kita akan merasa puas dan bangga dgn diri sendiri bila kita tidak meniru.
Masih lagi teringat kenangan pahit waktu bersekolah dulu ketika kelas tambahan matematik, sebelum ke kelas tambahan singgah sebentar ke rumah kawan yg berhampiran sekolah sebab ramai kawan ada di situ sedang menonton movie fantastic 4 ketika itu. Sedang asyik menonton movie tu semua sudah terlewat ke kelas tambahan , bila sampai di kelas cikgu telah mengunci pintu waktu tu. Ketika balik ke rumah rasa serba salah sangat kat ibu dan ayah sebab tidak masuk ke kelas tapi tidak memberitahu kepada ibu dan ayah takut dimarahi. Pada keesokkan sekolahnya semua yg tifak hadir ke kelas tambahan tersebut semuanya dipanggil ke depan kelas, diberi penampar cikgu setiap seorang. Memang rasa bersalah laa waktu tu sebab anak murid kesayangan cikgu tu. Sudahlah diberi penampar disuruh menulis surat pulak kepada ibu ayah yg berbunyi *mak ayah kelmarin saya tidak hadir ke kelas tambahan kerana menonton filem fantastic 4 di rumah kawan* surat itu cikgu berikan kepada kawan yg berdekatan dengan rumah . Waktu balik sekolah rasa takut menguasai diri bila terbayangkan dimarahi pulak oleh ayah dan ibu, sampai di rumah saja terpaksa laa menadah telinga dengan leteran, nasib tidak keterlaluan marahnya.
Ketika selepas tamat UPSR aku mendapat keputusan yg agak cemerlang tiada subjek yg gagal, tapi masih kecewa sebab kalah dengan kawan dalam peperiksaan tersebut. Dia mencapai keputusan yg lebih baik, dalam hati berjanji akan melakukan lebih baik selepas ini.
Share this novel