LUM 10 | WHERE'S KAYLAA?

Romance Series 652398

(3:24am)

  "Uncle bangunlah..Kayla nak tidur Kayla ngantuk sangat"

Tutur nya perlahan mengejutkan lelaki itu dari tidurnya sambil matanya yang cuba dipaksakan untuk tetap terbuka walaupun hampir saja Kayla rebah di situ.

Sedangkan arfaaz yang tertidur nyenyak itu mula mencelikkan matanya sedari mendengar satu suara mengejutkan nya menyuruhnya untuk bangun. Sebelum arfaaz bingkas bangun dari perbaringan nya dan melihat ke arah gadis itu yang masih belum tidur dengan wajahnya yang cuba menahan ngantuk nya.

  "Kau asal tak tidur?"

Tanyanya sedikit risau dengan gadis itu, kenapa lah Kayla sanggup tidak tidur semata-mata mahu merawat nya. Sedangkan Kayla tidak menjawab sebelum tiba-tiba gadis itu menjatuhkan kepalanya tidur di situ dan melelapkan matanya sedari lelaki itu sudahpun duduk dari perbaringan nya.

Arfaaz hanya membiarkan saja gadis itu tidur di situ entah kenapa dia mula rasa bersalah, padahal dia hanya mahu mengena kan nya, sebelum arfaaz menuruni katil dan menyelimuti tubuh gadis itu dengan selimut sebelum berlalu keluar dari situ membiarkan gadis itu rehatkan diri.     

(8:43am)

  "Selamat pagi tuan...tak pergi office ke harini?"

Ujar arxie menyapa lelaki itu sedari melihat nya baru mengeluari lif dan menuju ke ruang tamu sebelum melabuhkan punggung nya di situ, sedangkan arxie hanya mengikuti saja lelaki itu dan hanya berdiri di hadapan nya.

  "Hari ni aku tak pergi office, aku nak kau yang cover kerja aku"

Arahnya pada lelaki itu, sedangkan arxie hanya mengangguk mengiyakan arahan lelaki itu

  "Darwish mana?"

Tanyanya lagi sedari tidak melihat kelibat lelaki itu di situ, biasanya Darwish yang terlebih awal bangun.        

  "Tak tahu..dia kata nak keluar kejap, nanti datang lah tu"

Balas arxie sedangkan arfaaz hanya mengangguk faham sebelum tiba-tiba Darwish muncul di situ dengan tergesa-gesa mendekati mereka.

  "Selamat pagi tuan..sorry lambat sikit, tadi belikan nasi lemak untuk kayla, orang jual kat tepi jalan. Ni kayla dah bangun ke? "

Ujarnya sambil matanya melilau mencari kelibat gadis itu mana lah tahu dia sudah bangun.
        
Sedangkan arfaaz dan arxie hanya memandang ke arah makanan yang dibeli Darwish sebelum keduanya memandang sesama sendiri dan kembali memandang serius ke arah lelaki itu.

Sedangkan Darwish hanya memandang pelik ke arah mereka, dah kenapa mereka macam tidak suka saja? dia salah cakap ke tadi? Dia cuma mahu Kayla rasa nasi lemak yang dibelinya itu memang sangat sedap inipun sudah kali kedua dia membeli dan mahu Kayla merasakan nya sekali.
   
  "Jangan bagi Kayla makan nasi lemak tu"

Arahnya sedikit tegas tidak mahu sampai lelaki itu harus memberikan Kayla makanan di tepi jalan, sebelum arfaaz berdiri dari duduknya dan terus beredar dari situ.
      
Sedangkan Darwish hanya memandang pelik kepergian lelaki itu sebelum Darwish menoleh ke arah arxie yang juga sama terkejut dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

   "Kenapa dengan tuan tu? Mood dia tak okey ke?"

Tanya Darwish sedikit risau sedari dia baru saja dimarahi lelaki itu, padahal dia cuma mahu membelikan sarapan untuk kayla.

  "Kau lah! Yang kau pergi belikan Kayla makanan tepi jalan dah kenapa? Kau tahu kan arfaaz tak suka makanan luar dibawa masuk ke sini"

Bebel arxie sambil menepuk bahu lelaki itu, geram je dia apa saja makanan diluar mesti dibawa masuk kedalam dan bagi orang orang makan sekali.

Sedangkan Darwish hanya melepaskan keluhan sebelum mengorak langkah mahu pergi dari situ dengan wajahnya yang sedikit sedih sebab tak dapat bagi Kayla rasa nasi lemak yang dibelinya.

  "Habis nasi lemak tu? Kau nak buang ke?"

Tanya arxie kuatkan sedikit suaranya sedari Darwish sudah pergi dari situ.

 "Banyak cantik! Ingat aku beli ni guna kertas ke! Aku makan lah sendiri bodoh!"

Jawabnya dari jauh sebelum Darwish keluar dari situ dan menuju ke satu tempat untuk bersarapan sendiri sambil itu bolehlah dia mengajak pengawal yang lainnya untuk makan sekali alang alang dia sudah beli banyak.     

Sedangkan arxie yang sudah melihat kepergian lelaki itu hanya menyumpah seranah, haih nasib baik kau kawan kalau tak dah lama kena cincang satu badan    

  "Amboi kau marah nampak! Kau okey tak?"

Tegur darel yang baru datang menghampiri arxie yang masih berdiri di ruang tamu itu.

  "eh rel! Terkejut aku kau bila sampai ni? Tetiba je dah ada dekat sini?"
     
Ujar arxie sedikit terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu

  "baru je,aku terus cari tuan az..tapi boleh pula tuan cakap tak masuk office hari ni. Kalau cakap awal sikit tadi takdelah aku nak keluar awal dari rumah,boleh aku bermanja dulu dengan isteri aku kan haha"
        
Balasnya diikuti gelakkan kecil sengaja mahu menyakat lelaki itu, walaupun mereka semua hampir sebaya hanya darel saja yang sudah mendirikan rumah tangga dibanding yang lainnya masih fokus berkerja.
     
  "Merepek apa kau pagi pagi ni, Ingat sweet lah tu?"

Ujarnya sedikit geram sedari lelaki itu dari tadi menertawakan nya, sengaja lah tu mahu menunjukkan kebahagiaan nya.

  "Kau bro bila nak kahwin? nak tunggu aku dah ada anak ke, baru nak cari calon isteri Haha"

Ujarnya lagi sambil ketawa terbahak-bahak melihat riak wajah arxie sudah mula tidak puas hati dengan nya.

  "Aku tunggu kau jadi duda! Baru aku pulak yang gelakkan kau macam ni, setan betul"

Balasnya sedikit mendatar sebelum berlalu pergi dari situ, makin lama dia dengan lelaki sengal tu makin sakit pulak hatinya dah macam dia je yang terpaling dah kawin
     
Sedangkan darel hanya terkekeh melihat kepergian lelaki itu,  nampaknya arxie betul-betul marah padanya sebab dah menyentuh soal rumah tangga.

Jeda-
 
Arfaaz yang baru menduduki ruang makan mula melilau mencari kelibat gadis itu yang dari tadi belum terlihat, biasanya awal pagi lagi Kayla sudah ada di meja bersarapan
     
  "Bik!..kayla tak turun lagi ke? "

Tanyanya pada bibik halwa sedari pembantu nya itu meletakkan sandwich pada piring nya sambil menuangkan coffee latte.

  "Belum lagi tuan, mungkin Kayla masih tidur dalam bilik"

Balasnya sedari dari tadi tidak melihat kelibat gadis itu di situ,sebab biasanya Kayla awal pagi lagi bersarapan pelik pulak bila harini lewat bangun pagi.      

   "Siapkan sarapan untuk kayla dan bawa ke atas "

Arahnya pada pembantu rumah nya itu, sedangkan bibik halwa hanya mengangguk sebelum menyiapkan sarapan untuk gadis itu.

habis saja bibik menyiapkan sarapan, bibik terus berlalu keluar dari dapur itu untuk menghantar kan sarapan ke bilik kayla. Belum sempat bibik keluar dari situ arfaaz kembali memanggilnya membuatkan bibik halwa kembali menoleh ke arah lelaki itu.

  "Ye tuan..Ada apa?"

Tanyanya pada lelaki itu, sebelum arfaaz berdiri dari duduknya dan datang menghampiri nya dan mengambil dulang ditangannya.

  "Biar saya yang bawa kan untuk dia"

Ujarnya sebelum beredar dari situ dengan makanan yang dibawanya, sedangkan bibik halwa hanya mengangguk membiarkan saja sambil memandang kepergian lelaki itu.

Jeda-

(9:12am)

Setibanya arfaaz didepan bilik gadis itu, arfaaz mula membuka pintu biliknya perlahan lahan sebelum arfaaz menerobos masuk kedalam dan melihat ke arah kayla yang masih berbaring di atas katil.

Arfaaz terus menghampiri kayla yang masih tidur itu, sebelum arfaaz meletakkan dulang yang terletak makanan tadi dan diletakkan di tepi meja dan arfaaz mula duduk bersebelahan dengan gadis itu dan mula mengejutkan nya.

   "Kayla...wake up!"

Kejutnya sambil menggosok bahu gadis itu untuk mengejutkan nya yang masih nyenyak tidur, mesti gadis itu kurang tidur pasal kejadian malam tadi.

Sedangkan kayla mula tersedar dari tidurnya sambil terpisat pisat dan mula membuka mata perlahan melihat ke arah arfaaz yang duduk di samping nya.

  "Hm?..uncle kenapa ada dalam bilik kayla?"

Tanyanya sedikit terkejut sedari lelaki itu berada didalam biliknya sebelum kayla bangun dari perbaringan nya dan sedikit mengeliat untuk merenggangkan tubuhnya.

arfaaz tidak menjawab pertanyaan gadis itu, sebelum arfaaz mengambil dulang dan diberikan pada gadis itu. Sedangkan kayla hanya mengerutkan keningnya dah kenapa bawa makanan sekali ke dalam bilik?

  "Ni untuk apa? "

Tanyanya dengan riak wajahnya yang sedikit pelik sambil memandang sekilas ke arah makanan yang diletakkan diatas peha nya oleh lelaki itu.

  "sekarang dah pukul berapa? Cepat makan jangan tengok je aku bawa bukan suruh kau tengok"

Sergahnya sedari kayla hanya termenung diamkan diri memandang makanan itu. Sebelum dengan sedikit tersentak kayla menyuapkan bihun ke mulutnya dengan tangannya yang terketar-ketar.

  "kau memang tak boleh makan elok sikit ke? dah mari sini biar aku suapkan kau makan, tak pasal-pasal tumpah makanan ni"

Ujarnya sedikit tegas sebelum mengambil alih sudu yang ada pada tangan gadis itu dan mula menyuapkan makan ke arah mulutnya. sedangkan kayla hanya akur dan membukakan mulutnya menerima suapan itu

Jeda-

Usai bersarapan arfaaz mula mengelap mulut gadis itu dengan tisu basah sebelum meletakkan sisa makanan tadi ke atas meja. sedangkan kayla pulak bingkas bangun dari duduknya dan mula menuruni katil sebelum kayla meminta diri untuk membersihkan diri dulu.

sempat kayla menoleh ke belakang memandang ke arah lelaki itu yang masih duduk di situ melihat nya.

  "Kau asal pandang aku macam tu? Nak aku mandikan sekali ke?"

Ujarnya sedikit pelik sedari kayla berhenti dan memandang ke arah nya.

  "Uncle taknak keluar ke? takkan nak tunggu kayla habis mandi baru nak keluar?"

Balasnya sedikit geram sedari lelaki itu masih tercegat di biliknya tanpa mahu keluar, dia nak mandi pun jadi takut kalau lelaki itu berada didalam biliknya.

  "halau ke apa ni?"

Soalnya sambil menjungkitkan sebelah keningnya sedari gadis itu berkata begitu padanya.

  "Macam mana kayla nak mandi kalau uncle ada dalam bilik ni.. Uncle tunggu lah dekat luar kayla nak bersiap dulu"

Balasnya menyuruhnya lagi untuk keluar dari situ, sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis sebelum bangun dari duduknya dan mengorak langkah keluar dari situ.

  "Jangan lama, aku tunggu..kalau dalam setengah jam tak keluar keluar, aku masuk aku mandikan kau"

Ujarnya dan terus keluar dari situ, sedangkan kayla hanya menjeling tajam kepergian lelaki itu, ingat setengah jam tu cukup ke nak bersiap? nak mandi pun ambik masa yang lama belum pakai baju lagi.

* * *
(10:32am)

Masuk saja elbiena kedalam ruang makan, elbiena mula mendekati bibik halwa yang sibuk membersihkan meja makan. Sebelum bibik itu menyapanya.

  "Selamat pagi puan..puan nak sarapan dulu ke?

Ujarnya sebelum mempersilakan wanita itu untuk duduk di kerusi terlebih dahulu. sedangkan elbiena hanya mengendahkan saja sebelum elbiena melabuhkan punggung nya dimeja makan untuk bersarapan.

  " tuan az dah pergi office ke? "

Tanyanya sambil menuangkan susu kedalam cawannya, sebelum bibik meletakkan sandwich kedalam piring nya.

  "Tuan az harini tak keluar pergi office puan."

Balas bibik sebelum meminta diri untuk pergi dari situ menyambung kerjanya, sedangkan elbiena hanya mengangguk sambil mengunyah roti kedalam mulutnya.
        
   "Mesti dia risaukan aku kan? sebab semalam aku kata aku tak sihat?"

Gumamnya sambil tersengih sengih memikirkan suaminya ternyata merisaukan keadaan nya. Tak sangka dia berpura-pura sakit semalam untuk mendapatkan perhatian dari suaminya itu.

Jeda-

Usai bersarapan elbiena bergegas pergi ke bilik arfaaz untuk menemui suaminya itu, beberapa minit elbiena tiba didepan bilik lelaki itu sebelum elbiena mengetuk pintunya berulang kali
 
sedangkan arfaaz yang mendengar bunyi ketukan itu terus membukanya dan disangka nya itu adalah kayla. sebelum arfaaz sedikit terkejut bila elbiena sudahpun berdiri didepan pintu biliknya sambil tersenyum ke arahnya.

  "Good Morning you.."

Ucapnya sedari melihat arfaaz sudah membukanya pintu, sedangkan arfaaz hanya mengerutkan keningnya dengan wanita itu

  "Kau nak apa?"

Tanyanya sedikit mendatar sambil berdiri didepan pintu bilik

  "You tak pergi office kan harini? Why not you teman i pergi hospital for check up? sebab dari semalam i rasa tak sedap badan"

Ujarnya cuba untuk merayu suaminya itu untuk menemani nya pergi ke hospital dan itu lah kesempatan nya, dia boleh lah keluar berdua-duaan dengan suaminya.

  "Aku busy, aku nak rehat jangan ganggu aku! Kalau kau nak pergi hospital kau boleh ajak zul"

Balasnya dingin tak ada masa dia mahu menemani wanita itu untuk pergi ke hospital. dan baru sahaja arfaaz mahu menutupi pintu semula elbiena terlebih dahulu menahan nya.

  "You wait!.. Please..kali ni je i nak you teman i..you tak kesian dengan i ke? Kalau you tak nak teman i, i taknak pergi."

Rayunya lagi dan kali ini dia cuba beranikan diri memeluk lengan lelaki itu untuk memujuk nya, sebelum dengan pantas arfaaz mengalihkan tangan nya kembali kebawah.

Sedangkan kayla yang baru saja keluar dari biliknya mula memandang ke arah mereka berdua yang bersembang di luar. elbiena yang melihat kemunculan gadis itu hanya menjeling ke arah nya.

  "Selamat pagi kak el.."

Ucapnya seraya tersenyum nipis, sedangkan elbiena hanya mengabaikan saja sebelum kembali memujuk suaminya itu
 
  "You teman i pergi hospital eh.. Please!.."
    
Pujuk nya lagi masih tidak berputus asa mahu membawa suaminya itu keluar bersama nya. sedangkan kayla yang mendengar mula berjalan sedikit untuk mendekati mereka.

  "Kalau kak ell tak ada orang nak teman pergi hospital, kayla boleh temankan kak ell"

Sampuk kayla sedari melihat uncle serigala itu tidak mempedulikan wanita itu, kesian pulak dia tengok. Tengah tak sihat pun tak ada siapa nak hantar.
     
Sedangkan elbiena terus menoleh ke arah kayla dengan tatapan tidak puas hati dengan nya yang tetiba saja masuk menyampuk perbualan mereka.

  "ehh budak!..jangan nak menyibuk boleh tak?"

Ujarnya sedikit geram pada gadis itu, kenapalah dia boleh datang mengganggu dia bersama suaminya.

Sedangkan kayla hanya terkebil-kebil dengan wanita itu tiba-tiba saja memarahi nya, dia salah cakap ke tadi?
     
  "Aku akan teman kau.. Tapi kayla ikut sekali"

Celah arfaaz yang dari tadi hanya diamkan diri sebelum arfaaz memasuki bilik dan menutupi pintu biliknya meninggalkan mereka yang masih di situ.
   
Sedangkan elbiena hanya Berdengus geram pada gadis itu yang sudah merosakkan rancangannya ingin berdua-duaan dengan suaminya. sebelum elbiena beredar dari situ sakit pulak hatinya bila terpaksa membawa kayla sekali.

Sedangkan kayla hanya mengerutkan dahi nya memandang kepergian wanita itu, dengan riak wajahnya seperti tidak puas hati padanya.
      
Jeda-

(12:47pm)

Arfaaz yang sudah menunggu terlebih dahulu didalam kereta bersamaan dengan darel mula menoleh ke belakang sedari mendengar pintu kereta dibuka dari belakang. Sebelum elbiena yang sudah bersiap siap duduk di belakang.
 
  "Dah! Jom gerak. lama ke you tunggu? "

Ujarnya sebelum mengarahkan darel untuk bertolak sedari dia sudah pun memasuki kereta.

    "Where's Kayla? "

tanya arfaaz sebaik melihat elbiena sendirian memasuki kereta.

  "Kayla tak siap lagi ke? Dah lambat ni"

Tanya nya balik sedari lelaki itu mencari keberadaan budak itu, sedangkan arfaaz mula menurunkan cermin kereta mencari kelibat kayla yang tak keluar keluar lagi dari tadi.
 
   "Darel! You tunggu apa lagi? Cepatlah gerak i dah lambat nak pergi hospital ni! "

Ujarnya mengarahkan darel untuk bergerak dari situ, sedangkan darel terus mengerling ke arah arfaaz menunggu arahan dari nya.

  "Tuan az..kita nak gerak dah ke?"

Tanya darel pada arfaaz sedari lelaki itu hanya memandang ke luar tingkap menunggu kayla datang.

Sedangkan arfaaz hanya mengendahkan saja sambil melilau mencari sekeliling tempat itu mana lah tahu kayla menunggu di luar sementara menunggu mereka bergerak.

   "You cepatlah! Kalau kita tunggu kayla nanti i lambat nak. Jumpa doktor..lagipun tak penting nak bawak budak tu sekali"

Ujarnya lagi cuba memaksa suaminya itu Untuk bertolak tanpa membawa budak itu. Sekali, entah apalah pentingnya budak itu sampai nak keluar pun kena bawah dia sekali.

Sedangkan darel hanya memandang silih berganti ke arah mereka berdua menunggu arahan dari lelaki itu.

  "Darel cepatlah! I dah lambat ni!"

Arahnya lagi sedari darel masih tidak bergerak menunggu arahan dari arfaaz, nampak sangat kesemua orang suruhan nya hanya mengikuti arahannya saja.

sebelum arfaaz mengangguk menyuruh darel untuk bergerak,sedari beberapa minit tidak melihat kemunculan kayla,entah pergi mana lah budak itu, katanya nak ikut sekali tapi boleh pulak tidak keluar.    

Sebelum darel mengangguk dan terus menghidupkan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan villa itu.

Elbiena mula tersenyum sinis bila dimana mereka sudah pun bertolak tanpa membawa budak itu sekali. Nampaknya rancangan nya berjaya.   

Sedangkan arfaaz dari tadi tidak berapa tenang memikirkan kenapa gadis itu tidak ikut sekali dengan mereka keluar? Padahal kayla begitu beriya nak ikut sekali bersama mereka.

Sebelum arfaaz cuba mencari contact number Darwish untuk memberitahu lelaki itu untuk melihat dimana kayla, sebab dari tadi perasaan nya tidak tentu arah merisaukan keadaan gadis itu. 
_______

[CHAT]

Arfaaz > [ aku nak kau balik villa tengok kayla ]

Darwish > [ baik tuan..]

Arfaaz > [ ada apa apa cepat bagitau aku ]

Darwish > [ okey tuan saya gerak sekarang]

_______

sesudah arfaaz mengarahkan Darwish arfaaz mula mengalihkan pandangan kehadapan, tapi sama saja pikirannya sedikit terganggu asyik memikirkan tentang gadis itu.

* * *

Darwish yang baru saja tiba di villa itu terus menuju ke ruang makan mencari kelibat kayla. Mana lah tahu gadis itu berada di situ kan?

  "Eh Darwish..dah balik ke? ni nak cari siapa? tuan az dah keluar berapa minit lalu"

Ujarnya menegur Darwish sedari melihat lelaki itu memasuki ruang makan seperti tercari-cari seseorang.

  "Tuan az suruh saya tengok kan kayla dulu, ni kayla dekat mana bik?"

Tanyanya sambil matanya melihat sekeliling mencari kelibat gadis itu, takkan lah kayla ada dekat bilik dia kot?

Sebelum Darwish berdiri dari duduknya dan meminta diri untuk pergi ke bilik kayla dahulu. sedangkan bibik hanya mengangguk dan kembali menyambung kerjanya.

Jeda-

Sampai saja didepan bilik gadis itu, Darwish mula mengetuk pintu biliknya berulang kali tapi bilik gadis itu tiada tanda seperti ingin dibuka dari dalam sebelum Darwish cuba membuka tombol pintu itu dan dipulas nya.

Masuk saja kedalam bilik gadis itu Darwish sedikit pelik sedari pintu tidak berkunci dan kayla pun tiada didalam biliknya, habis tu kayla pergi mana kalau dalam bilik pun tak ada.?
      
Sebelum Darwish cuba mencari disudut lain sambil membuka bilik persalinan dan juga bilik mandi didalam bilik itu tapi sama saja gadis itu tiada didalam bilik itu, dan Darwish terus bergegas keluar dari bilik dan mencari di tempat lain mana lah tahu gadis itu ada ditaman ke atau pun tempat kolam renang.

*  *  *
(2:45pm)

  "Hm..you kalau kita makan dulu boleh? ell lapar lah dari pagi ell tak makan"

Ujarnya cuba untuk membawa suami itu untuk makan terlebih dahulu, sebelum mereka berdua keluar dari hospital sesudah selesai menjumpai doktor pakar.

  "Aku nak balik! Kalau kau nak makan kau boleh makan kalau dah sampai nanti"

Balasnya mendatar sambil melangkah menghampiri kereta nya yang sudah menunggu di hadapan mereka, sebelum tiba tiba saja elbiena menarik lengan suaminya itu untuk memujuknya lagi.

  "Please!...kejap je i promise dekat you, habis makan kita terus balik. Lagipun doktor suruh ell jangan makan lewat nanti akan memudaratkan."

Pujuk nya lagi masih tidak berputus asa untuk memujuk suaminya itu, sedangkan arfaaz yang sudah malas hanya pasrah saja sebelum mengikuti saja kemahuan wanita itu.      
  "Dah cepat! "

Ujarnya sebelum memasuki kereta, sedangkan elbiena mula mengukirkan senyuman lebar sebelum memasuki kereta dengan segera, akhirnya suaminya itu mahu menemani nya makan sekali.

Jeda-

Sampai saja mereka berdua di restaurant mewah arfaaz dan elbiena mula masuki tempat itu, sebelum beberapa pelayan menyambut mereka dan menunjukkan tempat duduk untuk kedua pasangan itu.

  "You tak nak makan sekali ke?"

Tanya elbiena sedari pelayan itu memberikan pesanan pada mereka berdua, sedangkan arfaaz hanya diamkan diri tidak mempedulikan pertanyaan elbiena, sebelum elbiena mengambil pesanan untuk dirinya sendiri.

* * *

  "Darwish kau tengah cari siapa?"

Tegur hailex sedari melihat Darwish ke hulur kehilir seperti mencari seseorang diikuti beberapa pengawal yang lainnya buatkan nya ingin tahu.

  "Saya tengah cari kayla...dah satu tempat kami cari keberadaan dia tapi tak ada, sebab tuan az ada bagitau suruh tengokkan kayla sementara dia keluar"
    
Balasnya sedikit risau sedari tidak dapat menemui keberadaan gadis itu, sudah hampir setengah jam mereka mencari keseluruhan villa tapi kesemua pengawal tidak menemui nya.

   "Ni kau dah bagitau tuan az ke? "

Tanyanya balik, dia sendiri pun sedikit pelik, mana kayla pergi? Takkan lah orang dalam rumah tak tahu keberadaan gadis itu.

  "Alamak! nasib baik kau bagi ingat aku, aku tak call tuan az lagi"

Balasnya baru mengingati untuk memberitahu arfaaz mengenai kehilangan kayla yang entah berada dimana, sebelum Darwish mengambil telefon nya untuk menghubungi lelaki itu.

  "Dah kau call tuan dulu, biar aku tolong cari"

Arah hailex sebelum membantu mereka semua untuk mencari dimana gadis itu. sedangkan Darwish hanya mengangguk sebelum pergi untuk menghubungi arfaaz.
    

* * *

  "Ye Darwish? Kenapa call?" 

Tanya arfaaz sebaik menjawab panggilan dari Darwish.

  "Tuan..maaf ganggu, sekarang ni kami tengah cari kayla, dia tak ada. Dah ramai dah yang tolong cari tapi kami tak jumpa kayla ada dimana"

Ujar Darwish didalam talian memberitahu kepada lelaki itu mengenai keberadaan kayla yang masih belum dijumpai membuatkan nya sedikit risau.

Sedangkan arfaaz yang mendengar apa yang dikatakan Darwish sedikit terkejut, patutlah dari tadi dia tidak sedap hati.

  "Macam mana kayla boleh hilang?"

Tanyanya dengan nadanya sedikit kuat buatkan elbiena yang berada di hadapan nya sedikit terkejut dan memandang pelik ke arah lelaki itu.
   
  "Saya tak tahu tuan, masa saya sampai kayla dah tak ada"

Balasnya pada lelaki itu. dia sendiri pun tidak tahu kemana kayla pergi. sebelum tiba-tiba saja panggilan itu dimatikan.

Sedangkan elbiena yang baru saja menyuapkan makanan ke mulutnya mula tersentak sedari melihat arfaaz terus bangun dari duduknya dan terus pergi dari situ dengan tergesa-gesa.

  "Arfaaz! You nak pergi mana? i tak habis makan lagi!"

Pekik elbiena cuba memanggil arfaaz yang sudah berlalu keluar dari situ. tapi arfaaz hanya mengendahkan saja sebelum memasuki kereta dan segera mengarahkan darel untuk bergerak segera.

Sebelum elbiena membayar makanan nya dan terus berlalu keluar dari situ dengan wajahnya yang sudah memerah menahan malu bila dimana orang-orang didalam restaurant itu memandang ke arah nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience