Suasana amat meriah.Kerana lusa ialah majlis perkahwinan anak Mak Ngah Erah.Seorang anak kecil berumur 6 tahun sedang duduk di sebelah Mak Ngah Erah.
“Mak ngah,nanti Ara besar Ara nak kahwin dengan abang Iqbal.Ara suka abang Iqbal." kata budak kecil itu.
Mereka yang berada di situ tersenyum mendengar kepetahan Ara.
“Kalau tunggu Ara jadi bujang terlajaklah abang Iqbal kamu ni.Nanti Ara dah besar Abang Iqbal kamu pula yang dah beruban.” kata Mak Ngah Erah.
Mereka yang berada di situ tergelak mendengar kata-kata Mak Ngah Erah.
“Tak ada abang Iqbal sampai beruban.Bukan tua sangat.Kalau Ara nak kahwin dengan abang Iqbal,habis sekolah Ara kahwin dengan abang.” ucap Iqbal sambil tersenyum.
Ara menutup mulutnya..
“Oppss.” ucap Ara.
Iqbal tertawa melihat gelagat Ara.
Comelnya budak kecil ni.Iqbal mencubit pipi Ara.
Ara tersenyum malu.
“Amboi anak dara sorang ni Kecik-kecik dah gatal.” kata Mak Ngah Erah.
Mereka sudah tergelak melihat telatah Ara.
“Tapi nak tunggu Ara besar.Lambat lagi.Abang Iqbal pun dah nak kahwin lusa dengan kak Izzah kamu tu.” kata Mak Ngah Erah lagi.
Wajah Ara sudah berubah.Dari yang ceria sudah masam mencuka.
“Ala,Ara nak kahwin dengan Abang Iqbal.Abang Iqbal ni Ara punya." ucap Ara lalu duduk di atas riba Iqbal.
Iqbal tergelak melihat wajah masamnya itu.Dia melayan karenah Ara.Iqbal mengusap kepala Ara.Ara mendongak melihat Iqbal.Ara tersenyum malu lalu dia terkekeh ketawa.
“Abang Iqbal ni handsomelah.Nanti bolehlah jadi suami Ara.” kata Ara lagi.Ara mengenyitkan matanya kepada Iqbal.
Iqbal tertawa melihat sikap Ara itu.
“Eii budak ni Kecik-kecik dah gatal tu." Kata Mak Ngah Erah tersenyum melihat perilaku Ara.
“Nasiblah abang Iqbal dia handsome orangnya.” ucap Iqbal lalu menggomol pipi Ara yang gebu itu.
Ara masih lagi duduk di riba Iqbal.
Hai saya baru kt sini..saya masih lagi belajar..hope u guys like it
Share this novel