Mak Ngah Erah sudah tiba di Kuala Lumpur.Abang Dan menghantar Mak Ngah Erah ke rumah Iqbal.
“Assalamualaikum.” ucap Mak Ngah Erah memberi salam.
“Waalaikumsalam mak.Masuklah.Iqbal baru balik dari kerja.”
Iqbal mencium tangan ibunya.
Mak Ngah Erah dan Inara membawa beg masuk ke dalam rumah banglo itu.Inara memerhati sekeliling rumah banglo besar itu.
Iqbal terlihat seseorang yang berdiri di sebelah ibunya.Dia memandang Inara.
“Siapa ni mak?" Kata Iqbal.
“Ni Ara.Takkan tak kenal?” jawab Mak Ngah Esah.
“Ara?Siapa?”
“Ara!Raysha Inara anak Kak Ita.Jiran sebelah rumah kita tu.”
Iqbal cuba untuk mengingati.
“Anak Kak Ita?Dah besar dia.Dulu tengok masa kecik je.” kata Iqbal.
“Tu dulu.Dah berbelas tahun dah.Ni dia dah besar.Baru je habis SPM.Dia memang selalu datang rumah mak.Berkepit dengan mak jela.” ucap Mak Ngah Erah lagi.
Iqbal mengangguk lalu tersenyum.Sesekali Iqbal melihat wajah Inara.Inara perasan akan pandangan Iqbal.Dia menundukkan wajahnya.
“Cantik.” desis hati Iqbal.Iqbal tersenyum memandang Inara.
“Mak dan Ara masuklah dulu.Iqbal tunjuk bilik.”
“Kamu panggil je dia Ina.Ara tu masa kecik je orang panggil nama dia.” kata Mak Ngah Erah.
Iqbal mengangguk.
Mereka bertiga berjalan mencari bilik tidur.Iqbal menunjukkan bilik kepada mereka.
“Ni bilik mak dan Ina.Mak dan Ina rehatlah kat sini.Nak solat semua dah disediakan.Ina okay ke?Minta maaf kalau bilik ni tak berapa selesa.” ucap Iqbal.
“Ta...tak apa Abang Iqbal.Ni dah okay sangat dah.Tak payah susah-susah.” kata Inara.
Iqbal tersenyum dan meninggalkan mereka untuk berehat.
Mak Ngah Erah keluar mencari Iqbal.Inara termenung di dalam bilik.Dia teringat peristiwa yang masih terpahat di mindanya.
Sesekali Inara mengeluh.
?????????????????
Inara sedang menidurkan Dahlia yang berada di buaian.Terdengar suara Dahlia merengek.Inara mengangkat Dahlia dari buaian dengan perlahan.Dia mendodoikan Dahlia.
Dahlia tertidur di pangkuan Inara.Dengan perlahan-lahan Inara meletakkan Dahlia di dalam buaian.Ina tersenyum sendiri melihat Dahlia yang sudah lena dibuai mimpi.
“Comelnya.Gebu pipi dia.” ucap Inara sendiri.
Perlahan-lahan Inara keluar dari bilik supaya tidak didengari oleh Dahlia.Dia menuruni tangga.Kelihatan Mak Ngah Esah sedang rancak berbual dengan Iqbal.Iqbal dan Mak Ngah Erah melihat Inara yang sedang turun tangga.
“Ina,Dahlia dah tidur?” kata Mak Ngah Erah.
“Dah Mak Ngah.Tadi dia merengek mungkin nak dodoi dulu baru tidur.Ina dodoikan sekejap tahu-tahu dah tidur.” jelas Inara.
Mak Ngah Erah tersenyum.
“Okaylah tu.Ina nak pergi mana tu?” ucap Mak Ngah Erah.
“Nak basuh botol susu Dahlia.Nanti dia merengek pula nak susu.”
“Tak apalah.Nanti apa-apa beritahu Mak Ngah.” ucap Mak Ngah Erah.
Inara mengangguk dan beredar ke dapur membasuh botol susu.
Iqbal hanya memandang sahaja Inara dari jauh.
Inara terus menaiki tangga.Dia terdengar suara Dahlia yang merengek mahu susu.Sudah diduganya.Dahlia pasti mahu menyusu.
Sebelum tidur dia tidak menyusu.Mungkin kerana mengantuk yang teramat.Apabila Dahlia terjaga,dia terus merengek mahukan susu.
Dengan cepat Inara memasukkan susu serbuk itu ke dalam botol susu.Dia menuangkan air yang suam ke dalam botol susu itu.
Dahlia makin kuat menangis.Inara terus mendapatkan Dahlia.Dia mengangkat Dahlia keluar dari buaian itu perlahan-lahan.
Dahlia sudah mencebik mahukan susu.
“Alololo.Budak shomell ni.Kejap ya sayang.Meh shini kat akak!” kata Inara.
Inara meletakkan Dahlia di pangkuannya.Dengan penuh cermat dia menyuakan botol susu itu ke mulut Dahlia.
Dahlia terus menyusu.Selesai menyusu Inara mengangkat lalu memusingkan tubuh Dahlia dan menepuk perlahan belakang Dahlia. Supaya Dahlia tidak tersedak apabila menyusu.Perlahan-lahan Inara menepuk belakang Dahlia.
Apabila selesai menepuk dia meletakkan Dahlia kembali ke pangkuannya.Inara mendodoikan Dahlia agar tidur semula.Mata Dahlia semakin terpejam.Dahlia pun sudah tertidur.
Inara tersenyum sendiri.Sebelum meletakkan Dahlia ke buaian,Inara mencium ubun-ubun Dahlia.Perbuatannya telah dilihat oleh Iqbal.Iqbal tersentuh apabila melihat Inara menjaga anak tunggalnya seperti anaknya sendiri walaupun Inara masih muda lagi.Tetapi sifat keibuannya terserlah.
Iqbal membiarkan Inara menidurkan anaknya.Dia meninggalkan Inara sendirian.
Tq yang sudi baca.Nanti Miss update lagi.
Share this novel