•RATU HATIKU•

Family Completed 2297

.
. .
.

Halwa masih berdiri dengan luka-luka .Satu libasan rotan hinggap ke badannya.Menangis Halwa menahan sakit.

Wajah Puan Hajah kelihatan bengis dan garang.Dia tak peduli akan tangisan anaknya.Ini untuk mendidik anaknya untuk jadi anak yang baik.

" Halwa buat apa kat sekolah?Gaduh lagi "geram puan hajah apabila pihak sekolah menelefon berkata bahawa anaknya terlibat dengan kes gaduh.

" Dia yang mulakan dulu "Perlahan suara halwa tak mahu ibunya marah lagi.

" Ibu tak kiralah siapa yang mulakan dulu!Tapi ibu tak ajar anak ibu jadi gangster kat sekolah! "balas ibunya melibas lagi rotan ke tangan halwa.

" Halwa minta maaf..Halwa janji tak buat lagi "Ucap halwa sungguh-sungguh.

" Ibu nak halwa minta maaf kat budak yang Halwa pukul tu "Kata ibunya menyimpan rotan itu di dalam kotak.

Halwa sekadar mengangguk perlahan.Tak mahu dipanjangkan cerita dia masuk ke biliknya dengan perasaan benci.Selalunya mesti ibunya nak salahkan dia atas semua perkara.

" Semuanya aku salah!Apa yang betul agaknya! "Bentak halwa membaling buku latihan matematik.Subjek yang paling dibencinya.

Selama 4 jam dia terpaksa membuat latihan tanpa berehat malah banyak kali dia disebat sebab banyak membuat salah.Ibunya langsung tak beri peluang untuk dia bersuara.

Bencinya!!

_____________________________________

Halwa merenung kertas ujian yang baru dia dapat sebentar tadi.Terkejut betul dia melihat markah 80% yang tertulis pada kertasnya.Senyuman nya tak dapat disembunyi lagi.

" Tahniah Halwa dapat markah tertinggi dalam kelas ni bagi subjek matematik.Teruskan usaha ya! "Gembira Cikgu Amina melihat prestasi anak muridnya yang semakin meningkat.

Halwa tersenyum girang.Tak sabar nak tunjuk kat ibu.Mana tahu dapat hadiah special.Gembiranya.

Loceng sekolah berbunyi,semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah.Begitu teruja Halwa memasuki perkarangan rumah dengan kertasnya.Tak sabar hatinya.

Mesti ibu gembira!

Halwa terus menaiki anak tangga lalu mencari ibunya.Tetapi semua tempat yang Halwa cari tiada kelibat ibunya .Halwa rasa risau apabila ibunya seakan ghaib secara mengejut.

Halwa memeriksa pula di dalam bilik ibunya.Terkejut dia melihat ibunya yang terbaring kaku dengan bersarungkan telekung.Kaki halwa cepat-cepat melangkah menuju ke ibunya.

" Ibu bangun!Ibu! "Halwa menggoyangkan badan ibunya .

____________________

Ibu dibawa masuk ke wad kecemasan dengan segera.Keadaan ibu kritikal.

Halwa menangis lihat ke luar tingkap menunggu ibunya.Kertas matematik yang dia tak sabar tunjuk digenggam kuat.Halwa tertidur di muka pintu dengan memeluk kertas itu.

" Halwa "Satu suara menegur dia dengan sentuhan lembut.

" Makcik Hana!Ibu halwa tak apa-apa ke?! "Kata halwa rasa ingin tahu .

" Halwa..harap bersabar ya "Kata makcik Hana menggenggam tangan halwa erat.

" Kenapa makcik?Apa yang jadi dengan ibu?Cakaplah dengan halwa apa yang tak kena? "Berpuluh soalan yang halwa tujukan.

Makcik Hana masih tak berani mengatakan kebenarannya.

" Ibu halwa hidap kanser "Kata makcik Hana terus memeluk halwa erat.

Halwa tergamam dengan apa yang diberitahu.Air matanya mengalir lebat dengan teresak-esak.Kertas tadi sudah basah dengan air matanya.

" Harap bersabar halwa ini ujian Allah "Balas makcik Hana mengusap lembut kepala halwa.

" Makcik..ibu akan pergi tinggalkan halwa ke?Lepas ni halwa tak dapat jumpa ibu ke?Halwa tak nak ibu pergi..Halwa nak ibu.."Tangis halwa menggengam erat kertas itu.

" Makcik tahu susah nak terima tapi halwa kena tabah tempuh ujian ni.Makcik tahu halwa boleh "Pujuk makcik Hana lembut.

" Halwa nak jumpa ibu "Kata halwa melepaskan pelukan itu.Makciknya membawa dia ke tempat ibunya berada.

Halwa perlahan pergi ke katil ibunya.Dia menangis lagi apabila ibunya masih tak terjaga.

" Ibu bangunlah dulu..halwa ada benda nak tunjuk ni ibu "Terketar-ketar suara halwa menggenggam erat tangan ibunya.

Ibunya mendengar apa yang anaknya kata.Perlahan tangan itu mengusap lembut kepala anaknya.Air mata Halwa dilap dengan tangannya.

" Maafkan ibu halwa "Kata ibunya tersenyum manis.

Halwa menunduk kepala apabila tangisnya semakin lebat.Ibunya mengambil kertas yang halwa bawa.Satu senyuman manis terukir.

" Oh halwa dapat A matematik!Bagusnya anak ibu ni "Gembira ibunya memeluk Halwa.

" Halwa nak apa?Ibu belikan "Pujuk ibunya mengelap air mata halwa yang mengalir.

" Halwa nak ibu sihat "Satu permintaan yang sukar ibunya tunaikan.

" Halwa..ibu nak anak ibu jadi anak yang boleh gembirakan ibu..Ibu nak halwa belajar berdikari-"

" Halwa tak nak!Halwa tahu ibu nak tinggalkan halwa  sebab tu ibu kata macam tu!Halwa tak sukalah semua ni! "Balas halwa meninggalkan wad itu dengan hati yang pedih.

" Halwa! "panggil makcik Hana minat anak buahnya pergi begitu sahaja.

" Tak payahlah kak dia masih tak boleh terima lagi tu..Biarkan je "Ujar Puan Hajah faham apa yang ada dalam fikiran anaknya sekarang.

_____________________________

Halwa berlari sejauh mungkin yang boleh.Air mata masih menjurai dengan lebat.Dia tak dapat menerima kenyataan yang perit.Mungkin dia tak dapat berjumpa dengan ibunya lagi sama seperti ayahnya dahulu.

" Halwa nak ibu.. "Mengeluh Halwa kasar.

Halwa duduk di bangku kerana rasa penat .Angin meniup kencang menyebabkan kertas ujian nya terbang sekali.Halwa cepat mengikut kertas itu hingga ke belakang lorong.

Kertas ujian itu tersekat celah paip.Tangan Halwa terlalu kecil untuk mengambil tapi dia masih berusaha.Namun masih tak mudah.

" Ah!Biarlah bukannya penting pun!Semuanya takkan buat ibu sihat balik .." Sedih Halwa mengenangkan nasib ibunya.

" Dik?Boleh nek tolong ? "Ujar seorang nenek yang bertongkat.Halwa sekadar senyum nipis

" Tak payahlah nek susahkan nek je..lagipun tak penting pun "Balas Halwa yang berputus asa.

" Tak susah pun lagipun nek ada tongkat meh nek tolong "Kata nenek yang cuba mengeluarkan kertasnya dengan tongkat.Perlahan kertas itu terkeluar sendiri.

" Ah hebatnya nenek!Tangan halwa kecik sangat nak masuk!Terima kasih! "Gembira Halwa mengucapkan terima kasih.

" Sama-sama..Nenek teringatkan pula dengan anak nenek dulu..dia pun sebesar kamu "Kata nenek itu menggengam tangan Halwa erat.Nenek itu memberikan Halwa gula-gula.

" Nenek pun ada anak?Umur dia berapa?!Dia kat mana! "Teruja halwa apabila mendapat gula-gula itu.

" Dia kat tempat yang lebih baik sekarang.."Balas nenek dengan senyuman.

" Kat mana tu? "Soal halwa tak faham.

" Halwa..Satu hari orang yang kita sayang akan pergi tapi bukan bermaksud dia terus hilang.."Balas nenek mengusap lembut kepala Halwa..

" Maksud nenek apa? "Soal Halwa lagi.

" Walaupun ibu halwa takde dia masih ada kat sini.."Lembut kata nenek itu menunjuk ke hati halwa.

" Hati halwa? "Soal halwa memandang dadanya.

" Ya sebab ibu sentiasa jadi ratu hati kita..Dia takkan tinggalkan kita..dia sentiasa ada "Ujar nenek memberi sokongan kepada anak kecil itu.

" Jadi Halwa kena buat apa? "

" Luangkan lah masa masa bersama selagi ada..Kenangkan memori yang Halwa pernah buat bersama dengan ibu..Boleh janji dengan nenek yang Halwa akan buat? "Kata nenek itu sambil memberikan jari kelingking nya.

Halwa tersenyum manis.Jari mereka diikat dengan janji.

" Halwa janji!Halwa janji akan buat ibu gembira! "Gembira halwa lalu berlari meninggalkan tempat itu.

______________________________

Beberapa hari kemudian halwa semakin kerap menjaga ibunya di hospital.Dia masih ada masa untuk menyiapkan kerja sekolah.Puan hajah rasa bangga akan perubahan anaknya.

" Halwa sini kejap.."Panggil ibunya lembut.

" Apa dia ibu? "Soal halwa mendekati birai katil.

" Boleh Halwa nyanyi untuk ibu? "Minta Puan Hajah yang mengangkat anaknya supaya dapat memeluknya.

" Boleh!" Balas Halwa mencuba nada nya.

" Mama satunya ratu hatiku
mama selalu ada untukku
bila ku bersedih dan bila ku terjatuh
mama ada, selalu ada, ku sayang mama

mama satunya ratu hatiku
mama tak pernah jemu denganku
bila ku bersedih dan bila ku terjatuh
mama ada, selalu ada, ku sayang mama "Merdu suara halwa menyanyi sampai Puan Hajah melelapkan mata.

" Pandai nya Halwa nyanyi.."Kata Puan Hajah mengusap lembut kepala anaknya.

" Halwa sayang ibu "Ujar Halwa memeluk erat ibunya yang sudah layu matanya.

" Ibu lagi sayang anak ibu ni..Sayang janji dengan ibu sesuatu? "Balas Puan Hajah menatap muka anaknya.

Tit..Tit

" Apa ibu? "

" Ibu nak Halwa sentiasa senyum walau apa jua sekalipun..Janji? "Kata Puan Hajah memeluk erat tubuh anaknya.

" Mestilah!Ibu pun kena senyum tau! "Halwa tersenyum gembira dalam pangkuan ibunya.

" Terima kasih halwa sebab jadi anak yang baik..Ibu selalu sayangkan halwa sangat-sangat "Ujar Puan Hajah dengan tersekat-sekat.Air matanya mengalir lebat dengan senyuman manis.

' Ibu pergi dulu ya Halwa..'

Titttt.......................

' Kita jumpa di syurga nanti ya..'..

Halwa masih memeluk tubuh ibunya dengan air mata yang lebat.Memori yang Kami ciptakan tak pernah langsung akan dilupakan.

Seorang wanita yang sanggup bersusah payah untuknya.Seorang yang selalu ada ketika dia bersedih taktala apabila dia gembira.Seorang yang sering dia lukai tapi dia sentiasa memaafkan.Tak pernah jemu dengannya.

Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat seseorang yang bergelar 'Ibu'.Mustahil dapat membandingkan usahanya untuk membesarkan kita.

Terima kasih Ibu yang sentiasa menjaga kita sejak kecil lagi.

Hargailah masa bersama mereka selagi mereka masih bernafas lagi.

-End-
THANK YOU

____________________________

HAPPY MOTHER'S DAY!
SELAMAT HARI IBU!
Bonne fête des mères!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience