•BINTANG HATIKU•

Family Completed 2297

.
. .

" Ibu "Panggil Ika yang sedang bermain anak patung nya.

Ibu terus berpaling muka dengan senyuman manis apabila anaknya memanggil.Kepala anak gadis itu diusap lembut.

" Napa sayang? "

" Boleh tak kalau Ika nak jadi macam bintang tu? "Soal Ika sambil menunjukkan ke arah kumpulan bintang yang menerangi di langit.

" Boleh tapi kenapa nak jadi bintang? "Soal ibunya pelik dengan permintaan anaknya.

" Bintang cantik selalu bersinar waktu malam.Ika boleh tengok ibu dari atas sana.Ika nak jadi macam tu! "Teruja Ika tersenyum girang.

" Boleh sayang tapi Ika kena selalu belajar sungguh-sungguh untuk sampai ke atas sana "Pesan ibunya.

" Ika boleh buat!Ika nak berjaya sampai ke atas sana! "Petah anak gadis yang berumur 7 tahun itu berkata.

" Ibu akan sentiasa sokong apa sahaja yang Ika mahukan "kata ibu nya lalu memeluk erat Ika .

" Betul ke ni?Sayang ibu! "Ika memeluk balik tubuh ibunya dengan tawa yang girang.

__________________________________

Dulu semuanya indah belaka seperti apa yang dia bayangkan.Alangkah bagusnya hubungan kami rapat macam dulu.

Foto yang berwarna hitam putih ditatap lama.Air mata mengalir saat menatap wajah ibunya yang tersenyum.

" Betul ke Ika boleh jadi bintang? "Soal Ika dengan tangisan.

Selepas 10 tahun berlalu sejak Ika menjejaki sekolah asrama ni.
Hubungan kami amat renggang bahkan kami tak selalu keluar bersama lagi.Kerana ibu selalu sibuk dengan bisnes tapi aku patut faham keadaan nya.Ibu berharap satu hari aku lah yang akan menggantikan tempatnya.

Cuma aku ada kerjaya sendiri.Aku suka melukis tetapi ibu selalu bantah pilihan aku.Katanya itu hanya membuang masa.

Kami bergaduh apabila aku tak bersetuju untuk menyambung belajar kulinari.

Aku keliru.

" Ika awak ok tak ni? "Soal Fara yang sibuk membuat laporan.Muka Ika nampak murung.

" Saya ok "

" Awak tak balik ke rumah?Lagi dua hari kita kena balik "gembira Fara apabila pelajar asrama dapat balik sekian lamanya.

" Boleh saya tumpang rumah awak lagi?Saya tak rasa nak balik ke rumah "Sayu suara Ika meminta persetujuan.

" Tapi Ika dah 3 bulan awak tak jenguk ibu awak takkanlah sebab benda kecil awak putuskan hubungan dengan dia "Kata Fara cuba memujuk ika supaya pulang ke pangkuan ibunya.

" Saya tak nak gaduh dengan dia lagi "Ika memandang ke tempat lain.

" Ika ibu awak cuma nak anak dia ikut langkah dia "Balas Fara lembut.

" Awak tak faham ini hidup saya jadi saya yang patut tentukan bukannya dia.Kenapa semua orang tak pernah faham langsung "Geram Ika lalu berdiri dengan gambar di tangan .

" Ika saya tahu ini impian awak tapi ibu awak cuma nak inginkan yang terbaik untuk awak "Tegur Fara sambil menggengam bukunya.

" Ini yang terbaik Fara .Saya pergi bersiap esok kita gerak "Ika membuat kata putus.

" Ika..Tak faham betullah "Rungsing kepala Fara nak fikir masalah Ika yang tak kesudahan.

_____________________

Perjalanan ke rumah Fara agak jauh jadi Ika mengambil masa untuk sambung lukisan yang tak berapa siap.

Lukisan yang bertemakan seorang wanita yang sedih tidak dapat mencapai matlamat sendiri.

Sungguh terkesan betul dengan aku sekarang ni.Kali terakhir dia menjenguk ibunya.Perkara yang sama diulang.Suruh aku lupakan minat melukis untuk bantu dia menguruskan bisnes bakeri nya.

Masalahnya aku tak suka langsung nak mengambil kulinari.Kenapa nak paksa?Kata nak menyokong aku dari belakang untuk capai matlamat yang aku kecapi tapi ibu pula yang menghalang.

Apa motifnya?

" Ika saya singgah kedai sini kejap "Kata Fara berhenti satu kedai yang agak usang.

Ika meneliti tempat yang penuh dengan gula-gula dan makanan ringan itu.Ramai budak yang memilih setiap balang itu.Ika ingin tahu apa isinya jadi dia keluar dari kereta untuk melihat lebih dekat.

" Ingat tak kita sama-sama kumpul duit sebab nak beli gula ni? "Kata Fara mengambil gula yang berbentuk bintang itu.

' Ika tak baik makan gula-gula banyak sangat nanti rongak gigi ' Pesanan ibu terngiang-ngiang di kepalanya.

Ika kaku hadapan balang yang berisi gula bintang itu.Setiap kali aku pergi mesti aku teringatkan dia.Seakan dia dekat dengan aku sekarang.

" Ika?Jom kita gerak saya dah beli ni "Tegur Fara menunjukkan beg plastik yang berisi gula-gula itu.

Kami bergerak semula selama 3 jam lamanya.Ika tertidur kerana terlalu penat menunggu.Pelik.

Selalunya cepat je dah sampai ini sampai 3 jam tak sampai lagi.

Buk!

Bunyi pintu kereta mengejutkan Ika yang terlena.Terus matanya mencelik memerhati tempat yang masih kabur pada pandangan nya.Ika mencari pula Fara dari tempat pemandu.

Eh?Takde?

Ada satu nota yang melekat pada tempat duduk Ika.

' Keluar .Langkah 8 tapak ke belakang '

Peliknya.Nak main-main dengan aku ke Fara ni.Mesti dia rancang ni.

Ika memeriksa tarikh hari di telefonnya.Mana tahu ada hari istimewa hari ni.Tiada pula.

Ika mengikut sahaja arahan yang ditulis pada nota itu.Dia msngikut arahan lalu melangkah ke belakang.Badannya terkena bangsal belakang rumah.Ika menoleh ke belakang dengan curiga.

Tombol pintu dibuka perlahan.Ika terpana melihat seashell yang berwarna warni.Ada banyak lukisan yang ditampal di setiap sudut.

Ini..

" Lukisan aku? "Ika tak berani bergerak apabila lukisan yang dia buat khas untuk ibunya ada di situ.

Tak silap aku..ibu dah buang gambar ni..

' Ibu tak nak kau jadi pelukis!Apa gunanya untuk sara hidup kau!Buang masa je! 'Kata-kata ibu memang hancurkan harapan dia masa tu.

Ika memegang lukisan itu dengan khusyuk.Lukisan itu dicantum semula dengan tape kertas.Apa semua ni..

Satu tulisan yang ada di belakang lukisan itu buat hati Ika tersentuh.

' Ika sentiasa jadi bintang untuk ibu '

Air mata nya mengalir lebat melihat tulisan milik ibunya.Lukisan itu terjatuh ke tanah.Dia sungguh merindui ibunya sekarang.

" Ika "Satu suara yang menegur lembut ada di belakangnya.

" I-ibu? "Ika kelihatan terkejut apabila ibunya yang memegang lukisan yang ibunya sendiri buat.

' Ibu minta maaf '

" Maafkan ibu sayang.."Senyum ibu mendepakan tangannya.

Ika pergi untuk memeluk ibunya yang sudah 3 bulan dia tak menjenguk.Tangan ibu yang berkedut mengelap air matanya.

" Ibu Ika yang patut minta maaf sebab tak ikut cakap ibu..patutnya ika yang kena tolong ibu bukannya tinggalkan ibu seorang..Maafkan Ika.."Ika menangis semahunya.

Rindu yang dia simpan akhirnya dilepaskan semuanya.

" Ibu terlalu pentingkan diri sampai halang Ika jadi pelukis.Patutnya ibu sokong Ika."Ibu nya masih bersalah.

" Tak ibu tak halang Ika.Sebenarnya ibu lah bintang Ika selama ni "kata Ika memandang wajah ibunya yang tersenyum.

Rupanya ibu sentiasa selalu dekat melihat keadaan aku.Ibu kata dia rancang benda semua ni dengan Fara untuk berjumpa dengan aku semula.

Sejak kejadian yang mengharukan itu ,ibu lebih menyokong aku untuk menjadi pelukis terkenal.Selama 4 tahun bersusah-payah belajar.Akhirnya aku sudah sampai ke atas sana dengan kejayaan yang cemerlang.

Ini semua sebab berkat ibu.

Terima kasih ibu.

Ibu tak pernah jemu dengan kerenah anaknya.Apa yang anaknya mahukan dia selalu penuhi tanpa bantahan.Walaupun kadang kala dia tak bersetuju dengan kita.

Tapi percayalah.

Dia selalu berkorban apa sahaja untuk kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience