BAB 2

Romance Completed 1207

Aku tak tahu kenapa semenjak dulu ini, semua orang mempersoalkan akan status diriku. Salah aku kah tak ada pasangan. Masakan aku taknak ada awek. Aku jugak nak jadi macam Akim dengan Lia. Khalid ngan Sally . Is dengan Teha. Bila cuti, hujung minggu, spend time sama-sama. Tengok wayang. Keluar makan. Ada orang ambik berat, sayang.. Bahgia je rasanya. Tapi apakan daya, tak ada yang mahu dan menginginkan diri aku ni.

Tak tahu sama ada aku atau ibu bapa aku yang salah, semua perempuan tak nak kat aku. Hidup aku dirundung kesunyian. Aku ada lah rupa jugak. Sedap je mata memandang. Kalahla Akim dengan IS. Aku jugak bukan budak jahat, tapi takdelah baik sangat. Normal je. Aku tak kaya, setakat duit simpanan 3 ribu lebih dengan motor 125Z sebijik. Beli sendiri guna duit kerja aku. Tapi tetap takde yang nak. Kawan-kawan aku naik motor je gak, parent pulak yang belikan. Tapi ada je yang nak. uh oh..

Bukan aku tak pernah usaha, macam-macam usaha aku buat untuk mencuri hati para gadis. Tapi hampeh, sampai sekarang tidak berhasil. Pernah sekali aku mandi bunga tujuh jenis, kononnya biar buang sial dan biar aura manis, ramai orang dekat. Tapi tulah, jodoh tak juga kunjung tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience