BAB 1

Romance Completed 1207

Macam kebiasaan, aku pergi melepak malam tadi. Sesampainya aku di tempat lepak tu, aku terus memarkir motorku dan pergi ke arah teman-temanku.

"Fuiyo, jejaka teruna sudah sampai. Wiwit." kata Is disambut oleh gelak ketawa yang lain sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di sebelahnya..
Belum sempat ketawa mereka reda, Akim pula menegurku. " Mak ko tak marah ke Daus keluar malam-malam ni? Anak dara tak baik keluar malam-malam tau. Hahahaha."
"Ala…." belum sempat aku menjawab, Khalid telah potong kata-kataku.
"OK kawan-kawan, aku ada lagu khas untuk kawan kita yang masih suci ni. Nak dengar tak??"
"Aku main gitar, korang backup k."

Khalid memandang ke arahku, dan tangannya terarah kepadaku. "untuk Firdausi , terimalah"
Khalid terus memetik tali gitar kapoknya dan menyanyi.

"Ini cerita, cerita Firdausi ,
Yang masih solo dan kesunyian,
Rupa Si Firdausi , sangatlah suci,
tapi solo sehingga kini.
Ohh..Ohh.Ohhh..
Firdausi lah makhluk Tuhan yang tak laku sehingga kini"
"ohh..ohh..ohh.." yang lain lain membackup lagu yang mengikut rentak lagu makhluk tuhan paling seksi yang Khalid nyanyikan. Serentak mereka ketawa setelah menghabiskan lagu tersebut. Aku hanya tersenyum.

"Best2. Pandai korang wat lagu." kataku setelah ketawa mereka hampir reda.
"Ok, lagi satu lagu untuk ko." tiba-tiba Is bersuara.
"Rul, bak gitar ko tuh."
"Nah." Khalid memberikan gitarnya pada Is.
"Sape nak join, join k. hahahaha. Daus, lagi satu, terimalah." Is buat gaya macam pakwe tujukan lagu khas untuk awek. Aku geleng kepala. Aduss. budak-budak nih..Aku mengeluh.

"ok..1,2,3." Is terus memetik gitar tersebut. Kali ni ikut lagu lama P. Ramli pulak, ape ntah tajuk eh..
"Yang mana satu, pilihan kalbu,
sudah penat, kami menunggu."
Is mula nyanyi. Akim sambung.
"yang macam mana, pilihan Firdausi ,
badan gemok, atau keremping??

Khalid dah berdekah-dekah ketawa. Aku dah tak leh buat apa. Senyum kelat jek la. Nak marah, kawan. Aku tak betah nak lepak lama-lama malam td. Selalunya, selagi tak pukul 12, kitorang tak balik. Lagi lama aku stay, lagi teruk aku kena bahan. Malam tadi jugak merupakan sejarah dalam hidup aku lepak tak sampai setengah jam.

"Weh, aku blah lu aa." kataku
Is yang dengar aku nak balik, terus berhenti ketawa. "Alamak ai. Baru pukul 11 beb. Pe kes nak balik awal-awal? Ke nak gi usha awek kilang balik kerja? hahahaha."
Khalid dan Akim ketawa. Aku buat bodoh je.
"Nak carik awek, dapat ke oi?? Kot2, Limah gemuk anak Pak Hamid tu pon tak pandang kat ko. hahahaha."
Aku malas nak layan. Aku terus menghidupkan enjin motorku, dan berlalu dari situ dan meninggalkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience