kekasih lama

Romance Series 2547

Khalisha senyap tidur di pangkuan Isyara dan kepala Khalisha baring selesa di dada Isyara.
kesesakan jalan raya di bandar itu menyebabkan perjalanan mereka lambat ke GHR hotel yang sudah ditempah oleh Puan Julia.

Theo yang sibuk berbual dengan Khairul dan kakak sepupunya, sesekali melirik Isyara yang tidur bersandar di pintu kereta dan Khalisha di dadanya. ' boleh tahan cantik juga bila minah ni tidur ' kata Theo dalam hati.

" Manja betul Khalisha dengan pinces bilofy dia" kata Hidayah. " ohh ye. kenapa chacha happy sanggat tengok Ara kak siap panggil pinces bilofy, apa maksudnya Tu?" Tanya Theo yang dari tadi bingung. " ohh. chacha ade nampak gambar korang kahwin hari tu, so chacha nampak Isya cantik dengan gaun yang dia guna Tu blue navy, tu yang chacha panggil dia princes butterfly sebab di sanggul Isya ada butterfly dan chacha ni minat butterfly tu yang dia friendly sanggat dengan Isya." Theo pun menganggukkan jawapan kakaknya itu, jujur dia pun terpegun dengan kecantikan Isyara masa Majlis tu.

Sampai di GHR hotel

"Ara bangun kita dah sampai" Theo mengerakkan perlahan bahu Isyara supaya Khalisha tidak turut terbangun. Isyara pun terbangun sambil meletakkan Khalisha di tempat duduk perlahan.
Isyara keluar dari kereta terasa angin sejuk Malam itu membelai wajah Isyara dengan bunyi kenderaan kereta masuk kejalan utama hotel.

" okaylah Isya, akak balik dulu ye, jaga diri baik baik kat Ranau esok" nasihat Hidayah sebelum mereka balik " baik kak, tq sebab sudi ambil kitaorang kat airport sampai hantar Kami kat sini" " small matterlah tu Isya, lagipun kita dah jadi family sekarang. Mesti esok Khalisha tercari cari pinces bilofy die" dibalas senyuman dari Isyara

" ohoi. dah siap korang punya Majlis perpisahan?" Theo masuk cerita tetiba dan dijeling garang oleh Hidayah. Isyara tersenyum dengan sikap Theo dan Hidayah. Isyara membongkar beg tangannya perlahan untuk mengambil sesuatu " mhm kak daya. tolong bagi ni untuk Khalisha esok, bila dia Cari saya." permintaan Isyara sambil mengunjuk rantai dengan buah rantai bentuk rama rama pelangi. ' mama yang suruh saya beli rantai bentuk butterfly ni. mama kata ade gunanya nanti. sekarang saya faham'

" ehh, Isya tak payahlah bagi rantai ni, ni kan Isya punya. kenapa nak bagi dengan Khalisha. tak payahlah susah susah" tolak Hidayah sambil melihat rantai itu, cantik sanggat. " tak pelah kak lagipun mama dengan saya pergi shopping barang hari tu dan mama nampak rantai ni, dia kata beli dan adalah gunanya nanti. Jadi saya rasa mama yang pilih ni untuk Khalisha sebagai hadiah." " ohh. terima kasihlah Isya esok saya bagi dengan Khalisha mesti dia happy" dibalas senyuman dari Isyara

Sampai depan kaunter

seorang pekerja wanita menegur pasangan ini " Puan Isyara Monlov dan Encik Theo Mika?" tanyanya dengan sopan " iya " jawab Theo
" ohh, selamat datang Tuan Puan. kenalkan saya Alisha yang diberi tugas oleh Puan Julia untuk jaga Puan isyara sekali dengan Tuan Theo, selama Tuan dan Puan di sini." Kata Alisha
" terima kasih Alisha" kata Isyara

" hah, bagus sanggatlah tu. awak jelah pimpin Puan awak ni sampai ke bilik Yee." jawab Theo. " Maaf Tuan Theo. Puan Julia tak bagi saya pimpin Puan Isyara. Puan suruh biar Tuan Theo yang tolong Puan Isyara. ni arahan Puan Julia" kata Alisha . Dalam hati Theo ' ishh mama ni kann' " takpe saya akan bayar awak lebih" kata Theo lagi.
" maaf Tuan. saya cuma bekerja dengan Puan Julia dan dibayar Puan Julia." jawab Alisha dengan berani. Naik geram Theo dibuatnya
" lebih baik Tuan dan Puan sekarang rehat sebab esok pagi jam 7 kita gerak ke Ranau. silakan ikut sini bilik tempahan Puan Julia." ' kecik besar ja aku tengok perempuan ni'

sampai ke tingkat enam. Alisha membukakan pintu bilik dan membawa beg majikannya masuk. Alisha sibuk memberitahu semuanya yang perlu.
" dan Puan " panggil Alisha mencapai tangan Isyara " gelang ni untuk Puan. bila Puan perlukan apa apa, Puan cuma tekan dan cakap macam ni.." Alisha mengambil jari Isyara dan menekan skrin jam itu dan memanggil namanya. dan terdengar bunyi drut drut dari jam Alisha dan terdengar suara Alisha memanggil namanya tadi. " pesat suara Puan akan sampai dengan saya dalam sesaat dan Puan terbuka untuk panggil saya bila bila masa. selain dari itu, jam ni dilengkapi dengan GPS yang kesan keberadaan Puan. Itu saja saya nak terangkan dan saya minta diri dulu. ehh umm nanti Puan saya hantarkan dinner dalam bilik okay" "terima kasih Alisha" " sama sama Puan"

selepas Theo membersihkan diri, ganti Isyara masuk ke dalam bilik untuk Mandi. Theo yang siap memakai baju mendengar ketukan perlahan 3kali dipintu. pintu dibuka dan terlihat Alisha dengan seorang pelayan membawa makan Malam. " Tuan ni makan Malam Tuan dan Puan. izinkan kami masuk " Theo membuka jalan dan mereka tinggal makanan itu di atas meja. selepas siap meletakkan makanan mereka keluar dan Theo menutup pintu.

Tumpuan Theo beralih ke pintu tandas. Hampir terkeluar biji mata Theo tengok isyara keluar dari bilik mandi dengan pakaian tidur yang seksi warna ungu lembut memperlihatkan paha putih gebu Isyara dengan rambutnya yang basah dikeringkan dengan tuala kecil. Sekali lagi kejantanan Theo digegarkan dengan godaan Isyara dengan pakaiannya Yang menonjolkan tubuhnya. Theo tersedar dari melihat tubuh Isyara dan cepat mengapai tualanya tadi datang dekat dengan Isyara.

" a-a-apahal kau pa-pakai baju macam ni, takde baju lain ke. ishh" kata Theo marah tapi suka dengan pemandangan itu tadi, dililitnya badan Isyara dengan tuala. " abanggg, apa ni. panaslah abang. lepaskan Aralah. Ara lapar terhidu makanan. Ara nak makan ihhh" jerit bantah Isyara dengan sengaja. Theo yang geram dengan tindakan Isyara dia pun pergi ke belakang Isyara Dan memeluk Isyara dari belakang.

" ish degil sanggatlah kau ni..." ucap Theo yang tergoncang oleh Isyara yang ingin membuka tuala Yang terlilit di badannya. Theo pun melihat wajah Isyara dengan wajahnya dari belakang ke bahu kanan Isyara dan cakap sesuatu sambil senyum tipis di bibir kanan " ...kau degilkan. kalau kau degil sanggat nanti kau pula jadi dinner aku Malam ni nak" ucapnya spontan buat Isyara diam tanpa bergerak kerana malu

Isyara malu sanggat dan dia tau maksud ucapan Theo. Tapi dengan akal warasnya, dia ikut turut bermain kerana itu cabarannya untuk mengoda suaminya itu. Isyara berpaling ke wajah Theo di sebelah kanan dan tersenyum nakal. Theo terkejut dan diam seolah olah Isyara melihat dalam matanya dengan riak wajah nakal " hmm, bagus juga tu. Ara dah lama sedia tinggal tunggu abang ja lagi on" ucap Isyara dengan tangan kiri Naik mencubit manja hidung Theo.

Isyara tidak lagi mendengar suara dari Theo dan pelukan di tubuh perlahan terlerai, sempat lagi Isyara terasa degup jantung Theo di belakang badannya kerana Theo membongkong dan dadanya disandarkan pada tubuh Isyara.

"hmm, ohok ohok. dahlah jom makan lepas Tu tidur esok gerak awal pagi kan." Theo mengubah topik kerana mukanya merah padam. Isyara tersenyum sambil dipimpin oleh Theo ke tempat duduk makanan mereka Yang siap dihidang.

sambil menghampiri meja, Isyara buat perangai. "kanda jangan marah marahh,
nanti kanda lekas tuaa,
dinda nakalll orangnyaa,
tapii nakal ni untuk kandaa"

Makin merah padam muka Theo. " kau ni memang gila kan" sindir Theo " iya memang pun gila, tapi gilakan suami sendiri, tak salahkan" jawab Isyara.

'tq, Alisha tolong sediakan saya' kata Isyara dalam hatinya.

Keesokan paginya

" Okay jom gerak " kata driver

selepas beberapa jam mereka sampai ke Kundasang. Isyara turun untuk ambil angin dipimpin

Kering idea boss...saya harap korang tak marah..Lepas ni saya nak update novel dalam masa terdekat... boleh tak? Komen ye dan sokong saya untuk teruskan menulis tq muah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience