Honeymoon

Romance Series 2547

Dua hari susah berlalu Isyara duduk dalam banglo Theo sendiri dengan tiga pembantu rumah, Theo selepas Majlis telah sibuk dengan kerja office sampai Theo seperti lupa yang dia telah beristeri. Awal pagi sebelum Isyara bangun, Theo sudah pergi kerja dan bila waktu petang Isyara tunggu Theo balik, Theo akan balik tengah Malam. Tapi kali ni Isyara takkan lepaskan peluang.

1.36 a.m
Terdengar pintu utama terbuka dan terdengar langkah kaki masuk. Isyara dengan tongkatnya berjalan dekat dengan bunyi tapak kaki tersebut dengan senyuman di bibir.

" Abang dah balik. Lama Ara tunggu, ni abang dah makan ke belum?" Lembut Isyara menegur dan bertanya suaminya itu.
Theo yang mendengar bunyi tongkat diketuk- ketuk di lantai menjadi perhatiannya sekejap dan menoleh ke arah lain dengan muka yang longlai serta rimas. Theo bercakap di dalam hatinya.

'ni yang aku rimas ni bila ditanya, masa-masa aku penat ni haduiiii. Ha sebab nilah aku tak dapat balik awal tunggu Minah ni tidur dulu, macam-macam aku ditanya, berlagak sanggat nak jadi isteri yang taat tapi buta'

Dengan pelahan Theo menjawap " aku dah makan kat office, dah aku nak tidur "
"Tapi abang saya dah sediakan makanan kat meja dapur tu, jom makan sama-sama" pujuk Isyara lagi
"Issh aku taknak makan, kau dengarkan aku cakap, takkan kau dah tuli" jawab Theo marah.
" Takdelah, Ara saja nak jemput abang makan sebab dah berapa hari abang tak makan kat rumah, buat Ara risau dengan kesihatan abang"
" Aku tak suruh pun kau sibuk dengan hidup aku Kan, dah Kira bagus aku bagi kau tinggal kat sini daripada aku halau kau keluar, so tak perlulah sanggat kau nak ambil endah hidup aku, faHAM!!?" Tengking Theo dan naik ke biliknya

Dari jauh seorang pembantu hanya melihat keadaan Isyara dan Theo yang bertengkar. Pembantu itu melihat isyara menitikkan air mata selepas Theo menutup pintu bilik dengan kuat.

' Ara, apa nasib kau buta, tidak dicintai dan dibenci suami, cinta pandang pertama kau dari kecil tidak memahami keadaan hati kau yang terlalu mencintai dia' kata hati Isyara yang melutut menangis sambil memeluk tongkatnya.

Keesokannya
Isyara bangun awal dibantu pembantunya seperti selalu. Isyara dengan pembantunya selalu pergi gym dalam rumah itu, pembantu rumah Theo itu selalu di samping Isyara. Walaupun Isyara buta tapi dia tidak pernah terlepas dengan latihan senaman untuk mengeluarkan peluh dan aktiviti senaman ini memang hobi Isyara dari sekolah menengah.

setiap hari Isyara berlari 2jam dan lebih, bila Isyara malas senaman badan yang full. ' Ting Tong, Ting Tong' terdengar bunyi lonceng rumah ditekan menandakan ada tetamu dan terdengar dari luar suara wanita yang Isyara kenal memberi salam dan memanggil nama Isyara.

" Assalamualaikum, morning u alllss, Ara my dearrr, mama datang ni ". Puan Julia teriak riang ingin bertemu menantunya itu.

"iya mama Ara ada kat sini" jawap Isyara keluar dari bilik gym rumah Theo didamping pembantu rumah.

Puan Julia menoleh ke arah sisi kanannya dan terpegun dengan kecantikan dan eloknya badan menantu kesayangannya itu. Isyara yang memakai baju sukan singkat dengan seluar ketat panjang, menampakkan perut dan 4 kota abs yang mulus putih melepak di badan menantunya itu, membuatkan Puan Julia terkejut.

' what the.... menantu aku ni dah lah lawa body hot pula tu. Untung anak aku dapat bini macam Ara ni. Ni naik rugi anak aku ni kalau tak sentuh Bini dia ni. haih Theo cepat-cepatlah engko bagi si Ara ni mengandung, aku nak ada cucu awal ni" terngaga mulut Puan Julia dan beribik bisik di hatinya sendiri.

" Puan ju? Puan Okey tak ni? Puan" pembantu rumah melambai-lambai tangan di wajah Puan Julia yang berdiri kaku. Pembantu itu pun melihat arah mata Puan Julia tepat ke arah perut Isyara yang terdedah, Dan dengan pantas menaikkan zip jaket Isyara hingga ke atas dada.

"ehh dah kenapa dengan kamu ni Ima, terkejut saya" kata Isyara " maaf buat Puan Ara terkejut, tapi mentua Puan Ara tu terkaku tengok roti Puan Tu hah" kata Ima sambil menepuk perlahan perut Isyara. Isyara pun tersenyum geli sambil mengangguk dan mencapai lengan Puan Julia untuk menjemputnya duduk.

" mama, apa khabar sihat ke?" Tanya Isyara sambil mengenggam jari tangan Puan Julia, dan Puan Julia pun tersedar.

" ohh. ohh, Yee mama sihat sayang. Ara pula sihat?" Ara menjawap dengan anggukkan "baguslah. Actually mama datang kat sini nak bagi Ara dengan Theo tiket honeymoon ke Sabah. Mama ada tanya pendapat ayah dengan parents Ara. So mereka kata lebih baik Ara dengan Theo honeymoon dekat-dekat sini je dulu sebab operation di Amerika Tu minggu depan so kiranya lepas honeymoon Ara selesai 3hari dan 2hari tu Ara rehat dulu dan paking barang. kita kat sana mungkin dalam sebulan dualah mungkin."

"Honeymoon?! awal sanggat tu mama. abang Theo still busy dengan office nanti dia cuti, kang projek baru dia tangguhkan. Ara tak nak menyusahkan abang Theo mama. boleh tak honeymoon ni lain kali je" rayu Isyara

Puan Julia mengeleng " mhm, mhm. mama tau u Ara akan cakap macam ni. mama kenallah dengan anak mama tu dan pasal kerja Theo, yang tak habis!-habis tu, mama dah setelkan. Ayah dah suruh PA kepercayaan Ayah dan PA Theo untuk uruskan projek tu ikut perancangan Theo sendiri. So yang penting tomorrow, mama nak jumpa u Ara dengan Theo kat depan rumah with your beg bothhh of uuu for your trip to hooonneeyymmoonnn" dengan Gaya Puan Julia mendepakan tangan dan teriak dengan emosi opera di dalam banglo Theo.

" haha, mama duduk dulu. Okey. Ara akan setuju tapii selepas bincang dengan abang Theo boleh ma." tanyanya dengan senyum manis

" Oteyyy" Jawab Puan Julia singkat manja dan comel

sorry minggu ni saya lambat update sebabkan Raya ye..ohh ya pasal Raya..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semua. saya tak lambatkan bagi ucapan ni. tq untuk reader semua lov u

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience