BAB 11

Romance Completed 37765

"how date kau haritu?best?"

Fie mengangguk laju sambil tersenyum lebar.Dia menunjukkan cincin yang dipilih oleh haizan.

"omgg fie lawanyaaaa..."

Ouni membelek cincin yang elok terletak di jari manis fie.

"what the hell i thought im the one who will get married first.No wonder its you.Im just happy."

"aku pon tak sangka weh...thanks ouni.Where's jerode? Tak sabar nak bagitau dia."

"class dia habis lambat sikit harini.Jap lagi muncul la mamat cina tuh."

Kata ouni sambil mengunyah sandwich yang dibeli.

••••

Haizan memeriksa segala barang untuk dibawa pulang ke london.Dia merenung gambar fie yang dihantar tenpoh hari dan dijadikan lockscreen.Haizan mengeluh kecil.Berat hatinya untuk meninggalkan kekasih hati disini.

Disebabkan haizan tidak mahu fie untuk bersedih,dia berhasrat untuk memberitahu fie tentang kepergiannya ke london.

"sayang...sorry.Biyy tak bagitau sayang yang biyy nak balik london harini.Flight biyy pukul 2:30 p.m jap lagi.Bye sayang."

Sent!

Haizan menarik bagasinya ke ruang tamu.Kelihatan danny sibuk menyediakan sarapan pada pagi itu

"makan dulu ah eijan sebelum jumpa mummy kau."

Danny mempelawa haizan untuk bersarapan bersama.Haizan mengangguk lalu melangkah ke arah meja makan lantas melabuhkan punggungnya.Dia mencapai sekeping roti sardin dan menuang secawan kopi o'.

"kau still taknak bagitau fie ke pasal kau nak balik nih?"

"Dah bagitau.Kesian kat dia pulak nanti.London tu dah la jauh.Rasa macam kejam sangat pulak nanti."

"Bagus la kau dah bagitau dia.At least kau tak buat dia risau.Girls kan.Merajuk lama pulak nanti."

Haizan tersenggih lalu menyambung semula suapannya yang tergendala.

"kirim salam payyad.Tak sempat jumpa dia pulak.Cakap kat dia thanks sbb fetch aku haritu.Dah ah danny...aku nak kene balik jumpa mummy nih.Kang bising orabg tua tu."

"haa okay.Bawak kereta tu elok-elok."

Pesan danny kepada haizan yang sedang sibuk menyarungkan kasutnya.Haizan hanya mengangguk-angguk kecil.

"Terima kasih banyak la danny sebab bagi aku tumpang rumah kau nih.Hehehe halalkan makan minum eh bro.Aku pergi dulu ah.Assalamualaikum."

"okay bro takdehal.Waalaikumusalam."

Haizan melangkah pergi selepas bersalaman dengan sahabatnya.

••••

Fie memeriksa mesej whatsapp yang diterima.Fie terkaku apabila membaca mesej yang dihantar oleh haizan.Sungguh dia terkejut apabila haizan ingin berangkat pulang ke london hari ini.Dia merenung jam di tangan.1:47 p.m.

Fie bergegas menuju ke keretanya untuk ke lapangan terbang.Nasib kelasnya pada hari ini tamat lebih awal daripada biasa.Fie memecut laju.Harap sempat.Bisik hati kecilnya.

••••

Haizan sampai di perkarangan rumah mummy dan daddynya.Dia tersenyum apabila pintu utama dibuka dan terlihat kelibat mummynya di hadapan pintu.

"assalamualaikum mummy."

Haizan memberi salam lalu memeluk ibunya kejap.Puan shahrida membalas semula salam dan pelukkan anak lelakinya itu.Pelukkan dileraikan.

Haizan masuk ke dalam rumah dan duduk dihadapan ayahnya.

"daddy,haizan nak kahwin habis graduate ni.Dengan girl yang haizan bawak haritu."

Encik Azam memandang wajah anaknya lama.Dia tersenyum.

"macam tu la anak daddy.Hahaha cantikk~"

Mereka berdua mencalit ibu jari masing-masing.Puan shahrida tersenyum.

"haizan dah makan?jom breakfast dulu...lagipun awal lagi kan?"

Haizan merenung jam ditangan dan mengangguk.Dia dan encik azam berjalan beriringan menuju ke meja makan.

"mummy bila nak datang tengok haizan kat sana?"

Tanya haizan sambil menyuapkan sesudu mee goreng.

"nantilah tunggu daddy kamu free."

Puan shahrida menjawab ringkas.Haizan mengangguk faham.

"mummy,nanti tolong tengokkan fie.Jaga dia untuk haizan boleh?"

Puan shahrida mengangguk sambil mengusap kepala anaknya.

Selesai makan,haizan meminta izin untuk berangkat pulang.Dia memeluk dan mencium tangan kedua-dua ibu bapanya sebelum berlalu pergi.

Haizan menghidupkan enjin pacuan empat rodanya sebelum bergerak ke lapangan terbang.Masih berat hatinya untuk meninggalkan tanah air sendiri.

Setibanya di lapangan terbang,haizan menunggu di hadapan balai berlepas.Dia melihat sekeliling berharap agar insan yang ditunggu tiba.

Dia merenung jam di pergelangan tangannya.Lagi 20 minit sebelum dia berangkat fie.Dia merenung sekeliling sekali lagi namun hampa.

Setelah beberapa minit menunggu,kapal terbang yang akan membawa haizan pulang ke tanah london telahpun tiba.Haizan bangun dari tempat duduk dan menuju ke balai pelepasan.

••••

Fie merenung jam ditangan.Dia takut tidak sempat untuk bertemu dengan haizan.Keadaan di jalan raya juga amat sesak ketika ini.

Dia memukul stereng kereta menggunakan jarinya.Tidak senang duduk fie di dalam kereta.

Setelah agak lama dia terkandas di dalam kesesakkan,akhirnya fie berjaya juga sampai ke lapangan terbang.

Tanpa melengah,Fie terus menuju ke balai pelepasan.Susah juga untuk dirinya bergerak kerana memakai kasut tumit tinggi dan runcing

Setibanya fie di hadapan balai pelepasan,fie mencari kelibat haizan di sekeliling kawasan tersebut.Kemudian,dia terdengar pengumuman kapal terbang yang telah berlepas.

"Malaysia to London already departure safely.Thank you."

Fie merenung jamnya.Dia mengeluh.Jam sudah menunjukkan pukul 2:50 p.m.Dia kecewa kerana gagal untuk mengucapkan selamat tinggal.

Fie pulang ke rumah dengan penuh rasa kekecewaan.Dia menghantar mesej ringkas kepada haizan.

"Biyy...sorry.Sayang lambat sampai kat KLIA.Sayang ingat nak wish goodbye but tak sempat.Have a safe flight biyy.Loveyouu."

Sent!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience