BAB 8

Romance Completed 37765

09:40 a.m

Haizan menghidupkan enjin kereta GTR nya sebelum dipandu untuk mengambil fie.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi whatsapp untuk memeriksa mesej yang bertimbun.

Haizan tersenyum melihat mesej yang di 'spam' oleh fie.

"wei mana kau nih?"

"haizannnnnnnnn!"

"hishh kau nihh dah pukul berapa dah baik aku naik kereta aku je senang"

"kau dah bangun ke woii?ke elok dibuai mimpi?"

"ke kau pengsan dalam bilik air?"

"haizann haizann bangun lah."

"haizan balas laaaaa"

Haizan ketawa selepas selesai membaca kesemua mesej yang dihantar oleh fie.Tak penyabo minah nih!

Haizan memecut laju kereta GTR menuju ke rumah fie.

••••

Fie memeluk tubuh menunggu haizan di hadapan rumah.Dia mengibas rambutnya kebelakang.panas!

Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 10:00 a.m.Fie mengeluh lalu mengeluarkan iphonenya.

Fie mengambil beberapa keping gambar sambil membuat pose merajuk.Dia menghantar sekeping gambar selfienya kepada haizan dengan caption,

"Takguna kau haizan.Kau lambat."

Send!

Fie tersenyum melihat gambar gambarnya sendiri.

Ponnn...ponnn...

Fie tersentak apabila terdengar bunyi hon kereta yang kuat dihadapan rumahnya.Dia menarik muka masam.

"kenapa lambat?"

Tanya fie sambil berpeluk tubuh.Dia mengalihkan pandangannya ke arah yang bertentangan tidak mahu membuat 'eye contact' dengan mata lelaki tersebut.

Haizan tersenyum sambil membuka pintu di sebelah pemandu.Fie menjongketkan kening.

"Sorry aku lambat...get in.Aku belanja kau breakfast."

Fie mencebik.Haizan menarik tangan fie dan memimpin gadis tersebut masuk ke dalam kereta.Fie tersenyum kecil namun cuba disorokkan daripada dilihat haizan.

"Tadi kau senyum sensorang kat depan rumah tu kenapa?"

Fie menelan liur.Dia nampak?em malunya.

"Biar la nak senyum pon.Kau dengki ke?"

"Takde kerja aku nak dengki.Takdelah...nanti orang ingat kau terencat pulak."

"eiyy dah la malas nak cakap dengan kau.Bawak je kereta tuh."

Fie memeluk tubuh.Dia kata aku terencat?Ahh geramnya.

Haizan menjeling air muka fie di sebelahnya.Dia tersenyum.

"Thanks for the selfie.Kau cute sangat bila buat muka marah kau tuh."

"aku taknak cakap dengan kau lah."

"alolo sorry la fie.Kau marah lagi ke kat aku?"

"Boleh tak drive je.Aku lapar la"

"Baiklah boss ku sayang."

Haizan menekan pedal minyaknya dan meneruskan pemanduan.

Setibanya mereka di sebuah restoran,haizan mencari tempat untuk memarkir kenderaan pacuan empat rodanya.

"Fie..dah sampai lah.Jom breakfast."

Fie mengangguk kecil dan membuka pintu untuk keluar dari perut kereta tersebut.Fie hanya membontoti haizan masuk ke dalam restoran tersebut.

Fie menelan liur.Terkesima melihat hiasan dalaman restoran tersebut yang bercirikan rumah melayu tradisional yang telah dimodenkan.Rekaan dalamannya juga amat cantik dan menarik sesuai dengan suasana restoran tersebut yang berada di sebelah tasik buatan.

Haizan memilih tempat duduk di sebelah jendela yang terbuka.Fie mengambil tempat di hadapan haizan.Dia tersenyum manis.

"apa senyum?"

Haizan menjongketkan keningnya.

"Sebab bawak aku makan siniAku suka suasana macam nih.Tenang.Cantik pulak tuh.Thanks haizan."

Haizan tersipu malu melihat senyuman fie yang tidak lekang dari bibirnya.

"em okay takde hal.Kalau kau nak aku bawak kau selalu pon boleh.”

"Hahaha dah la aku lapar.Mana waiter taknak ambik order kita ke?"

"hahaha sabar lah sikit.Tu ha dah sampai dah waiter nya"

Fie ketawa kecil.Haizan memesan 2 pinggan Nasi Lemak bersama ayam berempah untuk mereka berdua nikmati pada pagi itu.Air pula,haizan memesan Teh Tarik manakala fie pula lebih kepada selera kanak-kanak iaitu milo panas.

"Tak sangka kau pon makan makanan melayu.Ingatkan suka pasta,spagetti,lasagna.Budak london enn."

"ape kau ingat aku lahir kat sana?Perit do nak makan asam pedas, gulai lemak cili api kene tunggu cuti.Ni aku break dalam 4-5 bulan baru balik sana.So enjoy the food la jawabnya."

Fie menakup mulutnya sambil ketawa.Kelakar dia melihat reaksi haizan yang beriya-iya menceritakan tentang dirinya yang tidak dapat memakan makanan masakkan melayu di london.

"kalau kau nak makan,kau masak la sendiri.Tak payah tunggu cuti.Kan jimat dah tu."

Fie memberikan pendapat.Haizan menggeleng sambil membuat isyarat 'no..no..no’

"Takde masa aku nak belajar masak.Aku ingat nak cari bini yang reti masak ah boleh dia masakkan untuk aku hari-hari.Kau reti masak tak?"

"Mesti la aku reti.Since parents aku meninggal aku memang masak sendiri kat rumah.Kalau aku sorang makan okay la nak masak simple,ni abang aku pon ade sekali so kena masak elok-elok sikit."

Haizan kaku mendengar penjelasan fie.Dia rasa bersalah apabila air muka gadis itu mula berubah.

"Ouh takziah fie.Sorry aku tak tahu.So now abang kau ade kat rumah la?"

"Thank you.Its okay,aku pon tak cerita pape kat kau pasal parents aku.Em yea abang aku ade kat sini sebab ade kerja.So nanti bila dia balik tinggal la aku sorang kat KL."

Haizan mengangguk kecil.Belum sempat dia bertanya lebih lanjut,makanan yang dipesan pon tiba.Mereka menikmati juadah pagi yang bertemankan pemandangan tasik yang indah.

••••

Fie tersenyum kepada kedua-dua ibu bapa haizan dihadapannya.

"em...mummy kenapa senyum je dari tadi...taknak tanya kenapa haizan bawak fie datang sini?".

Fie menelan liur.Apesal lain macam je bunyi mamat nih?

"eleyh ingat mummy tak kenal anak mummy.Mummy tahu la,haizan nak mummy holdkan plan mummy kan?"

"Haah la aunty...betul tu.Haizan bawak fie ni pon nak suruh pujuk aunty holdkan dulu plan aunty.Firasat seorang ibu tak pernah salah.Betul tak aunty?"

Encik Azam dan puan shahrida hanya mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Hahaha betul tu fie...disebabkan haizan dah bawak calon menantu untuk mummy and daddy...so mummy holdkan dulu plan mummy nak masuk meminang Bella."

Fie terkejut.Menantu? Fie menjeling haizan di sebelah yang membisu.cakap la something haizan!

"sape pulak bella tu mama?"

"she's an stewardess la haizan.Fie ambik course ape?"

"Engineering."

Haizan membalas sebelum sempat fie membuka mulut.Puan shahrida mengangguk.

"so bila kami boleh jumpa parents fie?"

Fie terkejut.hah? Nak buat ape pulak dah.Desis hati kecil fie.Haizan menjeling fie disebelah.

"She only have her brother mummy.Parents fie dah meninggal dunia.Since when fie?"

Fie menganggkat muka memandang haizan yang sedang merenungnya.

"since fie 18 tahun."

"ouh dear...takziah fie."

"its okay.i don't mind.Just...aunty nak buat ape aunty and uncle nak pergi rumah fie?"

Fie mengarukan kepalanya yang tidak gatal.Puan shahrida memandang suaminya dan ketawa.

"dah jom makan,mummy dah masak."

"wahhh dah lama fie tak makan masakkan ibu ibu nih."

Fie tersenyum lalu menarik pergelangan haizan.Haizan tersenyum.dup dap.dup dap.dup dap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience