1

Fantasy Series 14014

"Ishkk ishkk" Arian berhenti menekan keypad handphonenya. Bunyi apa tu? Arian segera menyelak tirai kamarnya. Tak nampak apa pun. Janganlah main-main. Aduh dahlah pukul 3 pagi dah ni. Yang mata ni pun taknak tutup kenapa. Bebel Arian. Arian mengambil earphonenya dan menhubungkan dengan handphone lalu membuka surah Yassin. Dia memaksa matanya tutup.

"Arian!!"
"Mak kau hantu punjut!" Arian melatah. Dia membuka mata. Aduh peningnya kepala aku. Di hadapannya berdiri sosok tubuh seorang wanita.
"Ish kau ni Arian ! Mak menjerit nama kau dari bawah kau tak bangun-bangun lagi. Kau ni memang cari nahas betul la." Bebel Mak Mah sambil menarik telinga Arian.
"Aduh mak sakit! Sakit! Lepaskan telinga Arian ni mak." Arian mengaduh sakit. Mak Mah melepaskan tangannya dari telinga merah Arian. Dia mencekak pinggang.
"Kau dah lambat ke kelas tau tak?!" Arian terkejut. Haah la aku ada kelas. Mampus aku. Arian berlari masuk ke dalam bilik air. Mak Mah mengeleng.

"Muhammad Arian bin Nazif !" Arian berhenti menapak. Aduh ingatkan tak kantoi tadi. Pensyarah psikologinya memandang tajam ke arahnya. Bukan itu sahaja , rakan-rakannya siap melambai lagi. Jilake punya kawan.
"Maafkan saya Puan Iman. Saya datang lambat. Saya sakit perut." Ahh tipu ajalah. Takkan nak cakap bangun lewat pulak.
"Sakit perut ke bangun lewat?" Puan Iman mengelilingi pelajar yang selalu datang lewat ke kelasnya. Arian mengeluh perlahan. Mati aku.
"Err sakit perut." Puan Iman mengeleng perlahan. Masih taknak mengaku.
"Sudahlah. Pegi duduk." Malas mahu memanjangkan cerita. Arian mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelah sahabatnya. Munir. Dia menyiku Munir.
"Tak call aku ke? Tengok aku dah lambat." Munir membuat muka kereknya.
"Eh eh kau ingat aku ni ada masa nak call kau ke?" Munir membalas perlahan.
"Ish kau ni.."
"Haa Arian? Ada masalah apa-apa ke? Nak pergi tandas ?" Perli Puan Iman.
Arian tersengih sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience