9

Fantasy Series 14014

"Mana Arian ni?" Encik Mustafa mengeluh. Sedari tadi pelajarnya tidak pulang-pulang. Katanya mahu mencari kayu api. Ini batang hidup pun tidak nampak lagi. Hari sudah gelap.
"Okay macam ni. Kita berpecah. Lima orang cari arah selatan. Yang lima lain cari arah utara ."Arah Encik Hamdan. Semua mengangguk. Yang selebihnya menyiapkan makan malam. Munir gelisah. Mana rakannya itu. Sepatutnya dia ikut Arian sekali.

Arian membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit.
"Aduh. Apa yang dah jadi ni? Kat mana aku?" Arian cuak. Dia bukan berada di hutan. Tetapi di rumah kayu.
"Awak dah sedar?" Seorang perempuan berdiri di hadapannya. Dia memakai baju putih lusuh dan kain hitam yang juga lusuh. Rambutnya paras bahu dilepaskan. Matanya bulat bersinar jernih. Hidungnya sederhana mancung. Mulutnya kecil sahaja . Memang comel.
"Kauu..Kau bunian ke?" Soal Arian takut.
"Tidak. Saya bukan bunian. Saya nihh.."
"Aku tau ! Kau puntianak kan? Kau nak hisap darah aku kan?" Tuduh Arian.
Perempuan itu membuat muka bosan. Lelaki di hadapannya ini membuat muka yang menyakitkan hatinya. Muka aku ni macam puntianak ke?
"Saya tak hisap darah orang la. Saya bukan puntianak. Nama saya Kamilia" Jawab gadis itu
"Habis kau nak apa?" Soal Arian kasar.
"Aku cuma nak berkawan je. Bukan nak hisap darah kau pun." Jawab Kamilia kasar. Arian mengeleng.
"Dengar nama kau pun lama kau nak kawan dengan aku? Memang taklah." Kamilia mendekati Arian.
"Janganlah kasar sangat. Aku kan cakap tadi aku nak berkawan. Kau je boleh nampak aku." Dari saya bertukar ke aku. Sungguh tidak kelakar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience