Luth A'ryan.

Crime Series 1334

"Luth." ujar Uncle Idruce dengan nada yang hemah. Beliau yang merangkap sebagai Chief Police Department of Malaysia-Qatar Diplomatic Unit sudah mati kutu untuk memujuk hati keras milik anak saudaranya. Kes yang melibatkan pembunuhan tragis bersiri yang meragut nyawa tiga buah keluarga ternama di Malaysia, Thailand dan Qatar akhirnya menemukan jalan mati. Mahu saja dia menampar-nampar dalang durjana bagi kes ni selumat-lumatnya. Nipis sungguh nilai kemanusiaan yang dimiliki. Pihak media pula mula menanam benih-benih spekulasi berkenaan kes tersebut yang secara langsung memberi tekanan hebat kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya Unit of Crime Prevention and Investigation of Malaysia-Qatar yang diketuai oleh Luth A'ryan.

"Uncle. Listen. Ayan and the team are capable of doing this. We just need more time. It is just a matter of it. Don't you agree?" nada suara Luth A'ryan semakin lama semakin tenggelam ditelan arus kekeliruan yang membelenggu dirinya. Alahai Ayan, kau dengar tak betapa sendunya statement yang kau sebut tadi. Kau sendiri bunyi macam teragak-agak. Ada hati nak pertikai suggestion yang Uncle Id bagi. Turunkanlah sikit ego kau yang melangit tu, tak susah mana pun.

"Luth A'ryan bin Luth Fateh! Do you listen to your own words right now? Stop speaking nonsense. We don't have enough time for god's sake. We are fighting against it. We need their specialty and expertise. You know how magnificent they are in these fields. Uncle tahu they are forces to be reckoned with, but itu sebab dia orang more than capable to do so." Berdesing telinga milik Luth A'ryan mendengar arahan dan teguran veto dari pak cik sulungnya.

"Baik Uncle. Ayan faham. Copy that."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience