"Eleanor. Cancel all of my appointments for today and tomorrow. I'm going to visit the twin as usual." tutur Addam di hujung talian. Terserlah sifat dominannya sebagai seorang lelaki yang berprestij tinggi menerusi suara garau dan loghat british milik empunya sang jejaka. Siapa tidak kenal Addam Zion Mateo yang pernah dinobatkan sebagai lelaki idaman Asean 5 tahun ke-belakang kerana kekayaan yang dimilikinya pada usia yang baru setahun jagung. Seusai meletakkan telefon pintar kepunyaanya di para yang berdekatan, Addam memandang sekilas gambar besar milik keluarga kecilnya yang menjadi penghuni setia dinding pejabat mini rumah agam keluarga Mateo sejak empayar perniagaan ayahandanya; Afghan Alexander Mateo dibina lagi.
Ayahanda, Bonda, Abang Adrian dan dirinya. Gambar yang kaku tersebut kelihatan jauh lebih hidup berbanding dirinya kini. Senyuman ikhlas jelas terpancar dari riak wajah kami sekeluarga.
"Ian, I swear to god till the end of my life line, I'm going to arrest whoever fucking responsible for the death of you and your wife! I'm fucking kill them with my bare hands!" Mata hijau pekat keperangan kepunyaan Addam bersinar dengan api dendam yang membara."Bodies are meant to be trade with bodies, right?" ujar Addam ringkas.
Addam mencapai kunci kereta Mercedes S-class putih kesukaannya yang terletak kemas di dalam kotak khas yang turut menempatkan puluhan lagi kunci kereta bertaraf dunia sambil menelek pemakaiannya di cermin. Baju sleeveless black and white keluaran limited edition daripada Nike dikenakan dengan seluar pendek paras lutut daripada jenama yang sama. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia terus bergerak ke garaj kereta yang terletak di tingkat bawah tanah rumah agam keluarganya.
"Have a safe trip, Master." tutur Eleanor si pembantu rumah yang setia menjaga Addam dan Adrian sedari mereka kecil lagi.Addam hanya memandang mata tua milik Eleanor sepintas lalu. Kosong dan dingin. Seri di mata milik anak jagaannya itu kelihatannya semakin lama semakin hilang. Benarlah orang kata resah hati tuanya. "No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories."
"Welcome back, sir." kata kembar lelaki seiras yang dikenali sebagai Riv dan Rid yang turut merangkap sebagai anak saudara kepada Addam. River Mateo dan Rider Mateo; dua nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan masa kini meskipun masing-masing baru menginjak ke umur 18 tahun. Wajah kembar seiras ini seringkali dilihat terpampang di majalah-majalah terkemuka dunia disamping Addam Zion Mateo. Mereka setia menemani Addam ke mana sahaja dia berada. Dimana Addam berada, di situ si kembar akan turut kelihatan.
Sejak berlakunya insiden tragis yang telah meragut nyawa kedua ibubapa si kembar; perhatian media telah tertumpu ke arah mereka. Jadi, sedari kecil mereka telah biasa dibanjiri dengan perhatian dari segenap sudut dan Addamlah yang telah melatih mereka dari peringkat awal; dia mengajar mereka pelbagai kaedah dan cara untuk mereka survive dalam dunia yang kotor dan hina ni.
Addam memegang kejap bahu Rid dan Riv sambil menundukkan kepalanya; meskipun si kembar mempunyai ketinggian yang lebih tinggi berbanding orang biasa di luar sana tetapi jarak ketinggian Adam dengan mereka masih terlalu ketara. Addam berkata, "How is the progress? You guys are doing fine with the studies and stuff?"
"Yes sir. We are doing just fine with the studies and all. Currently, we are preparing for Qatar Robotic Competition 2019 alongside with the Kendo Championship at the end of this month." bicara si abang; Riv dengan riang. Dia mengharapkan Addam akan merasa bangga dengan pencapaian yang dia dan adiknya perolehi secara tak langsung akan memberikan pujian. Namun, reaksi Addam membuatkan si kembar bungkam. Riaknya sedikit pun tidak berubah. Tak ada secalit senyuman pun yang meniti di bibir merah milik Addam.
Si kembar berasa sangat kecewa tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang riak di wajah polos mereka. Kata-kata Addam sentiasa terngiang-ngiang di telinga mereka. "Emotions such as happy, laughter, sadness, and anger are always good, but never forget your poker face."
"Go and finish up whatever things you have right now because later on we will have sparring and weight lifting sessions. Do I make myself clear, boys?" bicara Addam dengan riak kosong yang mendatar.
"Yes sir." ujar si kembar secara serentak.
Share this novel