H 3 - Jus Oren

Romance Completed 235793

Sejak beberapa hari yang lalu setelah pertemuannya dengan Fara,Danisha sudah mula bekerja di salah satu cawangan Cafe kepunyaan keluarga Fara yang terletak di ibu kota

Sepatutnya sejak 3 minggu yang lalu lagi Danisha sudah mula bekerja tetapi disebabkan hal -hal yang berlaku terhadap dirinya segala perancangan nya sudah tertangguh

Untung sahaja Fara masih mengosongkan kerja itu khas buat dirinya sahaja

Dapat dilihat di satu sudut meja yang berada di dalam cafe itu Danisha dan Fara sedang rancak berbual-bual memandangkan pelanggan tidak terlalu ramai pada ketika itu

"Nisha aku nak tanya sikit boleh"tanya Fara sambil mengjongkitkan keningnya

"Apa dia tanya je lah macam tak biasa pulak kau ni nak minta izin bagai "perli Danisha tidak pernah -pernah Si Fara ni minta izin bila nak tanya soalan dah macam baru kenal pulak dah

"Hurm yelah -yelah ,aku nak tanya kau dengan ibu kau macam mana"tanya Fara nada serius cuba ditekankan dalam pertanyaan itu

"Macam tu la ,aku dengan dia dah jarang bercakap ,aku just akan duduk dalam bilik aku tak keluar bilik lagipun sakit hati aku belum reda la Fara ,apa yang dia buat tu sangat menyakitkan tak mudah aku nak maafkan dia dan Darwish "terang Danisha sambil mengeluh kesal tangannya disilang ke dada selepas menghirup jus oren yang berada di hadapannya ,jarang sebenarnya untuk dia minum jus oren tapi entah mengapa tekaknya rasa nak minum benda masam jer sekarang

Fara mengeluh kesal ,Matanya dilirik ke arah jus itu tiba -tiba dia rasa sesuatu yang aneh

"Eh jap Nisha kau minum jus oren",tanya Fara dengan wajah terkejut

"Haa aaa kenapa "balas Danisha pula , wajahnya cemberut apabila ditanya soalan itu

"Bukan ke kau tak suka jus oren ke ,kalau tak silap aku kau paling tak suka benda yang masam"ulas Fara yang pelik ,sejak dari dulu lagi Oren adalah buah yang paling Danisha benci dan tak suka sebab masam walaupun ada jer buah oren yang manis tapi tu lah sejak dulu lagi Danisha amat bermusuhan dengan buah oren

"Entahla Fara ,aku tiba -tiba nak minum jus oren nak cuba ,kenapa tak boleh ke "tanya Danisha yang sudah mula bingung kenapa nak pertikaikan sangat setakat benda remeh temeh macam ni

"Bukan tak boleh tapi pelik sangat "Balas Fara ,ada benda yang bermain di fikirannya ketika ini tapi mahu sahaja dia tepis jauh -jauh ,mohon dijauhkan andai kata betul la apa yang difikirkan nya hidup Danisha pasti akan bertambah buruk

"Takde yang pelik pun la ,mana tahu aku nak tukar angin ke kan "Balas Danisha kini tangannya sekali lagi mencapai gelas yang mengandungi jus oren itu , dihirup air itu sehingga licin ,rasa masam yang melalui kerongkong nya amat memuaskan tidak seperti dulu lagi

Terkedu Fara ketika itu ,seolah -olah Danisha sudah berubah tentang taste pemakanan nya ,kalau dulu pantang bertemu air oren wajahnya akan terus cemberut apabila mengenakan betapa masam nya air itu tapi kini air itu ibarat angin yang berlalu sahaja melalui kerongkong tekaknya

Melihatkan Fara sedang merenung dirinya tanpa berkelip Danisha berasa pelik,dilibas -libas ke hadapan muka Fara namun tiada tindak balas

Setelah berulang-ulang dia melibas tangan namun Fara sambil lagi kaku maka terpaksa la Danisha memberikan sedikit tamparan ke muka Fara

Pingg!

"Aduiii" Fara memegang pipinya yang sakit akibat tamparan dar Danisha ,pipinya digosok lalu pandangangannya beralih ke arah Danisha yang sedang melihat dirinya yang kesakitan ,wajah tidak bersalah cuba dipamerkan oleh Danisha sambil mengjongkitkan bahu

"Oii kau tampar aku dah kenapa sakit tau tak "marah Fara sambil menarik muncung sedepa

"Takdelah kau tu kuat sangat berangan aku bagila sikit penampar nak bagi sedar , angan-angan kau tu dah sampai planet mana tadi"perli Danisha

"Kalau yer pun jangan la kuat sangat nasib baik kau ni kawan aku kalau tak mati tau kena lunyai"marah Fara lagi ,wajah yang cemberut masih dipamerkan bukan kerana ditampar tapi kerana benda lain.

Mahu bertanya takut lain pulak jadinya

"Dah la malas aku nak layan kau ,baik aku pergi solat ,kau sambung la angan-angan kau tu biar sampai ke Planet Pluto "perli Danisha sebelum dia berdiri untuk mengatur langkah masuk ke dalam bilik solat

Fara hanya mencebik ,suka hati dia ajak mengutuk aku

"Kau dah solat ke Fara "sempat Danisha bertanya

"Aku period la "balas Fara sambil memandang ke Danisha yang tercegat di hadapan pintu bilik solat,kini giliran Danisha pula termenung apabila dia memberitahu bahawa dirinya sedang datang bulan

Melihatkan keadaan itu Fara bangun dari kerusi dan mengatur langkah menghampiri Danisha

Bahu kawannya itu ditepuk sehingga kan Danisha terperanjat

"Kenapa kau ni ,tadi kemain kau mengutuk aku cakap kuat berangan la apa la , sekarang ni dah kena atas batang hidung sendiri ke apa "bidas Fara , akhirnya berpeluang juga balas dendam ,dia ingat apa dia sorang jer boleh kutuk aku

"Ehh mana ada aku berangan cuma tadi bila kau cakap kau period tu kan ,aku tiba-tiba teringat yang aku belum period lagi dah lewat 2 minggu "ujar Danisha , suara nya yang ceria tadi sudah berubah risau ,

"Hah , kau biar betul" Fara terkejut tidak mungkin sangkaannya adalah benar

"Okay macam ni kau solat dulu and then kita pergi klinik cek "saran Fara untuk menenangkan fikiran Danisha yang sudah pasti tengah bercelaru

Danisha hanya menganggukkan kepala ,dia mengatur langkah untuk mengambil wuduk , mutiara yang bersinar jatuh ke pipi mengiringi dirinya untuk solat

*

"Harith"panggil seseorang dari arah belakang

Harith yang baru sahaja ingin masuk ke perut terbantut seketika,dia lalu menoleh ke belakang

Seorang lelaki berjalan ke arah Harith Iskandar riak wajah yang cukup sinis cuba dipamerkan

Harith Iskandar mendengus kesal,sorang lagi bala dah sampai .Semalam perempuan tu hari ni lelaki ni pulak dua -dua orang ni dah cukup buat dirinya sengsara suatu ketika dulu

Lelaki itu semakin merapati Harith ,hanya beberapa langkah mereka akan berada kurang dari 1 meter

"Kau nak apa "tanya Harith acuh tak acuh sambil wajahnya berpaling ke arah lain

"Macam mana hidup kau sekarang bila dia dah datang balik"perli Rafiq lelaki yang menghampiri Harith tadi

Harith tersenyum sinis sambil tangannya sudah disilangkan

"Dah kenapa pulak dia nak datang dalam hidup aku balik,ke sebab kau dah buang dia tapi sorry lah bro aku tak kutip barang yang orang dah buang ,muak , sorry aku chaww dulu" sindir Harith pedas lalu dia terus sahaja masuk ke dalam perut keretanya sebelum sempat Rafiq membalas balik sindirannya tadi

Rafiq menggenggam penumbuk ,mukanya merah padam menahan marah dengan perlian itu

Harith yang baru sahaja beredar meninggalkan Rafiq tadi kembali memberhentikan keretanya di bahu jalan

Stereng kereta dihentak dengan kuat menggunakan tangan untuk melepaskan geram,dia meraup wajahnya menggunakan tangan dengan kasar

Kejadian 2 tahun lepas kembali menyakitkan sanubari hatinya

Dia ditipu hidup-hidup oleh Rafiq dan Suraya bekas teman wanitanya

Flash back start~

Keadaan yang tadi bingit denga suara orang berkaraoke kini berubah menjadi tegang apabila diserbu pihak polis dan JAIS

Wajah masing-masing pucat memikirkan apa yang bakal terjadi kepada mereka begitu juga dengan Suraya dan Rafiq yang berada di atas katil separuh bogel

Kawan -kawan mereka yang lain pula dal keadaan separa sedar akibat daripada pengaruh Alkohol

Suaraya cepat -cepat membutang kan semula bajunya yang sudah terdedah begitu juga dengan Rafiq

Masing masing mengigil ketakutan ,polis dan JAIS sedang melakukan penyelongkaran dalam bilik itu

Di satu sudut ,Suraya membisikkan sesuatu ke telinga Rafiq yang berada di sebelahnya

"Sayang "panggil Suraya dalam keadaan berbisik

"Apa dia "balas Rafiq perlahan ,matanya masih lagi ditumpukan kepada beberapa pegawai danjais yang sedang menyelongkar bilik in

"I takut la ,macam mana kalau Harith tahu ,mati kita dia kerjakan you tau tak"ujar Suraya sedikit takut ,mati dia kalau Harith tau diorang ada skandal

"Kalau dia tahu apa masalahnya biar jer lah lagipun you bukannya cintakan dia pun ,you just cintakan duit dia yang berkepuk -kepuk tu jer "balas Rafiq sekilas dia memandang Suraya

Suraya mendengus geram dengan respon yang diberikan oleh Rafiq ,mahu sahaja dia cilikan mulut tu

"You ni kan ,kalau tak menyakitkan hati tak boleh ke "ngomel Suraya

Tidak lama selepas itu pihak polis mengarahkan mereka yang berada di dalam bilik itu keluar ,Mereka akan dibawa ke balai polis untuk proses selanjutnya

Wajah Harith merah padam menahan marah melihat dua orang yang berada di hadapannya ini

Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia lunyaikan dua ekor ni sekarang juga,dua orang ini orang yang paling dia percayai rupanya yang membohongi dirinya hidup-hidup

Suraya cuba memberanikan diri bertentangan mata dengan teman lelakinya itu

"Sayang you dengar dulu penjelasan i please "rayu Suraya sambil cuba meraih tangan Harith namun tangannya ditepis dengan kasar

"Penjelasan ?"perli Harith sambil merenung tajam ke arah dirinya

Serasa mahu gugur jantung Suraya dengan renungan itu , menakutkan

"Yer penjelasan ,okay sebenarnya kitorang just keluar lepak jer malam tu takde apa-apa pun yang jadi Sayang "ujar Suraya riak wajah kesian cuba dipamerkan namun langsung tidak membuat kan Harith terpedaya

Harith berdecit sambil merenung kearah dua orang yang berada di hadapannya

"Kau ingat aku akan percaya ke dengan cerita bodoh kau ni , sampaikan JAIS dan polis serbu tempat kau dah kenapa, kau ingat aku lebih percaya kan kau ke berbanding pihak polis danjais yang ada buktik kukuh apa yang korang cuba buat malam tu hah"tengking Harith sekuatnya,dia meluahkan segala amarahnya pada ketika itu juga

"Suraya dengar sini baik-baik mulai hari ini,saat ini kita dah takde apa-apa hubungan jangan ganggu i lagi dan jangan pernah tunjukkan muka you depan i lagi faham"hambur Harith sebelum dia mengatur langkah meninggalkan Suraya dan
Rafiq di situ

Rafiq bersorak dalam hatinya, akhirnya dia berjaya musnahkan hubungan Harith dan Suraya

Flash back end`~

Harith kembali fokus memandu kejadian itu amat menyakitkan hati nya ,dia sudah tidak percayakan sesiapa lagi selepas dia dikhianati oleh kawan baiknya sendiri Rafiq

Segala niatnya untuk bertemu dengan adiknya hari ini terbantut

Lalu dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di kerusi sebelah pemandu

Dia menghubungi adiknya untuk membatalkan pertemuan mereka pada petang ini

"Hello dik"sapa Harith di hujung talian ,suaranya cuba dilembutkan apabila bercakap dengan adiknya

"Yer abang "

"Sorry dik kita tak boleh jumpa la petang ni ,abang ada kerja "ujar Harith terpaksa berbohong sambil dia bercakap sambil memulas stereng kereta melalui selekoh

"Ouh takpelah kebetulan adik OTW nak pergi klinik ni"

"Klinik?,adik sakit ke "tanya Harith mula risau apabila adiknya ingin ke klinik,kereta ya h dipandunya mula perlahan

"Tak adik tak sakit pun ,adik nak teman kawan adik pergi klinik "

"Ouh okay lega abang ,takpelah next time kita jumpa "ujar Harith keretanya mula dipecut semula

"Okay bye "

"Bye jaga diri"sempat Harith berpesan kepada adiknya ,sekejam -kejam dia ,dia tetap sayangkan adik dia sebab hanya adiknya sahaja ahli keluarga yang dia miliki sekarang ,dia tidak mahu kehilangan adiknya

Talian terus dimatikan tubuh Harith disandarkan ke belakang sedikit ,dia dapat memandu dengan lebih tenang kini..

Batu dia teringatkan sesuatu ,sekali lagi dia menghubungi seseorang ....

*

"Macam mana Dr ,apa keputusannya"tanya Fara kepada Dr yang melakukan ujian ke atas Danisha manakala Danisha hanya diam membatu

"Tahniah Puan Danisha ,puan disahkan hamil "tutur Dr Habsah dengan gembira tanpa mengetahui kejadian di sebalik kandungan yang

Danisha kelu ,lututnya serasa sangat lemah ketika ini,air mata yang cuba ditahan tadi akhirnya mengalir jua

Fara menarik nafas dalam ,dia menggosok-gosok belakang Danisha ,dia memeluk Danisha dari belakang

"Don't cry Nisha,i will be with you "pujuk Fara kepada kawannya itu,apa la malang sungguh nasib Danisha ,berat dugaannya.

Dr turut terkejut dengan keadaan itu namun fikiran nya mungkin Si Ibu sudah terlalu lama menunggu zurian ini sehingga kan menitiskan air mata

"Puan ,saya rasa puan dah boleh buat buku untuk baby puan bagi mendapatkan pemeriksaan di mana-mana klinik sehinggalah Puan selamat melahirkan anak nanti "jelas Dr Habsah

"Baiklah Dr ,terima kasih kami balik dulu"ujar Fara sebelum cuba membantu Danisha berdiri,dia memimpin tangan Danisha untuk keluar dari bilik rawatan

", Baiklah jaga diri yer Puan Danisha",pesan Dr Habshah sebelum Danisha melangkah keluar dari bilik rawatan

Danisha hanya menganggukkan kepala dan cuba untuk senyum walaupun pahit sahaja senyuman itu

Dunianya serasa bertambah gelap dengan berita ini namun dia gagahkan juga ,entah mengapa langsung tidak terdetik di hatinya untuk menggugurkan sahaja kandungan ini

Jauh di sudut hatinya dia mahu anak ini dilahirkan dengan selamat

Di dalam kereta ,esak tangisnya masih menjadi -jadi ,Fara sudah kebingungan apa lagi yang dia perlu lakukan untuk menenangkan Danisha

"Nisha jangan la nangis ,kau kena kuat aku tahu kau boleh hadap benda ni Allah takkan uji kalau dia tahu kau tak mampu percayalah cakap aku Nisha "pujuk Fara

"Ke kau nak gugurkan kandungan ni"tanya Fara cuba menebak tapi harapnya tak la budak tu tak bersalah yang bersalahnya budak bapak ni dan nenek dia

Laju sahaja Danisha menggelengkan kepala tanda tidak dengan pertanyaan gugur

"Takknak aku takknak gugurkan kandungan ni ,ni anak aku juga ,aku akan lahir kan dia dan aku akan besarkan dia "ujar Danisha bersungguh sungguh walaupun dia rasa sangat pahit untuk telan dan hadam benda ni

"Baguslah tu ,kau jangan risau aku akan ada dengan kau sampai bila-bila ,aku akan tolong kau walau apapun",ujar Fara bersungguh sungguh

"Thanks Fara ,"ucap Danisha ,air mata nya diseka menggunakan tangan

"Kita balik dulu tau ,aku nak kau rehat dulu hati ni nanti kau masuk kerja balik okay"pujuk Fara lembut

Danisha hanya menganggukkan kepala nya tanda bersetuju,

Bersambung

komen dari kalian amat dialu-alukan untuk pembakar semangat Follow me on IG :ainshuhad

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-03-04 14:19:32 

next...


NovelPlus Premium

The best ads free experience