H 4- Takknak

Romance Completed 230400

Harith mengatur langkah masuk ke dalam Cafe itu , matanya melilau cari kelibat seseorang sehinggalah di satu sudut ada satu tangan yang melambai ke arahnya

Tanpa berlengah lagi kakinya terus dihayun mendekat ke arah lambaian itu

Kerusi berhadapan lelaki itu ditarik dan dia mula melabuhkan punggung nya di atas kerusi itu berhadapan dengan lelaki yang telah dia hubungi tadi untuk berjumpa

Harith mula bersuara lantaran dia melabuhkan punggungnya

"Zaf aku nak kau buat sesuatu "ujar Harith sambil jari jemarinya mengetuk meja makan berulangkali

"Apa dia cakap la "balas Zafran sudah tidak sabar mengetahui tugasan yang diber buatnya kali ini

"Aku nak kau intip sorang perempuan ni ,aku nak tahu setiap perkembangan pasal dia setiap hari faham dan aku jugak nak tahu dia kerja kat mana"ulas Harith lagi

"Okay ,nama dia apa,gambar dia ada"tanya Zafran sambil menghulurkan tangan

"Nama dia Danisha Sofea ,ni gambar dia "ujar Harith sambil menghulurkan sekeping gambar kepada Zafran selaku penyiasat persendirian yang sering menyelesaikan masalahnya

Zafran menyambut huluran itu dan mengganggukkan kepala tanda faham dia kembali menghalakan pandangan ke arah Harith atau sahabatnya itu

Dia juga pelik kenapa Si Harith nak tahu pasal perempuan ni ,bukan ke dia dah tawar hati dengan perempuan sejak putus dengan Suraya

"Hart aku nak tanya boleh"tanya Zafran ,sekeping gambar tadi diletakkan semula di atas meja

Harith mengerling sambil mengjongkitkan keningnya

"Kenapa kau nak aku siasat dan perati perempuan ni ada yang tak kena ke "tanya Zafran tanpa berselindung lagi

Harith kaku jawapan apa yang patut dia berikan ,perlu ke dia cerita semuanya

Zafran berkerut apabila Harith tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya hanya termenung

Zafran memetik jarinya ke muka Harith sehingga Harith tersedar dari lamunan,lalu dia membuat mengankat kening nya

Harith memandang semula ke arah Zafran ,dia berbelah bagi untuk bercerita tapi Si Zafran ni selagi dia tak tahu selagi tu lah dia akan korek

Zafran masih menunggu jawapan Harith yang sudah duduk secara lebih menegak di hadapannya

"Kau betul nak tahu ni"tanya Harith walaupun dia sudah tahu jawapannya

"Ye lah ,kalau tak takde nye aku duk tunggu kau ni"perli Zafran sambil mengjongkitkan keningnya

Harith mendengus dia terpaksa mengalah

"Aku rogol dia "terpacul 3 perkataan itu sahaja dari mulutnya ,dia mencapai coffee yang ada di hadapannya itu lalu diteguk

Zafran sudah ternganga tidak percaya apa yang didengarinya ,kenapa kenapa Harith kau rosakkan anak dara orang , rungut nya dalam hati

"Kenapa kau rogol dia Harith ,kau bukan macam ni "Tanya Zafran dengan nada kecewa

"Panjang cerita sebenarnya dan memang aku akui aku jugak salah walaupun bukan ?? "ujar Harith sedikit membela diri tangannya kembali disilangkan ke dada

"Habistu kenapa kau nak aku perati perempuan ni ",tanya Zafran lagi

"Aku nak tahu perkembangan hidup dia "balas Harith tenang

"Ouh btw aku nak kau buat kerja hari ni jugak,aku nak tahu dia kerja kat mana "tambah Harith lagi

"Yer lah ,aku Chaw dulu"balas Zafran yang sudah mula bingkas bangun dari atas kerusi ,dia berjabat tangan terlebih dahulu dengan Harith sebelum dia mengatur langkah keluar dari coffee itu

Harith kembali menikmati Coffee miliknya sambil termenung seorang diri dalam cafe itu ,sejak kejadian 3 minggu yang lalu bayangan Danisha sentiasa memenuhi ruangan matanya

*

Danisha mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya selepas dihantar balik oleh Fara

Tekaknya terasa loya ,pantas dia berlari masuk ke dalam rumah ,dia berlari ke dapur mendapat kan singki

Werkkk !

Dia memuntahkan segala isi perutnya sehingga dia berasa lega ,pili air yang dibuka ditutup kembali

Kepalanya diangkat semula ,rambut panjangnya dibawa ke belakang menggunakan tangan

Dia mengambil nafas dengan dalam ,tanpa dia sedari ibunya sudah berada di belakang

Dia menoleh untuk masuk ke dalam biliknya tapi terperanjat apabila melihat ibunya tercegat dibelakangnya sambil merenung tajam

Danisha tidak menghiraukan ibunya sebaliknya dia terus mengatur langkah untuk keluar dari dapur

Puan Kamisah yang dari tadi tercegat terkedu apabila anaknya langsung tidak mengendahkan dirinya yang dari tadi tercegat

"Kau dah kenapa "tanya Puan Kamisah ekor matanya terus menumpukan ke arah Danisha

Langkah Danisha terus berhenti ,dia menoleh seketika ke arah ibunya

"Sebab ibu saya macam ni"selesai menghamburkan perkataan itu Danisha terus mengatur langkah untuk masuk ke dalam bilik nya

Puan Kamisah mendengus kecil ,dia faham apa yang dimaksudkan oleh anaknya itu ,dia takkan benarkan benih itu lahir di dunia ini . Danisha perlu mengugurkan kandungan itu

"Gugurkan "ujaran yang cukup ringkas tapi amat menyakitkan untuk Danisha ,dia kembali berpaling ke arah ibunya

Dia merenung tajam ke arah ibunya , perasaan marah kembali membuak-buak di hatinya ketika ini.Kalau bukan kerana ibunya semua ni takkan terjadi dan dia mungkin masih menghormati ibunya seperti sebelum ini tak kira lah betapa teruknya ibunya melayan dirinya tapi tidak pada ketika ini ibunya betul-betul sudah melampaui batas

"Takkanak dan Takkan sesekali ibu ,Nisha akan lahirkan anak ni ke dunia ini "Ujar Danisha membantah kehendak ibunya,Danisha segera mengatur langkah untuk ke biliknya,malas dia mahu bertikam lidah lagi dengan ibunya menyakit hati jer nanti

Puan Kamisah tidak berpuas hati ,dia mengatur langkah menuju ke bilik Danisha ,pintu bilik Danisha diketuk bertalu -talu ,

Danisha yang baru sahaja berbaring tersentak apabila mendengar pintu biliknya diketuk bagai nak pecah itu

Dia mendengus kegeraman apabila rehatnya diganggu walaupun kepala sudah terlalu berat namun digagahkan juga kakinya berdiri untuk membuka pintu

Dia mengatur langkah menuju ke pintu,bilik bilik nya dibuka kunci

Terjegul wajah ibunya di hadapan pintu,Danisha mensilangkan tangannya membiarkan ibu nya yang bercakap terlebih dahulu

"Nisha aku nak gugurkan budak tu"ujar Puan Kamisah kasar sambil dia menarik lengan Danisha dari dalam bilik,Danisha terpinga-pinga apabila ditarik begitu

Lengan anaknya direntap kasar apabila mereka sudah tiba di ruang tamu

"Ibu dah kenapa "tengking Danisha , kesabaran dia sudah naik kemuncak pada kali ini , dia mengurut tangannya yang rasa sakit akibat ditarik

"Kau tanya aku kenapa ,heh Nisha kau dengar sini baik-baik aku nak kau gugurkan kandungan kau ni ,aku takknak keturunan aku ada yang tak sah taraf kau faham tak"marah Puan Kamisah sambil menunjuk ke perut Danisha

Danisha berdecit sinis

"Ibu tahu tak ,kalau bukan sebab ini anak tak sah taraf ni takkam wujud tau tak"bidas Danisha geram,berani ibunya mengatakan hal sebegitu sedangkan segala nya bermula sebab dirinya sendiri

"Kau nak lawan cakap aku"bentak Puan Kamisah ,suaranya sudah mula meninggi dan mukanya juga sudah merah pada akibat marah

"Yer memang kali ni Nisha akan lawan cakap ibu ,Ibu dengar sini baik-baik ,Nisha takkan benarkan sapa -sapa pun sentuh kandungan Nisha ibu ingat tu"kata Danisha berunsur amaran ,dia perlu berkeras pada kali ini,tiada lagi kompromi yang akan dia lakukan

"Baik,kalau kau nak sangat lahirkan budak tu aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang jugak ,jangan berani jejaka kaki kau lagi ke rumah ni ,kau bukan anak aku lagi ,kau berkabus sekarang jugak"Tengking Puan Kamisah sambil menunjuk kan arah pintu rumah itu

Danisha terkedu sampai begitu sekali ibunya bertindak

"Okay Nisha akan keluar dari sini"Danisha terus sahaja mengatur langkah ke biliknya , pakaian yang ada di dalam almari diambil dan dimasukkan ke dalam beg yang diambilnya di dalam almari

Seusai itu dia terus mengatur langkah keluar dari bilik,wajah ibunya langsung tidak dilihatnya ,api kemarahan lebih menguasai segalanya ketika ini

Langkahnya pantas dihayun menuju ke pintu,

"Danisha "laung ibunya dari ruang tamu

Langkah Danisha terhenti namun dia tidak berpaling

"Selangkah kaki kau keluar ,kau bukan anak aku lagi"pekik Puan Kamisah sambil mengetap gigi

Danisha sudah tawar hati dengan sikap ibunya ,hatinya betul-betul terluka ,terlalu dalam dilukai memaksa dia untuk meninggikan ego pada kali ini,

Maafkan Nisha jika terpaksa derhaka kepada ibu , bisiknya di dalam hati .Dia terus mengatur langkah keluar dari rumah itu walaupun dia tidak tahu kemana harus dia tuju

Puan Kamisah mengetap bibirnya ,kau bukan anak aku lagi Danisha getusnya sendirian sebelum dia menutup pintu rumahnya

*

Panggilan telefon menyedarkan Harith yang sedang terleka di beranda biliknya

Di skrin telefon bimbitnya tertera nama Zafran lantas dia menarik butang hijau

"Hello Hart"sapa si pemanggil

"Ada apa Zaf"tanya Harith entah mengapa dia berharap panggilan ini berkaitan dengan Danisha

"Aku sekarang ni tengah intip Danisha sejak kat rumah dia lagi tadi sampai la sekarang ni ,dia berjalan sorang-sorang kat taman dengan beg baju ,aku syak dia kena halau ,better kau datang sini

Harith tersentak ,dengan tiba-tiba dia duduk secara menegak ,

"Kau send location aku datang sekarang and pastikan dia selamat "pesan Harith

Dia segera mencapai kunci keretanya dan dia mengatur langkah menuju ke keretanya ,entah mengapa hatinya betul-betul risau dengan keadaan ini

Keretanya dipecut semaksimum mungkin ,Wajah Danisha kembali terbayang-bayang di ruangan matanya

*

Danisha buntu ,dia sekarang berada di taman entah apa yang harus dia lakukan

Setelah lama berfikir akhirnya dia memutuskan untuk menghubungi Fara kawan baiknya,hanya Fara yang boleh bantu nya ketika ini

Telefon bimbitnya diambil dari beg ,dan dia mencari nama Fara

Nombor Fara ditekan menanti panggilan dijawab

Setelah beberapa saat kemudian kedengaran suara Fara di hujung talian

"Nisha kenapa ni call aku ",tanya Fara di hujung talian

"Fara aku nak minta tolong kau boleh"

",Apa dia "

"Aku kena halau"terpacul 3 perkataan itu dari mulut Danisha

Di hujung talian dapat didengari bahawa Fara sedang tersedak air liur sendiri ,Danisha sudah menepuk dahi sampai macam tu sekali terkejutnya Fara

Setelah merasakan tekaknya sudah okay Fara kembali menerjah di hujung talian

"Apa kau kena halau ,kau biar betul Nisha "ngomel Fara di hujung talian

"Kau rasa aku ada masa ke nak main-main"perli Danisha pula ,dia sudah mengambil tempat duduk di atas bangku taman itu ,kakinya terasa lenguh

"Kau kat mana ,aku datang ambik kau sekarang ",Tanya Fara sudah mula menggelabah di hujung talian

"Aku ada kat taman tempat biasa ,aku tunggu kau kat sini tau ,aku dah penat nak berjalan"ujar Danisha

"okay kau tunggu aku kat sana 20 minit sampai "

Talian terus dimatikan dan Fara mula terkocoh-kocoh berlari keluar dari rumah

Danisha duduk seorangdiri di taman itu,tanpa dia sedari diri nya diperhatikan oleh Zafran

*

Harith memberhentikan keretanya di satu sudut yang agak tersorok di taman itu sehinggalah dia melihat kelibat Danisha yang sedang duduk di salah satu bangku yang terdapat di situ

Dia terus menekan pedal minyak keretanya meluncur ke Arah Danisha,selang beberapa saat keretanya sudah terparking di sebelah Danisha

Bersambung

agak -agak nya Harith nak buat apa ye Follow IG ainshuhad

Share this novel

littleN
2024-05-05 12:21:17 

how to unlock Next chepter

Aisyahranie
2024-04-10 18:00:56 

keren

RaiHana
2024-04-03 22:18:56 

next..


NovelPlus Premium

The best ads free experience