bab 2

Romance Series 4611

"Ila kau nak buat apa sekarang tak kan kau nak sembunyi je kau tak nak kerja ke result SPM kau semua A tak kan kau tak nak cari kerja kot Ila" aku memandang Adila .

"Dila bukan aku tak nak tetapi tengok keadaan aku sekarang aku dah sarat nak melahirkan dah " aku kena kuat aku tak nak sebab lelaki tu aku akan jatuh anak dalam perut ni aku akan jadi penguat semangat untuk aku bangkit semula .

"Ila kau dengar sini lepas kau beranak dan habis pantang kita akan pindah ke bandar papa aku kata dia akan berikan kau kerja dekat kau tetapi jadi staf je boleh" aku rasa sebak Adila dah bantu aku terlalu banyak dan selalu beri aku kata semangat pada aku , aku tak silap pilih kawan .

"Aku tak kisah Ila asalkan aku ada kerja sebenarnya aku tak nak susahkan kau..... Kau dah banyak tolong aku dan korbankan diri kau untuk jaga aku " aku memeluk Adila dengan erat dan menangis dengan teresak-esak.

"Ila sudah la jangan macam ni aku nak kau senyum aku tak nak kau menangis macam ni nanti muka kau buruk kau nak ke umur baru 19 dah tua hahahaha" aku dan Adila gelak sama dengan kuat .

"Dila aku penat la dah lewat ni kau tak nak tidur ke aku dah mengatuk sangat ni " Dila ketawa melihat aku mengesat mata yang pedih sebab mengantuk .

"Ila kau tidur dulu ye esok pagi kita kena check up baby kan jap aku nak tanya kau nak namakan apa baby dalam perut kau ni" aku tersenyum dan menjawab soalan Adila.

"Dila kalau baby dalam perut ni girl aku akan namakan dia nama asysikin Farha kalau baby ni boy aku akan namakan dia aiman Farhan kalau kembar aku letak dua-dua nama tu hahaha" aku tergelak sendirian.

"Ila ok nama tu dan esok aku nak ajak kau beli baju bayi untuk anak kau dan keperluan untuk anak kau yang akan lahir nanti" aku hanya mampu berterima kasih pada Adila aku tak tahu nak balas jasa apa pada dia .

"Bye Ila dah kau tidur kau perlukan rehat yang cukup Ila baik kau tidur " aku mengangguk dan Adila terus keluar dari bilik aku dan menutupnya semula .

Aku tak dapat tidur , bila aku ingin pejamkan mata mimpi tu akan datang kembali aku tak tahu nak buat macam mana dah aku dah buat macam-macam untuk aku supaya tidur dengan nyenyak tetapi tak boleh. Aku cuba membaca Al-Fatihah dan membaca bismillah 21 kali alhamdulillah aku boleh tidur jugak.

Aku terjaga disebabkan bunyi benda jatuh di dapur aku bangun dan ingin melihat apa yang terjadi di dapur dan apa yang aku nampak ialah lelaki berpakaian hitam dan bertopeng aku pergi ke arahnya aku mengambil kayu yang ada di sebelah kiri aku dan pergi ke arahnya.

"Kau buat apa ni kau siapa kau nak rompak rumah ni ke" pencuri tu terkejut dan dia panggil nama aku .

"Dalila kau ada dekat sini bukan kau dah mati ke" aku tak percaya lelaki yang berdiri di hadapan aku ialah lelaki yang rosakkan aku dan musnahkan pernikahan aku . Aku menarik topeng di mukanya dan sangkaan aku betul dia lelaki tu.

"Kenapa kau dekat sini cukup-cukup lah aku menderita di sebabkan kau irash aku penat hari perkahwinan aku sepatutnya indah seperti orang lain tetapi tak irash kau pergi dari sini sekarang jugak " biar semua berlalu aku dah maafkan dia biar dia ada kehidupan baharu aku tak nak dia masuk penjara dia dulu tolong aku . Ada orang buli aku irash tolong aku aku akan biarkan dia .

"Dalila aku tak akan pergi selepas bunuh kau " aku berasa cuak mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut irash aku tak nak mati aku nak hidup dengan anak dalam perut ni. Tanpa aku bercakap apa-apa irash sudah tikam aku menggunakan pisau dan aku melihat banyak darah di sekeliling aku dan aku tak ingat apa yang terjadi pada aku . Aku hanya sempat mendengar suara Adila datang kepada aku .

Aku membuka mata dan apa yang aku lihat aku di atas katil putih bukan tempat tidur aku , aku memegang perut aku kempis ya Allah .

"Dila anak aku tak apa-apa kan anak aku selamatkan tolong cakap selamat Dila tolong " aku tak dapat kawal perasaan sedih aku perasaan yang sedih, marah , menyesal dan segalanya pada diri aku .

"Ila maafkan aku anak kau tak selamat di sebabkan tikaman tu kau gugur Dalila kau perlu sabar ini ujian dari Tuhan Dalila kau perlu sabar" aku tak tahu nak berkata apa .. aku sedih anak yang di dalam perut aku untuk di jadi penguat semangat pada aku meninggal dan di bunuh oleh ayahnya sendiri aku harap dia mati dan kena gantung aku benci dia .

"Anak aku Dila aku dah sayangkan dia aku ingat boleh tengok dia besar tak sangka tuhan lebih sayangkan dia tuhan ambik dia masa dia nak lahir dah Dila anak aku lelaki ke perempuan " aku bertanya pada Adila.

"Ila anak kau kembar dan sempurna sifat tetapi Tuhan dah ambil anak kau sebab dia sayangkan anak kau Ila kau sabar ye" aku redha dengan semua ni aku tahu dan aku akan sabar .

"Dila aku redha dengan semua ni Dila esok aku akan keluar hospitalkan aku nak kita pergi bandar terus aku tak nak duduk kampung dah aku nak buka buku baru aku nak hidup bahagia di sana " Adila hanya mengangguk faham.

"Ila esok kita terus ke bandar kau berpantang di sana ye " aku hanya ada Adila je di sisi aku dan aku tahu tuhan selalu memang selalu di sisiku .

Aku boleh balik dan keluar dari hospital tetapi aku masih lemah dan perlukan rehat Adila membawa kereta Audi miliknya .
Ada waktunya aku kesian pada Adila dia terlalu banyak tolong aku .aku cuba untuk bersembang dengannya.

"Adila biar aku drive aku tak sampai hati tengok kau drive sorang-sorang biar aku bawa " aku menawarkan diri untuk memandu pula.

"Ila biar aku drive kau rehat je nak sampai dah rumah abang aku kau duduk diam je ok dah sampai dah kau boleh masuk kejap aku buka pintu biar aku bawa beg baju kau naik atas" aku melihat rumah abangnya terlalu besar dan aku memegang tangan Adila.

"Dila aku rasa aku tak nak aku takut abang kau marah pada kau pulak Dila " aku tak nak susahkan Dila lagi .

"Ila jom masuk jangan banyak cakap nanti aku jelaskan pada abang aku" aku masih lagi ragu-ragu " aku ikut Adila dia tunjukkan bilik aku , aku dan Dila share bilik.

Aku mendengar suara lelaki memanggil Adila dengar suara yang agak marah. Adila menyuruh aku masuk ke dalam bilik dan aku ikut cakap Adila aku berasa ingin tahu apa yang dibincangkan oleh Dila dan lelaki tadi.

Aku mencuri dengar perbualan mereka berdua.

"Adila kenapa bawak kawan kau tu aku tak suka la perempuan kotor ada dekat rumah aku dan aku tak suka dia dalam rumah aku kau faham tak !" Aku tersentak dan mendengarkan lagi apa yang mereka berdua cakapkan.

"Abang tahu tak masalah kawan Dila tu abang tak tahu kalau abang di tempat dia , dia kena di perkosa kena buang keluarga dan tunang dia tak percayakan dia abang kalau abang rasa dia tak boleh tinggal dekat sini tetapi bagi dia peluang untuk tinggal sehari je " aku mengalir air mata tak sangka abang Dila boleh kata dekat aku macam ni aku keluar dari pintu belakang dan membawa beg baju aku sekali .

Aku melarikan diri dan mencari bas stop dan akhirnya aku jumpa jugak.

Adila pergi ke dalam bilik dan ingin melihat keadaan Dalila.
Adila mengambil surat di atas tilam miliknya.

Untuk adila

Adila maafkan aku Adila aku selalu menyusahkan kau je Adila aku dengar apa yang kau dan abang kau bercakap aku dengar mulai hari ini aku tak akan susahkan kau Adila maafkan aku Adila . Aku tahu aku dah menyusahkan Korang dan abang kau tak akan bagi aku duduk sana maafkan aku lagi sekali Adila aku berterima kasih dekat kau sangat-sangat kau sahabat dunia akhirat aku Adila kau doakan aku ya adila aku sayang kau macam adik aku sendiri kau jangan gaduh lagi dengan abang kau tak baik gaduh dengan abang kau Adila bye assalamualaikum lupakan aku Adila

Maafkan aku buat kali terakhir

Adila terus mengambil kunciĀ  kereta dan menghidupkannya.

Abang Adila mengambil surat dan membacanya dia menekup mulutnya.

Aku hanya berseorangan di bas stop untuk tunggu bas . Ada seorang lelaki datang ke arah aku .

Aku cuba untuk larikan diri aku tak nak jadi apa-apa lagi pada aku dan aku tak sedar ada pancuan empat roda yang lalu disitu aku tak bernasib baik dan aku kena langgar aku tak sedar apa yang terjadi pada aku dan aku hanya melihat banyak orang di sekeliling aku dan aku pengsan di situ.aku hanya mampu membuka separa mataku sahaja dan melihat Adila menangis di sebelah aku .

"Dalila maafkan aku Dalila aku..." Aku hanya mampu mendengar suara Adila dan aku tak mampu bergerak . Aku cuba membuka mata ku akhirnya boleh jugak dan melihat Adila mengesat air mata .

"Adila kenapa kau menangis ?" Aku melihat di sisi Adila adalah abang Adila .

"Dalila kau ok ke maafkan aku tak sempat nak kejar kau" aku mengangguk kepala jugak sebab kepala aku sakit sikit.

"Adila aku ok je aku tak nak susahkan kau lagi cukup sebelum ni kau tolong aku dah cukup banyak Adila " . Aku tak nak susahkan sesiapa lagi cukup la Adila seorang aku tak nak menyusahkan Adila lagi .

"Dalila kau tak susahkan aku la ingat tak masa tu aku hampir nak jatuh di gaung kau selamatkan aku kalau bukan sebab kau aku tak akan selamat Dalila " aku tersenyum dan menjawab.

"Dila jangan kata sebab aku Allah nak kau hidup lama dan aku tolong apa yang aku mampu je siapa yang tak nak tolong kawan sendiri " aku berasa penat dan perlukan rehat.

"Dalila kau tahu irash kena tangkap dan dia mengaku kepada mak ayah kau yang dia salah dia mengaku yang dia yang rancang semua tu " aku pelik macam mana Dila tahu sedangkan dia ada dekat hospital dengan aku sekarang.

"Macam mana kau tahu dila kau kan sentiasa dengan aku Dila " aku masih menunggu jawapan dari Dila.

"Dalila aku terjumpa abang kau dan abang kau cerita semuanya pada aku dia tanya aku tentang kau dan dia tanya kau tinggal dimana aku rahsiakan dari mereka" aku menarik nafas lega.

"Nasib kau rahsiakan hati aku masih sakit Dila. bagi hati aku terubat aku masih ingat macam mana mak tuduh aku mak tak mengaku aku anak dia Dila kau rasa hati aku ni batu keras tak ada perasaan " aku tak dapat terima apa yang mak lakukan pada aku.

"Dalila tak kan kau nak macam ni lagi kau nak ikut je ego kau tu .Dalila cuba bagi hati kau tu tenang sikit jangan terlalu marah pada keluarga kau " . Apa yang dikatakan oleh Adila itu semua betul aku ikutkan perasaan dan ego aku .

"Dila aku tahu aku ikutkan perasaan tetapi bagi aku masa dan untuk tenangkan diri Dila aku perlukan masa Dila " . Aku hanya melihat abang Dila asyik terdiam sahaja aku ingin sembang dengan abangnya.

"Err Dila nama abang kau apa ye hari tu kau ada cakap tetapi aku lupa la" . Aku bertanya pada Adila.

"Tengku Zafran Daniel boleh panggil aku afran je " . Tak sempat adila nak jawap lelaki di sebelah Adila dah jawap.

"Err ok " aku kekok sikit dengan abang Adila asyik pandang aku tanpa henti nak telan aku ke apa tumbuk kang .

Bersambung
**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience