Di dalam kereta
Aku dan Zafran hanya diam di dalam kereta Zafran meneruskan panduan dia untuk menghantar aku pulang ke rumah dia kata dia ada kerja sikit di pejabat .
Bunyi deringan telefon di dalam beg aku dan aku terus jawap.
"Hello Fitri kenapa ni?". Suara ku perlahan sikit aku tak nak Zafran kata aku curang dengan dia.
"Kak Dalila tempat kita ada dah orang tahu kak nak suruh buat apa ni sebab ramai kumpulan kita dah mati". Alamak Isa ada je orang nak kacau.
"Ok macam ni Fitri ... Fitri bawa semua pergi ke rumah agam besar yang kak Dalila beli tu tinggal disitu dulu dan di dalam rumah tu Fitri pergi ke bilik hujung sekali dan ambil dalam almari tu ada telefon banyakkan Fitri ambil bagi sorang satu dan ada simkad banyak dalam tu ambil sorang satu jugak duduk di rumah tu jangan pergi mana-mana dalam tu semua dah cukup ikut cakap kak Dalila". Ishh budak ni aku datang ketuk kepala dia nanti.
"Baik kak Dalila ". Aku menutup telefon ku dan tengok di luar tingkap aku hanya diam sahaja tak nak sembang apa-apa pun sebab aku malas tu je.
Aku pelik kenapa Zafran dia berhenti dekat sini dah kenapa dia ni . Zafran mengambil telefon aku dan buang keluar tingkap aku terus turun dan ambil semula.
"Awak dah kenapa buang telefon saya dekat sini". Aku tunggu jawapan dari Zafran.
"Kau ada lelaki lain ke?". Alamak habis LA dia dengar ke sabar je Dalila cakap je .
"Ohh Fitri ex boyfriend sekolah menegah lama saya kenapa ye". Aku saja nak tengok Zafran marah dekat aku nak tengok sejauh mana dia sayangkan aku .
"Apa ex boyfriend dia nak apa dengan kau". Aku hanya mampu menahan gelak.
"Zafran dia nak saya balik dia tak boleh lupakan saya". Sikit lagi je terkeluar la ketawa aku ni baik aku tahan.
"Aku tak akan lepaskan kau ". Hahahaha aku gelak dengan kuat padan muka siapa suruh kacau aku hari tu padan muka.zafran memandang aku pelik.
"Zafran saya tak akan terima la lagi pun Fitri tu adik angkat saya la ". Aku berhenti ketawa dan melihat muka dingin Zafran dia membuka pintu kereta dan menyuruh aku masuk dan aku ikutkan je aku tak nak dia marah aku lagi.
"Kau tunggu balik rumah nanti tengok apa aku nak buat". Alamak dia teruskan juga rancangan dia tu habis LA.
Dah sampai rumah terus aku buka pintu dan lari masuk bilik Zafran terus menarik tangan ku dan mendukung ke naik ke atas aku suruh dia lepaskan tetapi dia tak nak.
Zafran meletakkan aku di atas tilam .
"Kejap...kejap kenapa awak ni awak nak buat apa sebenarnya ". Seram tengok muka Zafran time ni aku cuba buat baik dekat dia lepastu terus aku lari keluar dari bilik.
"Err Zafran saya nak minum air ". Aku bangun dan terus lari dan membuka pintu alamak pintu dia kunci pulak.
"Sayang nak lari ke ? ". Zafran terus menarik aku ke dakapannya.
"Jangan macam-macam ehh nanti saya belasah awak sampai lunyai nak ke ?". Lelaki ni jangan macam-macam gila ke apa aku baru balik je nak buli aku .
"Err awak malam nanti ye atau tunggu honeymoon ye awak". Aku cuba memujuk si lelaki hati aku ni.
"Ok nasib saya teringat awakkan dah rasakan so awak ni bekas orang ok saya nak keluar dulu".
Kenapa Zafran ni tak habis-habis sakitkan hati aku ..aku tahu aku tak sempurna macam orang .benda tu terjadi pada aku bukan kerana aku yang minta tetapi aku di perangkap air mata keluar dengan laju tanpa aku sedar aku bangun dan ambil kunci kereta aku pergi ke adik angkat aku biar la aku tenangkan diri dulu kalau dia rasa aku tak layak untuk dia lebih baik dia ceraikan aku.
Sebelum aku pergi aku nak tulis surat untuk dia dulu .
Dear husband
Saya minta maaf pergi tanpa pengetahuan awak sebab hati saya sakit sangat saya tahu saya tak sempurna kalau awak rasa saya tak layak untuk awak ... Awak lepaskan saya sahaja kalau itu membuatkan awak bahagia Zafran . Saya mula mencintai awak selepas akad nikah tu tetapi selepas apa yang awak kata pada saya cukup saya sakit hati selepas ini awak tak akan nampak muka saya dalam rumah awak ni Zafran. kalau awak betul-betul mencintai saya awak tak akan menilai saya Zafran . Bagi saya tenangkan diri dulu .
Dari Dalila Asyira
Aku mengambil beg aku dan terus naik kereta dan pecut ke rumah yang aku beli aku dah tak sanggup apa yang dia kata pada aku sangat sakit dia bukan tak tahu apa yang terjadi pada aku.
Akhirnya aku sampai di rumah aku di tengah-tengah hutan aku pangkir di garaj depan dan mengambil beg masuk ke dalam kereta .
"Kak kenapa datang sini bukan kak kena tinggal dengan suami kak ke?".Fitri ni aku ketuk kang rumah aku nak datang bila-bila masa pun aku boleh sebab ni rumah aku.
"Fitri kak datang sini nak tenangkan fikiran dan nak menyelesaikan masalh yang terjadi dekat kumpulan kita Fitri". Aku masuk diiringi oleh Fitri dan Haikal pembantu aku dan duduk di sofa dan mula berbincang tentang strategi untuk melawan balik kumpulan bodoh tu.
Zafran POV
"Assalamualaikum sayang saya dah balik ".kenapa sunyi je rumah ni aku naik di atas dan masuk ke dalam bilik aku dan Dalila dan tiada sesiapa dalam tu .
Aku duduk di sofa dan aku ternampak sepucuk surat di atas meja aku membuka dan membacanya.
Dear husband
Saya minta maaf pergi tanpa pengetahuan awak sebab hati saya sakit sangat saya tahu saya tak sempurna kalau awak rasa saya tak layak untuk awak ... Awak lepaskan saya sahaja kalau itu membuatkan awak bahagia Zafran . Saya mula mencintai awak selepas akad nikah tu tetapi selepas apa yang awak kata pada saya cukup saya sakit hati selepas ini awak tak akan nampak muka saya dalam rumah awak ni Zafran. kalau awak betul-betul mencintai saya awak tak akan menilai saya Zafran . Bagi saya tenangkan diri dulu .
Dari Dalila Asyira
Ya Allah apa yang aku dah buat ni aku minta maaf Dalila aku tercakap benda tu kau balik la aku minta maaf .
Aku mengambil telefon dan mendail nombor telefon Dalila akhirnya Dalila menjawab panggilan aku.
"Assalamualaikum Dalila maafkan saya ... Saya tak sengaja cakap macam tu awak dekat mana saya risaukan awak ". Aku menunggu Dalila bercakap.
"Awak bagi saya tenangkan diri dulu esok saya balik awak jangan risau ".Dalila terus matikan panggilan telefon.
End POV
Aku menangis aku meletakkan telefon ku di dalam almari . Sebenarnya aku tak sanggup berpisah dengan dengan dia tetapi ego aku ... Aku terpaksa buat macam ni maafkan saya Zafran saya bukan isteri yang baik untuk awak Zafran .
Aku penat aku baring dan selimut badan ku dan cuba memejamkan mata . Aku tak boleh tidur akhirnya aku bangun dan duduk seketika otak ku serabut dengan segalanya .
Tiba-tiba notification di telefon aku berbunyi aku tengok dan aku terkejut mesej dari umi.
"Dalila Zafran kemalangan cepat datang hospital ". Aku terkejut dan menyiapkan diri ku untuk pergi ke hospital ya Allah ni semua salah aku salah aku .
Aku naik ke kereta dan pecut ke hospital akhirnya sampai di hospital dia pangkir di tempat letak kereta dan bergegas ke wad Zafran .
Aku mencari kelibat umi dan yang lain akhirnya aku nampak juga aku pergi ke arah umi dan yang lain pipi ku di tampar oleh abah Zafran . Aku memegang pipiku yang sakit umi cuba selamatkan aku dari di tamparkan lagi oleh abah Zafran.
"Abang kenapa tampar Syira". Aku tak membalas apa pun.
"Perempuan kau pergi mana ehh sampai anak aku kemalangan semata-mata untuk cari kau ". Aku hanya mendengarkan sahaja apa yang dikatakan oleh ayah mertuaku .
Umi membawa ku menjumpai Zafran . Aku tak layak untuk jumpa dia aku isteri yang jahil untuk Zafran aku tak layak untuk dia . Aku duduk di kerusi dan memegang tangan Zafran dan aku kata dekat umi yang aku akan menjaga Zafran di hospital .
Umi dan yang lain telah balik. mata aku rasa kabur dan aku pening aku jatuh dan pengsan dan apa yang aku lihat hanya lah kabur dan aku tak ingat apa dah yang terjadi pada aku.
"Aduhh abah la ni suruh buat macam ni ". Kata Zafran pada abahnya.
"Eikk salah abah juga dia yang pengsan tiba-tiba ".aku membuka mata ku dan melihat Zafran dan ayah . Ehh sekejap bukan Zafran dalam wad ke .
"Saya dekat mana ni". aku memegang kepala ku yang masih pening kepala aku masih tak dapat ingat apa pun.
"Zafran bukan awak dalam wad tak sedarkan diri ke ?". Aku menunggu jawapan dari Zafran.
"Ini semua idea abah ". Aku tak kisah pun asalkan jangan betul-betul sudah .
"Saya buat semua ni nak awak balik je jangan tinggalkan saya lagi ye Dalila saya janji tak akan kacau awak lagi". Aku hanya mengangguk lemah doktor datang ke arah kami .
"Puan Dalila kena berehat dan jangan bergerak kemana-mana sebab puan mengandung nak 4minggu kehamilan". Ya Allah tak sangka aku mengandung patut la rasa nak makan benda yang masam-masam je ni rupanya baby dalam perut aku rupanya.
Zafran terkejut dan bertanya doktor lagi sekali .
"Betul ke doktor ?". Aku nak tergelak apa yang dikatakan oleh Zafran .
Doktor itu hanya mengangguk.
Zafran mencium dahi aku .
Aku seronok sangat muka Zafran happy je aku tengok alhamdulillah aku akan jaga keluarga ni dengan baik kalau jodoh ku kekal aku nak happy dengan Zafran sampai bila-bila.
***********
Bersambung
Share this novel