Rate

Chapter 1

Romance Series 2868

Kris hanya termenung menatap wajah Clara yang masih lena ketiduran itu. "Baju uniform sama.." kris ujar perlahan dalam hatinya sambil memerhatikan gadis itu lagi.

"Ha nama, cek tanda nama" kata Kris dalam hatinya lalu menoleh ke kiri dan kanan hendak mencari tanda nama gadis itu. "Lah takkan tak ada, uniform peraturan sekolah sepatutnya semua kena lengkap" ujar Kris yang masih tidak dapat mencari tanda nama Clara.

*flashback*

"Manusia macam kau tak patut wujud!"

"Kau tau tak kenapa mak ayah kau buang kau? Sebab kau ni pembawa malang!"

"Kau ni patut mati je! Hidup menyusahkan orang!"

_____________________________

"J-jangan.. em"

Kris tersentak apabila terdengar suara Clara. "Dah kenapa pulak tu?" soal Kris dalam hatinya lalu mendekatkan dirinya dan melihat Clara menggelengkan kepalanya sambil mulutnya tidak berhenti menyebut perkataan "Jangan".

"Mimpi buruk..?" ujar Kris yang agak risau melihat keadaan Clara. Lalu Kris menepuk perlahan bahu Clara.

"DIAM!"

*end of flashback*

Clara dengan secara tiba-tibanya terbangun sambil tercungap-cungap seperti baru sahaja habis berlari marathon. Peluh menitis di bahagian kepalanya lekas dilap oleh Clara.

Kris terkesima melihat kelakuan Clara dan hanya memerhatikan gerak geri Clara. Lalu Clara tersedar bahawa bukan dia seorang yang berada di tempat itu lalu lekas bangun dan berdiri jauh daripada Kris.

"K-kau siapa!" soal Clara dengan nada yang agak kasar.

"Perempuan ni ada isu ke apa?" kata Kris dalam hatinya.

"Eh?" Kris ternampak bahawa badan Clara agak sedikit menggigil. "Relax.. Aku Kris, Ketua President sekolah ni. Kita berdua ni classmate." kata Kris dengan nada lemah lembut lalu menghulurkan tangannya pada Clara.

Clara tidak mengalihkan pandangannya dan hanya merenung pada wajah Kris. Sikap yang dilakukan oleh Clara telah membuatkan Kris berasa sedikit aneh terhadap Clara. "Kenapa dia ni, takut sangat ke dengan aku?" soal Kris dalam hatinya.

Lalu dengan cepatnya Clara mengambil beg nya dihadapan Kris dan memandang wajah Kris buat kali terakhir.

Clara memandang ke arah Kris seolah-olah seperti Kris hendak menyakitinya. Lalu Clara lekas beredar meninggalkan Kris.

"Pelik.." kata Kris sambil melihat Clara daripada jauh.

Kringggggg,,
Tamatnya waktu lunch, tibalah sesi pelajaran strok kedua.

"Okay semua buka buku Sejarah dan buka muka surat 200."

Pelajaran pun bermula namun kelibat Clara masih tidak dijumpai di dalam kelas.

Keesokan harinya,
7:30 sebelum kelas strok pertama bermula..

Kris bersama rakannya John berjalan menuju ke kelas mereka. Semasa Kris hendak membuka pintu dia tersedar bahawa sudah ada orang yang telah memasuki kelas itu sebelumnya.

"Pelik.. Selalu aku dengan John orang first masuk" ujar Kris dalam hatinya.

"Kau tunggu apa lagi? Masuklah" kata John lalu menolak Kris sehingga termasuk kedalam kelas. Dan Kris ternampak seorang yang gadis yang duduk bersebelahan dengan mejanya.

"Tu perempuan yang semalam tu kan.. Ha Clara nama dia" kata Kris dalam hatinya. Kris yang berada dihadapan kelas terdiam dan melihat Clara yang sedang asyik mendengar lagu melalui earphone nya.

Clara hanya berdiamkan diri seolah-olah tidak nampak bahawa Kris dan John berada dihadapan matanya. Lalu John meletakkan tangannya pada bahu Kris dan menuju ke tempat duduk mereka.

Pandangan Kris masih tidak lari memerhatikan Clara. "Dia ni pura-pura tak nampak ke apa" soal Kris dalam hatinya. Setelah John meletakkan beg nya lalu dia baru tersedar bahawa dari tadi ada orang lain selain mereka di dalam kelas.

"Wei tu ke budak baru tu?" John bisik perlahan pada Kris.

Lalu Kris memandang arah sebelahnya iaitu kearah Clara. "Mungkin, aku pun tak tahu" balas Kris lalu mengeluarkan buku teks Sejarahnya.

"Kau ni tak habis-habis dengan study, layanlah aku ni" kata John sambil menjeling ke arah Kris. "Midterm exam-" sebelum Kris menghabiskan percakapannya lalu John menyampuk. "Yelah budak pandai kan manalah setaraf dengan aku ni"

"Gedik" balas Kris sambil ketawa kecil pada John.

Clara masih berdiamkan diri dan tidak mempedulikan orang sekelilingnya.

Tidak lama kemudian semakin ramai orang yang sudah hadir kedalam kelas. Clara yang masih lagi mendengar lagu telah didatangani oleh 2 orang gadis ala-ala popular di sekolah itu.

"Oh ni ke budak baru yang sesat semalam tu?" perli Jenny.

"Oh ni ke orangnya, lah dah jumpa jalan dah?" perli lagi seorang iaitu Leila.

Kris yang duduk bersebelahan dengan Clara hanya berdiamkan diri melihat Clara dibuli oleh mereka berdua.

Clara yang masih mendengar lagu kononnya tidak dengar dengan perlian Jenny dan Leila itu. Lalu Leila memberi signal kepada Jenny. Jenny menghulurkan gunting pada Leila lalu Leila menggunting wayar earphone Clara.

Lalu satu kelas termasuk Jenny dan Leila mentertawakan Clara.

"Wush kasar jugak diorang berdua ni" ujar John sambil melihat kejadian itu.

Kris yang berjawatankan Ketua President sekolah itu lalu bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke arah Jenny dan Leila.

"Aku nak kau mintak maaf dekat dia sekarang"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience