Rate

Beginning

Romance Series 2868

South Burlington High School

Sekolah private yang kebanyakkan dikhaskan untuk latar belakang ibu bapa yang kaya dan berpangkat tinggi. Anak-anak seperti mereka sahaja dihantar ke sekolah ini, dan pendidikan di sekolah ini amatlah bagus dan tegas.

8:00 a.m
Setiap hari sekolah bermula seperti biasa, didalam kelas A-2.

Ketika Kris sedang fokus membaca buku tiba-tiba mejanya diketuk oleh seorang rakan karibnya iaitu John yang duduk dihadapannya. "Kau ni cikgu tak masuk lagi kot" kata John pada Kris yang tidak mengendahnya dan hanya fokus membaca buku.

"Amboi sampai aku pun tak dilayannya" ujar John lalu merampas buku itu daripada tangan Kris. Lalu dengan perasaan agak marah Kris bangun daripada kerusinya lalu mengambil semula buku daripada tangan John. "Tau pun marah" kata John sambil menghalakan pandangannya kearah lain, kononnya nak merajuk.

"Kau tak tahu ke lagi 3 minggu mid-term exam dah nak mula" balas Kris lalu kembali fokus membaca bukunya. John yang agak speechless dengan jawapan Kris hanya berdiamkan diri, "Haih lagi 3 minggu kot" ujar John dalam hatinya.

Tidak lama kemudian,,

Sejurus Mrs.Hellen iaitu guru kelas A-2 masuk kedalam kelas, mereka semua bergegas kembali pada tempat duduk masing-masing. Mrs.Hellen meletakkan barangnya di atas meja khas untuknya. "Selamat pagi semua, hari ini saya telah dimaklumkan bahawa kita akan mendapat pelajar baru" lalu Mrs.Hellen mengeluarkan sehelai kertas iaitu maklumat tentang pelajar baru tersebut dari dalam failnya.

"Clara Drake namanya, yang baru sahaja berpindah dari err.." Mrs.Hellen yang tidak menghabiskan percakapannya tentang maklumat Clara lalu meletakkan kertas itu pada mejanya dan mengeluh kecil.

Seluruh kelas itu berasa agak sedikit aneh dan salah seorang daripada mereka mengangkat tangannya dan mula menyoal Mrs.Hellen. "Cikgu, mana pelajar baru tu?"

Mrs.Hellen tersentak dengan soalan daripada muridnya dan tersedar perkara yang sama bahawa Clara tiada di dalam kelasnya. "Patutnya selepas dia kembali daripada bilik Pengetua dia terus menuju ke kelas, tapi kenapa tak masuk lagi.." soal Mrs.Hellen dalam hatinya.

Lalu ada seorang lagi murid mengangkat tangannya, "Aik takkan sesat kot? Hahahaha" perli murid itu bersama-sama rakannya. Seluruh kelas ketawa sambil berkata buruk tentang pelajar baru itu.

"Dia tu tak tahu ke sekolah kita ni sekolah yang paling terkaya dan bagus sekali, jangan harap orang macam dia tu nak burukkan nama baik sekolah kita ni" merungut seorang murid perempuan iaitu Jenny. Lalu seorang rakan Jenni iaitu Leila menyampuk, "Entahnya orang macam dia tu tak layak masuk sekolah kita ni" kata Leila dengan nadanya yang amat angkuh sekali.

"Sudah shh! Diam. Mungkin dia ada hal yang tak diselesaikan lagi, kamu semua janganlah buruk sangka sangat dengan rakan kelas baru kamu tu. Sudah buka buku sekarang, kita sambung pelajaran yang tergantung semalam" ujar Mrs.Hellen lalu mengeluarkan buku dan mula mengajar kelasnya.

Kris hanya berdiamkan diri dan memandang diluar tingkap sambil memikirkan tentang pelajar baru tersebut, Clara.

12:30 p.m
Kelas telah pun tamat dan murid ke cafe untuk sesi waktu lunch.

"Wei Kris betul ke kau taknak lunch?" soal John yang bersemangat hendak ke cafe. "Takpelah aku tak rasa lapar pulak" balas Kris.

"Kalau macam tu aku pergi dulu" ujar John lalu meninggalkan Kris seorang diri didalam kelas. Kris yang bersifat ulat buku membawa bukunya bersama lalu beredar keluar daripada kelas dan menuju ke sesuatu tempat.

Di Cafe

"Cafe macam bising sangatlah nak study, dekat belakang bangunan sekolah boleh kot rasanya" ujar hati Kris lalu berjalan menuju ke belakang bangunan sekolah untuk mengulang kaji pelajarannya.

Suasana dibelakang bangunan sekolah itu sangatlah sunyi dan tenteram dan disukai oleh Kris. Keadaan disitu terdapat beberapa buah pokok yang agak sederhana tinggi lalu Kris menuju pada salah satu pokok di situ lalu bersandar pada pokok itu lalu mulakan ulangkajinya.

Beberapa minit kemudian, fokus Kris membaca bukunya terganggu apabila dia terdengar sesuatu bunyi yang agak pelik. Lalu Kris menutup bukunya dan bangun untuk mencari punca bunyi tersebut.

Kris mencari bunyi itu dengan begitu teliti dan bunyi yang didengarinya semakin lama semakin dekat. "Dari manalah agaknya datang bunyi tu" soal Kris dalam hatinya. Kris terus gigih mencari punca bunyi itu dan bunyi itu semakin lama semakin kuat dan menjadi jelas.

Tempat dimana bunyi itu berada ditempat belakang sekolah dan agak berbukit sedikit, dan bunyi itu semakin menghampiri Kris. Lalu Kris terdengar bunyi seperti orang sedang berdengkur.

Semasa sibuk mencari bunyi itu Kris terlanggar sesuatu yang lembut lalu berhenti dan mencangkungkan dirinya untuk melihat benda yang telah dilanggarnya. "Beg?" soal Kris dalam hatinya aneh dari mana pulak datangnya beg dekat tempat macam ni.

Tiba-tiba Kris tersedar bahawa ada seorang gadis yang sedang lena tidur bersebelahan dengan beg yang dilanggarnya itu. Kris berasa agak sedikit terkejut melihat gadis itu lena tidur dikawasan seperti itu.

"Ouh beg ni mesti dia punya ni" ujar Kris lalu Kris melihat pakaian gadis tersebut adalah pakaian lengkap uniform sekolahnya. Lalu terdetik difikiran Kris "Ni ke murid baru tu?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience