Bab 32

Romance Completed 1445138

Syed Arman memandu kereta ke kondo Nurlisa dengan jiwa yang separuh sasau, sebenarnya dia hampir sasau. Sudah ratusan kali dia cuba menghubungi Nurlisa, tapi gagal, panggilanya terus ke voicemail. Dia sudah buntu, tidak tahu bagaimana harus dia lakukan dan apa yang perlu dia buat.
Dia juga sudah menghantar pesanan text kepada Nurlisa, dia sudah memint maaf dan semua yang Nurlisa nampak hanya salah faham. Tapi pesanannya thru whatapps hanya satu tick, bermakna talian Nurlisa tidak aktif.
Syed Arman masih nampak dengan jelas tangan Nurlisa memaut lengan jejaka itu sebentar tadi. Dia juga nampak dengan sangat jelas pandangan penuh prihatin jejaka itu kepada Nurlisa. Seingat dia, Nurlisa memberitahu dia akan makan bersama kawan dari kampungnya.
Takkan lelaki itu kawan kampungnya, gerutu Syed Arman di dalam hatinya.
Dalam perjalanan ke kondo Nurlisa, semasa kereta berhenti di traffic light, Syed Arman terpandang kedai yang menjual bunga di tepi mall, hatinya terus teringatkan bunga Lily yang dilihat selalu ada bersama Nurlisa.
Demi Nurlisa, dia memberhentikan kereta di tepi mall itu dan berlari ke kedai bunga itu. Dia mendengar dengan jelas beberapa kereta yang menyembunyikan hon, tetapi dia hanya mampu mengangkat tangan tanpa meminta maaf. Untuk hari ini, dia sanggup berbuat apa sahaja, demi mendapat kemaafan daripada Nurlisa. Dari tadi, hatinya sudah berdegup kencang, tidak tahu apa penerimaan Nurlisa terhadapnya. Dia berharap janganlah Nurlisa pergi meninggalkannya.
Selepas meletak kenderaan di tempat parking visitor itu, dia berlari anak menuju ke lift, dengan bunga lily di tangannya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menenangkan gelodak hatinya, tapi dia benar benar tidak sanggup kehilangan Nurlisa.
Matanya sudah berkaca sedari tadi.
Di dalam lift itu, teleponnya berbunyi nyaring. Dengan sekali deringan, Syed Arman menjawab panggilan abangnya. Dia tidak mahu abangnya menganggu process memujuk Nurlisa nanti. Dia tidak mahu gangguan.
“Aku ada hal sekejap abang, nanti aku call kau balik,”
“Mana kau tahu? Adik cakap ke?”
“No No, aku sesak nafas sangat ni abang, aku kena explain kat Lisa dulu. Dia dah salah faham ni bang, mati aku,”
“Kau dengan adik handle lah Kinah sekejap boleh, pls…. aku nak settlekan Lisa sekejap abang,”
“Kinah will always be Kinah abang, kau tahu hati aku kan bang?,”
“No No, I will explain to Babah and after that umi,”
“Pls understand aku bang, I need to do this. I love her abang, aku tak tahu sebab apa, tapi aku sesak nafas masa tengok dia tadi bang, let me settle this first, right how, dia priority aku bang,”
Syed Arman memutuskan talian apabila mendengar perkataan “Abang always support kamu Arman, settlekan apa yang patut, I will handle Kinah here”.
Sesampai di kondo Nurlisa, Syed Arman terus menekan password and menerjah ke dalam kondo itu. Dia berlari terus ke bilik Nurlisa.
TIADA..
Syed Arman membuka pintu bilik air – TIADA
Syed Arman terus memeriksa semua bilik juga TIADA.
Dia terduduk di sofa hadapan, memberi ruang oksigen kepada dadanya.
‘Sayang, where are you’ airmatanya sudah menitis. Dia tidak tahu kepada perlu dia menangis. Tapi kesayuan sudah membenam hatinya. Bunga lily di tangannya di letak perlahan dia atas meja coffee itu. Dia memandang bunga lily itu sayu, berbalam dan penuh rasa bersalah.
Syed Arman mencapai phone dan mendail number Nurlisa, lagi dan lagi tetapi semua masuk ke peti suara.
Dia hampa.
Dia buntu, apa yang harus di buat lagi.
“Sayang, I’m sorry, I love you…. I really mean that sayang, please forgive me” suara Syed Arman sudah merintih. Dia memejam matanya, mencari sedikit kekuatan dan kesabaran.
Dia harus bertenang,
Dia perlu bertenang.
Dia membuat keputusan untuk menunggu Nurlisa sehingga Nurlisa balik. Dia sudah tidak kisah dengan Sakinah yang masih berada di rumahnya.
“Abang, aku tak balik malam ni, aku kat kondo Lisa. Dia takde kat kondo, aku tunggu dia. Tolong aku cakap dengan Sakinah yang aku akan call dia later,” selepas menekan button send, dia menapak ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat Asar.
Dia perlu berjumpa dengan PenciptaNya, dia perlu berbuat begitu.
Dia tidak boleh tersalah langkah, ini cinta pertamanya, dia harus mempertahankan. Walaupun dia harus menyelesaikan masalah mimpinya, tapi dia akan berusaha agar Nurlisa akan berada di dalam hatinya, didalam pelukan cintanya.
Dia nekad, apa pun yang terjadi, dia harus memastikan Nurlisa datang kepadanya.
Tiada yang boleh menghalang, tiada

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mereka berkumpul di ruang tengah di rumah Dr Malik itu. Jarak di antara guest room dengan ruang tengah hanya beberapa langkah. Dr Malik tidak mahu meninggalkan Nurlisa keseorangan di dalam bilik itu. Dia bimbang.
Baru beberapa minit lepas, Dr Malik sudah memastikan Nurlisa tidur lena. Dia menutup pintu perlahan dan menyertai mereka di ruangan tengah itu.
“Lisa dah tidur papa?,” suara anak gadisnya mengandungi kebimbangan yang sangat jelas
Dr Malik mengangguk lemah, masih ketara wajah Dr Malik yang penuh kerisauan.
“Dah, papa boleh dengar dengkuran dia, alhamdulilah, kalau dah berdengkur tu, maknanya dia dah more than ok for today. Dada dia tak sakit lagi. Papa risau sangat tadi, papa pun masih ingat pertama kali papa jumpa dia 5 tahun lepas. Kalau Dee tengok Lisa yang sekarang, jauh lebih baik, Papa more than bersyukur,” Dr Malik mengambil tempat duduk di sebelah Haiqal. Isteri tiada di ruang tengah ini, dia pasti isteri ke dapur menyelesaikan makan malam mereka bersama pembantunya.
“Maaf ya Haiqal, Uncle panik sikit tadi. Uncle nampak Haiqal pun panik juga. Haiqal mesti terkejut ya?,” kata Dr Malik seraya menepuk peha Haiqal perlahan.
“Uncle pun tak sangka Haiqal kenal Nurlisa, ini pun Uncle bersyukur jugak, sebab ada juga yang boleh ada dengan dia kalau ada apa apa,” Dr Malik cuba berborak dengan Haiqal walaupun matanya berkaca. Daripada kerisauan Dr Malik, Haiqal tahu hubungan Dr Malik dengan Nurlisa bukans setakat hubungan Dr dengan pesakit, tapi more than that.
“To be honest Uncle, saya terima tawaran Uncle sebab Lisa. Ibu dan ayah saya seperti memaksa saya untuk menjaga Lisa. Saya tidak rasa terpaksa pun, tapi cadangan ibu bapa saya itu make sense. Kalau kenangkan jasa arwah ayah Lisa, ini sangat sedikit Uncle. Tidak terbalas kami kepada Lisa,” Haiqal mula berterus terang. Dia juga sudah memberitahu Diana tentang tujuannya ke Kuala Lumpur.
“Cukup lah 5 tahun kami kehilangan dia Uncle. Sampaikan ibu dan ayah saya memberi syarat, saya tidak boleh berkahwin kalau saya tidak dapat mencari Lisa. Saya kena pastikan Lisa bahagia dulu, baru saya boleh cari bahagia saya. Itulah skrip ibu saya selama bertahun tahun. Itu juga yang saya ceritakan pada Diana,” suara Haiqal sangat perlahan, sebak dan dalam masa yang sama, dia harus pastikan Lisa tidak mendengar pengakuannya.
“Dalam bahasa yang mudah, Lisa adalah jodoh Haiqal. Itulah juga yang Haiqal duk ulang masa kami kat sana, sampaikan Dee dah boleh hafal skrip itu,” kedengaran ketawa Diana, sambil tangannya menutup mulutnya.
Haiqal memandang Diana sambil tersenyum. Dia tahu Diana tahu segalanya. Pengakuan itu dibuat apabila tahun ketiga mereka berkawan. Dia harus berterus terang kepada Diana kerana dia tidak mahu Diana menaruh harapan kepadanya.
“Wahhhh…..Uncle faham tu…. Lisa tak cerita apa apa pada Haiqal?,” pertanyaan itu tersembunyi seribu rahsia. Haiqal tahu Dr Malik tahu sesuatu.
Haiqal cuma tersenyum sambil mengeleng kepalanya.
“Masa kemalangan yang membawa maut keluarganya dulu, masa itu umur Lisa 17 tahun, awal tahun. Saya baru beberapa bulan sampai Rusia. Ibu kata Lisa seperti kena sampuk, tidak menangis, tapi menutup kepala dia dengan telekung solat. Ibu call saya masa tu, pass phone kat Lisa, minta saya pujuk Lisa. Masa dengar suara saya, barulah Lisa menangis, baru dia lepaskan semua kesedihan dia,” Haiqal mula bercerita.
Dr Malik dan Diana tekun mendengar
“Tapi dia sangat tabah, bayangkan dia keseorangan kat rumah, tanpa sesiapa. Setiap hari ibu dan jiran semua temankan Lisa, hantar makanan. Abang Edrus pulak jauh kat Johor, study kat sana. Sampaikan satu masa ibu minta saya balik, nak kahwinkan saya dengan Lisa sebab Lisa menjadi seorang yang sangat pendiam, ibu takut emosi Lisa terganggu. Masa tu Lisa nak ikut abang dia gi Johor, tapi abang dia duduk hostel,” nampak emosi Haiqal sangat terganggu ketika menceritakan detik itu.
“Selepas beberapa bulan, emosi Lisa dah ok sedikit, saya selalu hantar email kat Lisa, borak thru FB, nasihatkan dia, berjanji untuk balik jaga dia. Minta dia tunggu saya sebab nak habiskan study dulu. Jadi dia memang rapat sangat dengan saya. Lepas tu Lisa dah mula sibuk dengan tuisyen, study group sebab spm,”
Haiqal menyambung lagi
“Masa itu trial spm result dia gempak. Dia dah bersemangat balik, Kebetulan pulak Abang Edrus balik sebab sem break, jadi adalah yang manjakan dia. Jadi ibu kata dia bersemangat balik. Takde lah murung sangat,”
Haiqal berhenti seketika, seolah olah mengambil nafas
“Lisa dan abang Edrus sebatang kara, takde family sebelah ayah dan mak Lisa. Menurut ibu saya, sepanjang mereka berjiran, tidak pernah ada adik beradik mereka yang datang menjenguk dan mereka juga tidak pernah balik kampung. Jadi apabila Lisa kehilangan ibubapanya, dia memang betul betul sendirian,” suara Haiqal sangat sebak, sayangnya pada Nurlisa bukan sedikit
“Depression Lisa actually start masa ibu bapa dia meninggal. Dia selalu bercerita yang kesunyian dia sebenarnya boleh membunuh jiwa dia. Dia rasa kosong, rasa seperti tidak ada apa apa, rasa ditinggalkan. Abang Edrus mungkin tidak tahu kemurungan Lisa masa tu, sebab dia sibuk study. Tidak mungkin saya lupa dia menangis semasa call saya di Rusia, sampai bil telepon rumah dia melambung, then Abang Edrus bising sebab kena bayar bill more than RM2000,”
“Tapi lepas SPM, Lisa berkerja kat rumah agam di hujung kampung tu, rumah tu milik seorang jutawan dari Kuala Lumpur. Saya dengar cerita dari orang kampung saya, Lisa suka kerja kat situ sebab ada library kecil. Dia suka sangat baca buku, any buku dia akan baca. Masa kerja rumah tulah, dia slowly jauh dari saya. Tapi still call and reply status saya kat FP. After 3 months more less, dia langsung hilang dari radar. FP dia pun inactive. Masa tu lah Ibu dengan ayah saya pulak yang sasau cari Lisa. Actully bukan parents saya saja, tapi semua yang rapat dengan dia cari dia,”
“then alhamdulilah, dia berada depan saya sekarang, saya bersyukur apabila nampak dia ok, selama ini dia ada kat Johor, rumah abang Edrus. Apa pun cerita berlaku, saya bersyukur Uncle and Aunty with her.. rasa lega Allah sahaja yang tahu,”
Haiqal menghabiskan cerita dia dengan jiwa yang sebak, dan dia sangat berharap Nurlisa akan kembali ceria seperti dahulu. Dia slowly faham keperitan Nurlisa, kepayahan Nurlisa dalam menjalani hidupnya. Dia benar benar faham.
“Uncle berterimakasih juga pada Haiqal sebab ceritakan kisah Lisa sebelum Uncle jumpa dia. Uncle harap Lisa akan cerita semua kesakitan dia pada Haiqal. Uncle tahu dia akan sembuh, jiwa dia akan sihat, sama sama kita doakan,” Dr Malik menambah setelah melihat Haiqal diam mengambil nafas.
“Uncle menjadi saksi yang Nurlisa mengambil A-Level kat Kolej di Singapore, then sambung degree kat Johor Uni. Abang dan kakak ipar dia yang tanggung dia study. Result dia cemerlang, dalam dia melawan sakit dia, dia masih boleh belajar then belajar,”
“Uncle tahu dia berusaha keras untuk menjadi normal seperti cara berfikir orang lain. Tapi sometimes dia gagal sebab ada perkara yang trigger dia, jadi dia tak boleh manage akal dia. Insyallah Haiqal boleh bantu dia nanti,”
Dalam mereka berborak, terdengar suara Dr Mariam memanggil untuk makan malam. Jam di dinding rumah besar itu menunjukkan pukul 6.30 petang.
“Papa kejutkan Lisa dulu, kita makan lepas tu boleh solat sama sama, nanti Dee tolong ambikkan baju untuk Lisa, kot Lisa nak mandi nanti,” suara Dr Mariam jelas sampai ke telinga mereka.
Dalam pada itu, tersembul badan Nurlisa di muka pintu bilik tamu itu, sambil tersenyum manis. Dia kelihatan sedikit rilex dan tenang.
“Uncle tak perlu kejut, Lisa dah bangun, Lisa lapar sangat ni Uncle, Lisa nak makan nasi dengan ikan jeruk,” semua orang di ruang tamu itu menandang Lisa dengan terkejut.
Nurlisa cuma tersenyum manja, sambil membetulkan tudungnya. Kelihatan Nurlis berjalan ke arah mereka.
“Hi Lisa, ingat kak Dee tak?,” sapa Diana sambil menarik Nurlisa di dalam pelukannya. Tiada yang lebih bersyukur apabila Nurlisa ada di depan matanya, di depan Haiqal dan parents. Walaupun pertama kali berjumpa, tapi kisah Nurlisa sudah sebati dengan dirinya.
“Mestilah ingat, masa video call tu, Rusia tengah winter, Kak Dee cantik dengan baju sejuk,” Nurlisa membalas pelukan Diana, mesra.
“Thanks Abang sebab bawakan Lisa sini, tanpa banyak tanya. Maaf susahkan abang pulak. Nanti kita makan sampai kenyang, Aunty masak sedap,” suara lunak itu singgah ke telinga Haiqal.
Apa sahajalah Lisa, kata hati Haiqal
Dan mereka bersama sama menuju ke dapur sambil tangan Diana masih memeluk Nurlisa mesra. Dr Malik dan isterinya sangat gembira, apa tidaknya, Nurlisa sudah menjadi seperti anaknya sendiri. Mereka suka dengan Nurlisa dan juga Eiman.
“Duduk Haiqal, Lisa….. Aunty masak simple jer… Lisa ni tak berkira makan, ikan kering pun boleh makan 3 pinggan, kan Lisa?,” sapa Dr Mariam sambil memeluk bahu Lisa dan mencium pipi Lisa. Kemesraan mereka sangat ketawa.
Haiqal bersyukur apabila mereka menyayangi Lisa seperti anak mereka sendiri
Diana juga bahagia melihat Nurlisa sudah tersenyum.
Selepas membaca doa oleh Haiqal, mereka memulakan makan malam mereka. Meriah meja makan dengan cerita Diana dan Haiqal semasa mereka di Rusia. Nurlisa juga turut ketawa apabila mendengar cerita mereka.
Ikan jeruk, masak lemak sardin bersama kentang, kicap bercili dan sayur kangkung sudah cukup membuka selera Nurlisa.
Dalam ketawa itu, dia teringatkan Syed Arman, dia tahu pasti Syed Arman akan mencarinya.
“Lisa, nanti Aunty akan kasi kad rumah dengan sticker kereta. Bilik kat tingkat 2 tu nanti, bibik akan kemaskan jadi bilik Lisa. Lisa boleh datang sini anytime, ini rumah Lisa juga. Aunty dengan Uncle nak pergi Mekah next week. Nanti selalu datang sini ya… kalau nak pindah terus pun ok. We more than happy,” Dr Mariam tersenyum apabila melihat Nurlisa menambah nasi di pinggannya.
“Alaaaaaa…thanks Aunty. Lisa ada family kat sini akhirnya. Thanks jugak Uncle dan kak Dee, Beruntungnya jadi Lisa, alhamdulilah…,” kata Nurlisa sambil memeluk lengan Diana.
Mereka gembira dan bahagia dengan sikap positive Nurlisa.
Diana memandang Nurlisa dengan penuh kasih sayang. Mengikut bapanya, Nurlisa berusaha bersungguh sungguh untuk move on, untuk bergembira. Nurlisa juga selalu melawat rumah orang tua dan anak yatim, semua itu adalah usaha untuk mengubah cara dia berfikir.
“Abang Haiqal diam jer dari tadi…. Tapi dah 2 kali tambah nasi, diam diam jer. Janganlah gemuk abang, nanti tak handsome, tak boleh dukung Lisa nanti,” Nurlisa menegur Haiqal yang sedari tadi cuma tersenyum melihat mereka. Dia tahu Haiqal sangat sayangkan dia. Dia juga tahu dia telah melukakan hati Haiqal dengan keadaan dirinya sekarang.
Tapi apa kan daya, cinta dia hanya untuk Syed Arman, tiada pernah untuk orang lain.
“Lisa hutang banyak cerita dengan abang ni, jangan happy sangat. Abang tunggu Lisa update abang ni, for 5 years story. Nanti abang nak Lisa active kan balik FP and IG. Kalu tak abang create new one for you. Lisa kena keluar from tempurung, and tengok dunia luar. Interesting dunia sekarang ni…nanti abang bawak Lisa jalan jalan sampai Lisa muntah,” suara Haiqal penuh kasih sayang, tapi tegas. Dia perlu tegas agar Nurlisa mengerti akan erti takdir dan pasrah.
Dr Malik dan Dr Mariam tersenyum mendengar kata kata Haiqal. Dia tahu Haiqal sudah biasa dengan Nurlisa sedari kecil. Dia berserah dengan cara Haiqal handle emosi Nurlisa. Mungkin dengan cara itu, Nurlisa akan lebih tenang.
“Kak Dee nak ikut jugalah jalan jalan dengan Abang Haiqal Lisa ni, nanti kak Dee jadi driver, boleh tukar tukar kalau penat, boleh kan Abang Haiqal?,” usik Diana apabila melihat Nurlisa menjeling Haiqal. Dia tahu Nurlisa bahagia apabila dikelilingi oleh mereka yang sayangkan dia.
“Lisa kan dah janji, akan cerita semua kata bang, tapi nanti nanti lah, Lisa busy dengan kerja ni…esok Lisa ada 3 meeting nak discuss pasal project Tahfiz. Lepas makan ni kita kena balik la abang, nanti kita datang lagi,” Nurlisa menghabiskan nasi di pinggannya. Perutnya sudah penuh dan dia sangat kenyang.
“Alhamdulilah, sedap masakan Aunty, kenyang Lisa. Lama tak makan masakan Aunty. Lisa rindu sangat nak makan ikan jeruk. Dulu mak Lisa yang selalu masak, sampaikan mak takut Lisa terlebih garam dalam badan,” Nurlisa bangun sambil mengangkat pinggan ke sinki rumah besar itu.
“Lisa tak perlu basuh pinggan tu, nanti bibik tolong basuhkan,” Dr Mariam memandang Nurlisa sambil tersenyum. Dia tahu Nurlisa akan mengemas dapur kalau Nurlisa bertandang di rumahnya di Johor Baharu.
“Lisa nak cakap dengan Uncle sekejap sebelum Lisa balik, boleh ke Uncle?,” Lisa menghampiri Dr Malik yang sedang membasuh tangannya. Dr Malik tersenyum sambil memegang ubun ubunnya. Terserlah kasih sayang Dr Malik terhadap pesakit yang sudah di anggap seperti anaknya.
“Mestilah boleh, anak uncle datang dari jauh ni. Lisa nak cakap apa pun boleh. Kita solat dulu then sambung borak dengan Uncle. Uncle pun nak dengar cerita Puteri Uncle yang cantik jelita ni….,” suara seorang ayah yang sangat prihatin.
Mereka beredar dari meja makan itu dan mempersiapkan diri untuk solat berjemaah.
Kelihatan Haiqal yang penuh kasih sayang
Kelihatan Diana yang ingin membahagiakan Haiqal dan Nurlisa
Kelihatan Dr Malik dan Dr Mariam yang sudah bertekad untuk memastikan Nurlisa bahagia.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Uncle, Lisa dah jumpa Arman. Tapi Arman tak ingat Lisa langsung. Sedikit pun tak ingat,” itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut Nurlisa apabila mereka becakap di pejabat Dr Malik di tingkat satu, di rumah besar itu.
Dr Malik kelihatan tenang dan matanya memberi tumpuan kepada cerita Nurlisa
“Tak ingat Lisa, Uncle tak faham,” itu juga soalan pertama daripada Dr Malik apabila mendengar cerita Nurlisa.
“Sekarang Lisa berkerja dengan Endah Holdings, company ayah kepada Arman. Lisa terkejut apabila pertama kali jumpa dia, sebab takde reaction apa apa bila pandang Lisa. Mula mula Lisa ingat dia buat buat tak ingat, but now Lisa tahu dia memang tak ingat some of memories yang lepas. Maknanya cerita Lisa tiada dalam ingatan dia,”
“Lisa pun confius dengan diri Lisa. Kalau tiba tiba Lisa cerita pasal cerita kami, kot dia tak boleh terima, sebab Lisa ni orang biasa, dia pulak anak jutawan. Tapi dia dah berubah banyak dah Uncle, Arman dulu baran dan kasar, tapi Arman yang depan Lisa ni more to gentleman sikit. Dia akan bertunang Uncle, dengan pilihan umi dia,” suara Lisa kembali sebak.
Matanya berkaca.
Dia menyambung lagi
“Lisa rasa sesak nafas uncle, Lisa nak dia bahagia, tapi dalam masa yang sama, Lisa sakit. Sebab itu Lisa always panik dan berpeluh. Lisa cuba control diri Lisa. Lisa akan cuba dan cuba lagi Uncle. Insyallah Lisa akan boleh,” kata kata itu berlagu dalam irama yang sangat perlahan. Dia faham apa yang patut dibuat, apa yang patut dia lakukan.
Kelihatan Dr Malik merenung Lisa dan menyambung percakapan Lisa.
“Uncle nak tanya Lisa satu soalan, Lisa jawab ikhlas dengan Uncle. Lisa masih sayangkan Arman?,” soalan itu yang ditanya berkali kali oleh Dr Malik sepanjang dia mengenali Dr itu.
“Sayang, tapi……” ayat Nurlisa tergantung di situ
“Takde tapi tapi, Lisa sayang atau tidak,” soalan tu tegas di dalam kelembutan
“Sayang Uncle, sampai ke hujung nyawa Lisa sayangkan Arman,” itu jawapan yang memang sudah di dalam hatinya, tidak akan pernah berubah
“Kalau sayang then fight. Buatkan Arman jatuh cinta dengan Lisa lagi. Jangan cerita kisah lama, tapi start to create new story with him,”
“Uncle tahu Lisa confius dengan status Lisa, adakah Arman masih suami Lisa. Adakah Arman yang hantar surat cerai dulu,”
“Semua itu letak tepi, kalau nak Arman ingat Lisa yang lama, Lisa kena buat Arman jatuh cinta dengan Lisa. Buatkan dia ingat Lisa. Lisa ada banyak kenangan dengan Arman. Buku, library, bunga Lily, cadar putih, perfume and banyak lagi. Go for it, Fight untuk diri Lisa. Set dalam mind, Lisa kena bahagia, harus bahagia,”
“Siapa Arman itu bukan masalah besar. Dia anak siapa itu juga bukan masalahnya. Kalau dia sayang, dia akan fight untuk Lisa. Uncle pasti dia akan fight,” dan Dr Malik berhenti di situ sambil membuka laci mejanya.
“Uncle tak galakkan Lisa makan ubat ni, tapi kalau keadaan memaksa dan tiada sesiapa, Lisa cuma ambill sebiji. Apa apa yang akan berlaku, kita semua akan sama sama tolong Lisa. Hati Uncle kata kisah Lisa akan happy ending. Uncle percaya itu,” Dr Malik menyerahkan ubat itu ke tangan Lisa.
Dr Malik tersenyum, tapi mendengar balasan daripada Nurlisa, dia tahu Nurlisa sudah terkesan dengan nasihatnya. Dia pasti Nurlisa akan mempertahankan perkahwinannya, dia pasti itu.
“Insyallah Uncle, Lisa cuba. Lisa tak tahu lagi, tapi Lisa akan set mind Lisa. Lisa rasa more tenang bila boleh datang sini, ada family yang boleh Lisa rely off,”
Kelihatan wajah Nurlisa sudah merah, seperti dia sudah menyentuh bahagia.
Bersambung……………..
Kereta mereka berhenti di rumah persendirian yang disewa oleh di jejaka itu. Daripada rumah itu, mereka boleh melihat pantai dan mengikut cerita si pemilik rumah, mereka juga boleh mandi di pantai itu.
Jejaka itu mencampakkan paper bag ke arah gadis itu. Dengan tiada perasaan, gadis itu mencapai paper bag itu dan membuka perlahan.
“Aku nak kau pakai masa mandi kat pantai nanti. Buatkan aku tea panas. Aku nak tidur sekejap. Sejam nanti kejutkan aku,” suara itu masih seperti biasa, kasar dan tidak pernah lembut.
Gadis itu hanya mengangguk dan terus ke dapur rumah itu. Apabila memberi tea kepada tuanya, dia bersendiri di ruang tamu sambil membuka bungkusan yang di ambil dari paper bag itu.
Dia terkejut, kelihatan baju mandi yang sangat seksi. Baju 2 pcs itu sangat seksi. Dia membelek belek sambil termenung. Dia malu sendiri. Walaupun pantai ini pantai privasi, bagaimana dia akan berjalan dari rumah ke pantai itu dengan di saksikan oleh tuannya.

Share this novel

Zaidi Zack
2021-10-15 04:02:55 

Lisa dan abg edrus sbtg kara??? Dh 2 org sbtg kara kot mana


NovelPlus Premium

The best ads free experience