cahaya matahari yang menusuk ke dalam bilik lama itu . Wajah Arina yang putih bersih tanpa satu jerawat di tatap Mak Anum lama... Anak saudaranya yang hidup sebagai anak yatim itu berusaha meneruskan hidup tanpa adanya ibu bapa di sisi.
"arin, bangkit lekaih lani dah pukul berapa dah "ujar Mak Anum dalam loqhat kedah pekat. Arin mengeliat "Arin ngantuk la maklong semalam cheq lena pukul 2 pagi takleh lena"Arin menyeh nyeh matanya
Arin bangkit dari atas katil, tuala di capai Arin lalu masuk ke dalam Bilik air di luar rumah . mujurlah bilik arin dekat dengan bilik air senang jika ingin membuang air kecil .
"Arin! nanti tolong maklong jual nasi lemak kat kedai buleh dak? "Laung Mak Anum di dapur. Arin yang sedang mengosok giginya itu membiarkan sahaja pertanyaan itu . Selesai mandi di dalam bilik air, dia mengenakan baju T - shirt panjang, seluar kaki kecik dan topi
"Eh, Arin hang nak pi mana? "soal Mak Anum "Jual nasi lemak.. Mak Anum laa yang kebaboms seluruh kampung takkan Arin nak p mana mana? "jenaka Arin.
Mak Anum hanya senyum kerana dapat mendengar jenaka Arin, sudah lama dia tidak mendengar jenaka itu sejak ibu bapa Arin meninggal, semenjak itulah Arin berubah kepada Tomboy.
"yelah.. hati hati naa p.. lekloq bawak gereq tu "Arin mengangguk bakul nasi lemak di letakkan dalam raga basikal di depan
Mak Anum hanya melihat Arin yang pergi Untuk menjual nasi lemaknya.. Tabah Arin menghadapinya sendiri . 'eh? nasi aku tak masak lagi.. uih kena masak cepat'bergegas Mak Anum pergi ke dapur untuk memasak
Share this novel