malam menjelma. Rambut yang paras Bahu itu di sikat Arina, teringat kejadian petang tadi. Siapa mat salih tu? dahla putih melepak? baik lak tu
"Arin! Farhan datang"
Arina yang sedang menyikat rambut terus mencapai topi. Arina keluar daripada bilik, Figura Farhan yang sedang menunggunya di ruang tamu itu arina renung lalu berjalan kearahnya
"hang sakit apa? sampai datang malam malam buta ni"tanya Arina yang mengambil tempat di hadapan farhan "aku, rasa hang tataw kot yang esok akan keluaq keputusan SPM? " Muka Arina berubah
"hang jangan main main weh"
"buadpa aku nak main main? hg tak tengok berita ka apa? la ni bulan beqapa dah"farhan meneguk air teh O panas yang di buat mak Anum
"huh.. esok confirm ada mak bapak diorang pergi"arina sedikit mengeluh. Farhan yang mendengar juga turut bersimpati kerana 4 tahun Arina tabah menghadapai kehidupan tanpa Ibu bapa di sisi
"aku kan ada? aku buleh jadi abang hang? aku buleh teman hang esok naik moto Ex5 aku tu"
Arina merenung Farhan dengan muka seposen "terima kasih sebab banyak tolong aku"Terbit juga perkataan 'terima kasih' itu dari mulut Arina
"eh ? dah pukul berapa dahh ni.. eh jomlah aku balik dulu esok kena teman kau lagi.. bye" Arina melambai farhan yang sudah membonceng motosikal nya itu.
Arina sangat bersyukur kerana mempunyai Kawan yang banyak menolong dan memberi semangat padanya
Share this novel