Bab 49

Romance Completed 1276668

Di Resort Endon di Janda Baik
Selesai mandi, mereka makan bersama sama sambil bergelak ketawa. Syed Arman cuba sedaya upaya untuk tersenyum, memberi ruang bahagia kepada Nurlisa. Tetapi kepalanya sangat sakit dan sakit itu tidak pernah di rasa sebelum ini.
“Sayang, abang nak rehat, kepala abang sakit, kalau apa apa terjadi apa abang, sayang call uncle Dr ya, abang save the number as Uncle Dr. Don’t call family abang, I don’t want them to involve with my life. Sayang ingat tu,” dan Syed Arman dan merebahkan diri di katil mewah itu.
Suasana tenang di resort itu tidak sedikit pun memberi ketenangan kepada Syed Arman. Fikirannya kusut dengan semua memory yang datang silih berganti. Dia juga tidak lagi boleh berfikir, kerana semuanya menjadikan kepalanya bertambah sakit.
Nurlisa menarik comforter dan menyelimutkan Syed Arman, dia berharap semuaya akan kembali seperti sedia kala apabila matahari terbit keesokkan harinya.
Dengan perlahan Nurlisa memeriksa kepala Syed Arman, memastikan tiada kecederaan dikepala suaminya. Dia tidak nampak sesuatu yang pelik, dan tiada juga darah di rambut suaminya. Itu bermakna tiada kecederaan di kepala suaminya.
Nurlisa kembali ke sofa, dia perlu membalas memberitahu Sharifah Teha tentang keberadaannya dia sini, supaya keluarga Syed Arman tidak perlu risau. Dia perlu menjadi lebih transparent, dia tidak mahu sesuatu di salah sangka dengan membawa Syed Arman ke sini.
~Assalamualaikum Tuan Syed, ya..Tuan Syed Arman with me, I will take care of him, anything will update you. Sorry for late replied. Thanks”
“Teha, I will jaga your brother, don’t worries. Anything will buzz you, don’t worries”
Di dalam ketenangan malam ini itu, Nurlisa teringat kepada Arwah Ibu dan Ayahnya. Dia selalu berfikir, sekiranya mereka masih ada, mungkin suasana sekarang tidak akan sama. Kerana ibu dan ayahnya akan memastikan semua akan sempurna di matanya.
Dia terlalu rindukan belaian seorang ibu.
Didalam tidur yang separuh lena itu, Nurlisa terdengar jeritan yang sangat kuat daripada Syed Arman, dia bingkas bangun apabila Syed Arman memegang kepalanya sambil menangis teresak esak.
Nurlisa pantas memeluk Syed Arman kemas. Dia tahu Syed Arman di dalam kesakitan yang teramat sangat
“Sayang, kepala abang sakit sangat”
“Ya Allah, sakit sangat Ya Allah,”
“Sayang, bring me to hospital, abang rasa sakit sangat” dengan ayat yang terakhir itu, Syed Arman memuntahkan kesemua makanannya. Dia berterusan menjerit dan badannya sudah hampir lemah.
Nurlisa panik, dia tidak tahu bagaimana harus bertindak dengan suasana seperti ini. Tanpa menghiraukan jeritan Syed Arman, dia pantas mencapai telepon terus menghubungi resort untuk menghubungi ambulance.
Sebelum habis bercakap, kedengaran pintu bilik di ketuk daripada luar.
Nurlisa pantas membuka pintu dan kelihatan 4 lelaki berbadan besar berada di luar biliknya.
“kami datang untuk bawa Tuan Syed Arman ke hospital. Puan tak perlu ikut, family dia dah tunggu di hospital,” dan mereka terus merempuh masuk dan mendukung Syed Arman tanpa menghiraukan jeritan Nurlisa.
Nurlisa terus berlari mengikut mereka dan ketika itu Syed Arman sudah tidak sedarkan diri. Dalam 2 minit, Syed Arman sudah di baringkan didalam ambulan dan kelihatan seorang lelaki berpakaian doctor menunggu di tepi ambulance.
Nurlisa cuba untuk masuk ke dalam ambulance tetapi lelaki yang berbadan besar itu menolak Nurlisa dan terus menutup pintu ambulance.
Siren di bunyikan dan dalam sekelip mata ambulance itu hilang daripada pandangan mata.
Nurlisa terduduk di atas rumput dia hadapan resort itu, dia melihat jam menunjukkan jam 2 pagi. Nurlisa mengesat airmatanya perlahan, dia cuba bangun, tetapi lututnya lembik, tidak berdaya.
Nurlisa terasa sangat lemah, esakan jelas kedengaran di dalam hutan yang sunyi itu. Dikala ini dia merasakan dia jatuh lagi. Jatuh buat kali ke dua.
Nurlisa menyumpah dirinya sendiri, kenapa dia membenarkan mereka mengambil suaminya lagi sekali. Dia pasti itu pengakhiran untuk hubungan mereka.
“Ya Allah, Kau Maha Menyusun takdirku Ya Allah, aku melutut pada Mu Ya Allah, tolonglah kembalikan suamiku Ya Allah, aku sangat menyintai dia, Kau lindungilah suamiku Ya Allah”, Nurlisa mengangkat tangan memohon doa kepada Dia.
Dia menangis lagi, dengan perlahan dia mengagahkan diri untuk bangun, ketika itu kelihatan beberapa orang menuju ke arahnya.
“Puan, saya dengar siren ambulan tadi, suami puan dah ke hospital ke? Kenapa Puan tak ikut? Puan ok?,” kelihatan Doktor yang merawat Syed Arman berada di hadapannya.
Wanita separuh abad itu menghulurkan tangan untuk mengangkat Nurlisa. Nurlisa merasa sangat lega kerana ada orang lain di dalam cerita dia pada ketika ini.
“Boleh saya peluk Aunty?” itu soalan yang pertama apabila Nurlisa dapat bangun daripada rumput itu. Wanita itu memeluk Nurlisa kuat, mengalirkan tenaganya kepada Nurlisa, tangannya mengosok belakang Nurlisa lembut, memberitahu gadis itu tidak berseorangan.
Terdengar esakan Nurlisa kuat, semakin kuat apabila berada di dalam pelukan wanita itu. Dia meletakkan semua kesedihannya di bahu wanita itu. Dia tahu kalau ibunya masih ada, pasti ibunya yang akan memeluknya.
“Ibu, kita bawa tetamu ke bilik dulu, sini sejuk ibu,” kedengaran suara Dr yang di panggil Ammar itu bersuara.
Wanita separuh abad itu melonggarkan pelukannya.
“Saya bawa puan ke bilik ya, betul kata anak saya, sejuk di sini,” wanita itu memegang lengan Nurlisa dan berjalan beriringan ke biliknya. Nurlisa hanya mengikut kerana dia tidak lagi boleh berfikir.
“Ibu, saya minta kitchen sediakan tea panas ya, untuk ibu sekali,” Dr Ammar berpisah dengan mereka di lift itu. Wanita separuh abad itu mengangguk.
“Terimakasih anak ibu,” Dr Ammar menghadiahkan senyuman kepada ibunya.
Sesampai di bilik, Nurlisa terus mencapai tudung dan meletakkan di atas kepalanya, sedari tadi dia menyedari dia tertinggal tudungnya. Dia menjemput wanita separuh abad itu duduk.
“Jemput duduk Aunty, saya Nurlisa” dia menghulurkan tangan dan mencium tangan wanita itu.
“Nama Aunty Embun, boleh panggil Ibu. Lisa duduk dulu, ibu teman Lisa malam ni,” Nurlisa tersenyum memandang Puan Embun sambil mengucapkan terima kasih.
“Maafkan Lisa ibu, Lisa nak buat panggilan sekejap,” Nurlisa mencapai telepon dan terus menghubungi Sharifah Teha. Dia harus memberitahu Syed Arman ke hospital dengan ambulance.
Panggilan itu tidak berjawab tetapi satu satu message baru masuk thru whataappnya.
~Lisa, Babah yang memberi arahan untuk membawa Arman ke hospital. I text you sebab I takut you risau. Don’t worries, apa apa I akan update terus kat you,” Nurlisa membaca message daripada Syed Adam itu dengan linangan air mata. Dia sedikit lega kerana dia tahu keluarganya yang membawanya ke hospital.
Dia cuma kehairanan bagaimana mereka tahu keberadaan Syed Arman, bagaimana mereka tahu Syed Arman di dalam kesakitan, bagaimana mereka tahu bilik mereka.
Dari itu Nurlisa dapat membuat kesimpulan keluarga mereka itu sangat complicated.
Sedang Nurlisa membaca messange itu, panggilan masuk daripada Sharifah Teha.
“Sorry kalau call you at this hour. Arman sakit, tadi dia menjerit cakap sakit kepala”
“Yes, Tuan Syed Arman just texted me, yes...I takut sangat,”
“Faham faham, please inform me if anything, no worries Teha, I faham, please update me,”
“Yes, I bawak kereta dia balik nanti, phone dia pun ada sini, I’ll pas tu Ameena nanti,”
“Teha, I cuma harapkan you, please update me, Assalamualaikum,” dan airmata itu mengalir lagi. Dia tahu kedatangannya tidak pernah di undang, dia cukup faham itu.
Sharifah Teha melarangnya daripada melawat Syed Arman di hospital kerana kedatangannya pasti akan memburukkan keadaan. Dia faham itu, dia faham sangat.
*******************
Di dalam ambulance itu
“Boss, Tuan Syed Arman with us, on the way to Prince Court Medical Centre,”
“That girl ada tadi, we just ambik tuan and ignore that girl as per your instruction,”
“Tuan Syed Arman pengsan boss, Dr Amirul ada dengan kami. Dalam 10 minit lagi kami akan sampai. Dr Amirul dah call emgency tadi, ask them to standby”
“Keadaan Tuan Syed Arman tidak beberapa baik Tuan,”
“Ok, jumpa kat hospital nanti,”
Dalam separuh sedar, Syed Arman mendengar perbualan itu, dia tidak berdaya untuk membuka mata, apatah lagi bercakap. Yang dia tahu, dia perluakan rawatan, kerana sakit kepalanya sangat luar biasa. Dia tidak pernah merasa kesakitan yang begini teruk.
Didalam kesakitan, dia berharap Nurlisa tidak akan apa apa disana. Dia berharap Allah akan menjaga kekasih hatinya.
Dia akan kembali selepas sihat nanti, dia berjanji.
*****************************
~Adam, Uncle PI dah bawak Arman ke hospital, Babah perlu bawak Arman ke hospital sebab keadaan dia membimbangkan. Arman ada call Dr Uncle tadi. Dia minta Dr Uncle datang ke sana. Babah tak kasi Dr Uncle kesana, Babah minta Dr Amirul hantar ambulance. Babah tak nak campur urusan Arman, tapi ini melibatkan nyawa dia, Babah kena step in. Babah tak nak kehilangan Arman. Sebab Arman ada history operate kepala dia, Babah risau, maaf sebab Babah sekali lagi mungkir janji~
Syed Adam membaca text itu berkali kali. Airmatanya mengalir laju. Hari ni baru dia tahu kereta Arman di pasang gps sudah lama, dah selama ini Babahnya tahu kemana Syed Arman pergi.
Hari ini juga dia baru tahu Babahnya mengupah seseorang untuk menjaga adiknya. Kuputusan itu di buat kerana Babahnya tidak mahu kehilangan Syed Arman lagi sekali.
Dengan perlahan Syed Adam menapak ke bilik Sharifah Teha, dia ingin memberitahu adiknya dan berkongi rasa dengan adik perempuanyanya. Jiwanya rapuh, dia sudah banyak berkorban perasaan kerana menjadi anak sulung, dia juga sudah banyak menderita dengan rasa malu perangai uminya dengan Syed Arman.
Sudah bertahun tahun dia pendam rasa bersalah kepada Syed Arman, sudah banyak airmatanya tumpah di atas sejadah, dia tidak pernah malu melutut meminta Allah memberi adiknya bahagia. Dia juga tidak pernah takut untuk memberi semua kepunyaannya kepada adiknya.
“Adik, bangun, abang nak tidur sebelah adik boleh?,” Jam menunjukkan pukul 2.30pagi, waktu semua orang di ulit mimpi.
Sharifah Teha terkejut apabila melihat Syed Adam berdiri di sebelahnya katilnya. Sudah lama abangnya tidak perperangai begini. Kali terakhirnya abangnya masuk biliknya menangis apabila abangnya mengetahui kejahatan uminya terhadap Syed Arman. Semasa itu abangnya seperti dirasuk, dia meluru masuk sambil menangis memeluknya.
“Adik, abang sedih,” dan Sharifah Teha mendengar abangnya menangis teresak esak. Dia membaca text yang di hulurkan oleh abangnya. Sharifah Teha bingkas bangun dan memeluk abangnya.
Sekali lagi dia juga menangis, dia juga meletak seluruh kasih sayang kepada Syed Arman, dia juga di dalam kesedihan apabila mendengar penderitaan abangnya.
“Abang, kita tarik nafas dulu, nanti umi dengar. Abang duduk dulu, kita kena bertenang. Adik pasti Babah buat semua ini untuk memastikan abang Arman sihat. Babah dah janji untuk tak campur urusan Abang Arman kan?,” Sharifah Teha bercakap sambil berbisik.
“Kita kena tolong Abang Arman, adik rasa pertamanya kita kena cool down Lisa dulu. Adik tahu Uncle PI akan terjah jer ambik abang sebab staff dia semua macam gangstar kan? Apalah yang dorang buat kat Lisa kan? Untuk sekarang kita kena percaya cakap Babah. Adik percaya Babah akan buat yang terbaik untuk Abang Arman,” Sharifah Teha cuba untuk berfikiran positive.
Untuk ketika ini dia perlu berfikiran postivite.
Dalam mereka bersama sama melayan perasaan, teleponnya berbunyi dan panggilan itu daripada Nurlisa.
“Abang, Lisa call ni, adik takut nak jawab,”
Sharifah Teha tidak mempunya kekuatan untuk menjawab panggilan daripada Nurlisa. Dia tidak tahu harus bagaimana untuk memujuk Nurlisa.
“Jangan jawab dulu dik, abang tengah text Lisa,” Syed Arman harus bertanggungjawab untuk memberitahu tentang tindakan Syed Awaludin. Dia juga harus berterus terang kepada Nurlisa, dia harus buat itu.
“Adik, sekarang adik boleh return call, insyaallah semua akan ok, adik tenangkan dia, then cakap kita akan update pasal Arman,” arahan abangnya itu di turuti satu persatu. Dia juga faham bagaimana perasaan Nurlisa, kerana dia nampak cinta ikhlas daripada mata mereka berdua.

**********************
Puan Embun membuka pintu apabila staff datang menghantar minuman kepada mereka. Kelihatan Dr Ammar ada bersama.
“Terimakasih ibu sebab teman Lisa, Lisa masih mengigil lagi. Boleh Lisa minta Ibu tidur dengan Lisa malam ni?,” suara Nurlisa ketika itu memang terlihat sangat mengigil, dia duduk di sofa itu tanpa bergerak, matanya terlihat sangat sayu dan sebak.
“Boleh, ibu teman Lisa, jangan risau, Ammar...ibu stay dengan Lisa ya, esok kita breakfast sama sama dengan Lisa, minta dorang set up breakfast kat atas,” Puan Endun bangun dan memeluk anaknya.
“Ammar nak teman Lisa juga boleh ibu? Ammar kan doctor, nanti boleh jaga Lisa,” Dr Ammar berkata sambil mengenyit mata
“Pandai anak ibu bergurau ya, dah pagi ni, dah balik tidur, esok breakfast dengan ibu,” Puan Embun tahu anaknya Cuma bergurau, untuk memancing Nurlisa supaya tersenyum.
“Ibu, Lisa baring dulu ya, nanti Ibu baring sebelah Lisa. Lisa rasa sakit dada, Lisa nak rehat,” Nurlisa berjalan perlahan ke katil mewah itu dan mula meletak kepala di bantal empuk itu. Dadanya sesak, dia tidak lagi boleh berfikir. Dia perlu berehat, supaya jiwanya tidak datang. Sedari tadi dia risau jiwanya akan muncul dengan penuh kedukaan. Dia takut kedukaan itu tidak mudah untuk kembali.
BERSAMBUNG

Share this novel

xandra
2020-12-08 21:17:22 

Sis bila nk update

xandra
2020-12-07 22:15:46 

Sis bila nk update

YAZNI-ERNIE
2020-12-05 17:50:39 

hi dear. bila nk update ni. dh more 2 weeks kan, dear....plzz....


NovelPlus Premium

The best ads free experience