Rate

Chap 1

Action Series 1346

"Have a nice day" ramahku sebagai penjaga kaunter di Cafe.

Ish, mana May ni? Jam tangan di kerling sekilas. Takkan halfday hari ni, ingat kerja pejabat ke boleh main half day.

Aku teruskan kerja sambil menunggu rakan sekerja. Bunyi loceng di pintu cafe menandakan ada orang masuk.

"Charlotte, sorry tadi aku ada hal sikit" Maysie terus menuju kearah kaunter.

Aku hanya mengangguk

"Merajuk ke?" usik Maysie.

"Tak lah, tengah sibuk ni"
Memang aku sibuk pun tapi dah alang-alang dia tanya itulah alasannya.

"Biar aku jelah buat kerja kau, kau pergi rehat"

"Takpe, aku okay lah lagipun sikit jer ni"
Maysie hanya senyum, gadis ni memang seorang yang pandai berdikari..sama seperti arwah ayahnya. Andai wanita ini tahu sejarah hidupnya pasti dia takkan jadi baik seperti sekarang.

Namun dia tak sanggup menyimpan sejarah gadis ini, di kepala masih terngiang - ngiang. 'Bila umur dia cecah 27 aku akan tuntut balik!' semakin bertambah risau kepada gadis ini, dia masih tidak tahu nama sebenar dan mengenai keluarga. Pernah dia tanya tentang ibu bapanya, aku hanya mampu jawab 'Kau tak de ibu bapa.... Kau anak dari... Hubungan sepasang kekasih' Memang ayat ni amat perit didengar, lebih baik aku mengeluarkan ayat itu daripada mengeluarkan ayat 'mak ayah kau dah lama mati' lagilah dia tanya macam mana diaorang meninggal? Mana pusara mereka? Ini semua dari wasiat saudara wanita itu sendiri, Mereka tidak mahu dia mengetahui. Tapi yang paling sesak, 'aku ni tiada keturunan ke?' ayat itu seperti menanti hukuman gantung pada rantai besi menyesak jiwa. Tapi aku tak mampu, tak mampu bertahan apabila setiap kali wajah polos ini menanya perihal keluarga. Maafkan aku.... Maafkan aku.. Mereka pasti cari kau walau sejauh mana aku larikan kau. Mereka pasti cari kau, Chloe...

"Hei, apa yang kau termenung tu? Belakang kau ada pelanggan" Charlotte mengejutkan sahabatnya yang sudah dianggap sebagai adik - beradik. Jauh juga termenung sehingga tak sedar ada pelanggan kat belakang, dah lah termenung depan kaunter.

Maysie terus sedar, dia yang berada di depan kaunter segera beralih memberi laluan kepada pelanggan lelaki lalu tersenyum kawal malu. Malang lelaki itu tidak senyum.

Lelaki itu menolak cermin mata gelapnya ke atas yang terletak elok dia batang hidung yang mancung, senyuman dari Maysir tadi dihiraukan. Lelaki itu terus maju hadapan tanpa riak.

Aku mula kesian melihat wajah terpinga - pinga Maysie apabila lelaki itu tiada balasan. Aku cuba maniskan wajah dengan senyuman ke arah lelaki itu, malang seperti tadi. Tiada balasan. Aku lihat lelaki ni dah lain macam apabila earpod yang tersangkut di telinga ditekan dengan kuat sehingga hampir termasuk dalam lubang telinga, merah telinga dibuatnya, dia tak sakit ke? Aku naik seriau.

Baru sahaja aku ingin buka mulut tapi lelaki itu mengangkat tangan yang bersarung glove gelap seperti meminta aku diam, serius jer wajah putih lelaki ni. Aku dah mula telan air liur, seram jika ini salah satu ahli penjenayah. Kes jenayah di kota ini saban hari semakin meningkat, buka sahaja radio pasti ada berita kes letupan, tembak - tembakan, pergaduhan kerabat, penyeludup senjata palsu, perselisihan pemerintah, tempat tinggal di letupkan, dan yang paling selalu disebut kehilangan 'bunga mekar, bulan mengambang' membuat mafia bergerak aktif. Dalam sehari pasti ada 4 kes mafia. Aku naik seram mendengar semua ini, tempat yang aku tinggal sekarang memang tidak selamat.

Lelaki itu masih menekan earpod sehingga tenggelam dalam lubang telinga, aku naik panik ni. Bayangkan earpod tu sebesar ibu jari gadis sunti tenggelam terlekat dalam lubang telinga.

"Errr... Sir?" Suara dan air liur dah macam berebut keluar. Jap.. Aku tak boleh melihat telinga disumbat dengan benda panjang, ia seakan mengingat aku kepada sesuatu iaitu bunyi seperti siren bergema dan diselangi bunyi besi berlaga besi dan digores berkali - kali dalam bilik kosong kedap bunyi, amat ngilu. Seperti aku pernah lalui, tapi apakah itu. Otak aku mula terasa pedih dan berdenyut dari arah kiri, kanan dan belakang.

Maysie melihat wajah Charlotte seperti menahan sesuatu pedih. Maysie mula dapat menganggak sesuatu, telinga. Charlotte trauma pada telinga di sumbat sesuatu. Maysie segera dorong badan Charlotte yang mula gementar dan mengganti tempatnya berhadapan lelaki ini.

Lelaki itu terus berhenti menyentuh earpod di telinga apabila tempat diganti oleh orang lain. Belum sempat Maysie tanya lelaki itu terus memusing belakang lalu kaki dibawa melangkah keluar dari Cafe.

Maysie melihat ke arah Charlotte yang masih memegang telinga sendiri. Wajahnya kembali tenang tapi mata biru laut wanita itu berubah warna kepada biru gelap. Maysie segera memegang pergelangan tangan wanita itu lalu membawa menuju ke dalam dapur. Tangannya sejuk bagai mayat. Bibirnya bergetar. Kelopak mata dibuka luas. Nafas tidak sekata.

"Charlotte?" Maysie menyentuh lembut bahu Charlotte. Semakin kuat sakit di kepala, semakin membuat seperti ingin mati tapi saat kepala berperang dengan sakit satu imbasan kabur dan bunyi bising memenuhi ruangan otaknya.

....
'GO !' terpaksa menjerit kerana keadaan sekarang amat kacau dengan bunyi derapan kasut yang banyak. Budak perempuan yang berada di dalam bilik gelap dan asing baginya dengan bau asap lombong terasa tidak sedap hati apabila bunyi siren kecemasan dan seperti bunyi cakaran dari luar bilik. Saat telinga cuba melekup pada pintu besi separa berkarat pintu itu dibuka kasar dari luar menyebabkan badan budak perempuan yang kecil terdorong belakang.

Serta merta budak itu mengundur, dengan kudrat yang lemah dia mengundur hingga badan tersandar di dinding rata dan sejuk. Dia dapat lihat suasana di luar amat kacau bilau. Lelaki yang tinggi lampai menuju ke arah lalu memegang tangan nya dengan kasar sehingga membuat budak itu menangis kesakitan. Ini kali ke 10 tangannya dipegang dengan kasar luka yang lebam sebelum ni belum hilang.

Saat sudah keluar dari bilik gelap itu lelaki itu terus mengheretnya mengikut lautan manusia. Sakit sangat apabila budak perempuan ini banyak kali jatuh kerana langkah lelaki terlalu cepat, dan banyak kaki mula memijak tubuhnya yang kecil kerana suasana yang kacau menyebabkan orang sekeliling tidak tahu kehadiran budak itu.

'S-s-sakit....' budak perempuan itu mula terasa lemah. Lantas lelaki itu memegang tangan gadis yang sudah terjelepok atas lantai, tanpa menunggu gadis itu bangun dia terus mengheret seperti mengheret mayat. Habis bajunya terkoyak akibat heretan daripada permukaan kasar.

' Chloe...'
'Chlo...'
'Cha...'
'Charlotte'

"Charlotte?" Maysie menggoyangkan tubuh Charlotte. Charlotte terus tersedar saat namanya sayup dipanggil.

Maysie lega melihat tindak balas Charlotte. Aku pandang ke arah wanita ini. Pelik, itu yang hati aku katakan

"Charlotte" Lantas Maysie memeluk tubuh Charlotte. Saat pelukan dileraikan muka Charlotte pelik. Maysie mula risau.

"Eh, aku kat sini?" Pertanyaa tiba dari Charlotte membuat Maysie semakin risau.

"Yelah, dari tadi lagi kat sini" Maysie dapat mengagak 'mereka' mula mencari, jangan - jangan lelaki tadi adalah... Ringgg!

Belum sempat otak Maysie mencerna satu deringan telefon menyedarkannya. Telefon yang berada dalam poket seluar dikeluarkan.

Lantas Maysie menjawab panggilan itu.

Charlotte masih bingung. Macam mana aku kat sini? Tadi kan aku kat tempat orang ramai.

" Uncle John dah sampai " Bagi tahu Maysie apabila talian sudah ditamatkan.

Charlotte terpinga. "Ouh"

"kau okay tak ni?"

"O-okay jom balik" Charlotte terus keluar dari dapur meninggalkan Maysie yang masih runsing keadaan Charlotte.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience