Rate

Prolog

Action Series 1346

10 tahun lepas....

Hidup aku tak bermakna....

Menahan perit tanpa diduga....

Hidup merana.... Kerana kecelakaan dua pihak

"KAU PENGKHIANAT!" Satu bunyi tembak dari senjata M4Rifle tepat mengenai dada wanita dan satu lagi di dahi wanita itu. Sepantas itu nyawanya sudah habis. Budak lelaki yang melihat kejadian itu lantas memeluk tubuh yang tidak bernyawa, ibunya.

Menangis sekuat kuatnya.

Seorang budak perempuan yang polos bergaun merah putih menangis dengan penuh ketakutan. Apa yang dilihatnya tidak diduga. Darah mengalir di setiap mayat itu membuatkan dia seperti budak sial.

"Papa! Apa papa dah buat! " Jerit anak perempuannya itu. Tidak sangka ayahnya yang dianggap hero ialah penjenayah.

Lelaki itu menghiraukan anaknya. "Papa!" Kesabaran mula menipis apabila melihat ayahnya berdiam diri.

Bunyi helikopter menuju rooftop di mana kematian ibu budak lelaki itu. Lelaki itu mula kalut. Lantas dia mendukung anak perempuannya walaupun anaknya berulang kali memukul dada sasanya.

Lelaki itu berlari meninggalkan budak lelaki bersama mayat ibunya.

Semenjak dari itu....

"Papa... Papa..." Kini gadis itu berumur 19 tahun. Cukup untuk faham apa yang berlaku, pisau masih lekat di dada.

"Chloe..." Tangan yang sudah berlumur dengan darah menyentuh pipi anak gadisnya. Nafas yang seakan nyawa ikan cuba bertahan demi melihat anaknya.

"Tinggalkan papa ... Selamatkan diri kamu sebelum misil dilepaskan.. Ambil kotak ini .. Pakai supaya.... Kamu tahu siapa kamu, carilah dia ..... Papa ... S-sayang k-k-kamu" Lelaki itu tidak dapat bertahan. Dia menghabiskan wirayat hidupnya dengan ayat itu.

"PAPA!!" Segera gadis itu memeluk ayahnya yang sudah meninggalkannya.. Buat selama lamanya.
.

Satu dentuman kuat bertubi tubi menuju kearah rumah agam.

Gadis itu sempat keluar dari situ. Namun hatinya masih di situ runtuh bersama bangunan.

Memandang sambil memegang kemas kotak kayu ukiran bunga emas dan bulan kristal. Air mata terus turun....

Renjatan elektrokonvulsif mengaburkan perkara sebenar,

Hentukan kuat di dinding besi mengaburkan memori..

°°°°

Tik... Jeda

Tik... Jeda

Tik...

Bunyi air yang jatuh ke dalam singki besi seperti bunyi degupan jantung.. Sangat perlahan..

Cahaya yang bersinar amat terang mengaburi mata dan minda. Sakit di kepala tidak dapat dikawal terasa seperti sesuatu tajam lebar dan panas mencucuk saraf otak, sakit di seluruh badan dihiraukan. Terasa ada satu arus asing melalui setiap urat. Pantas dan tajam.

Chloe... Chloe seperti ada sayup suara memanggil... Tapi, siapa Chloe?... Siapa Alex?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience