Rate

Bab 1

Romance Series 1872

Tiga beranak itu selera menikmati makanan tengahari yang dimasak oleh pembantu rumah. Nampak selera tiga beranak itu dengan gelak tawanya. Sementara menunggu syatilla mereka makan dahulu. Sudah dipanggil tadi tapi disuruhnya makan dahulu.
"sedap kan abang bibik kita ni masak" ujar Datin Sri Faridah.
"tulah kalau hari-hari makan macam ni roslan pun boleh gemuk" sampuk lelaki lembut itu.
Datin Sri Faridah dan Datuk Sri Farid hanya ketawa melihat telatah anak mereka.
"kenapa adik tak turun lagi ya?" soal Datuk Sri Farid pada roslan.
"roslan dah panggil tapi dia tu kata nak turun jap lagi lah apalah!" dengus roslan geram.
Dah macam tuan puteri pula adik tirinya itu mahu dipanggil turun makan.
"yelah adik sibuk belajar sampai lewat malam kan SPM nak dekat"
Tiba-tiba syatilla muncul di dapur. Gadis itu tahu yang roslan merungut padanya. Padan muka?! Siapa suruh panggil aku kan dah kena! Ujar syatilla dalam hati.
"morning mama,papa abang roslan?!" loya tekak syatilla apabila menyebut perkataan 'abang'pada roslan.
Hari lahir roslan lebih awal dari syatilla jadi di depan papanya terpaksa lah dia berpura baik dan menghormati dua beranak itu kalau papa tak ada memang dia lawan.
"morning sayang?! Come duduk sini, penat ya study" balas Datin Sri Faridah dengan nadanya yang cukup lemah-lembut.
Syatilla terpaksa duduk di sebelah Datin Sri Faridah. Ikutkan hati memang tak ingin tapi disebabkan papa terpaksa. Ibu tirinya itu baik sebab papa ada di depan mata kalau tak memang tak ingin lah wanita itu melayannya dengan layanan paling baik sebegini.
"sayang nak makan apa? Ada nasi goreng, bihun dengan mee" soal Datin Sri Faridah.
"apa-apa je" balas syatilla.
Datin Sri Faridah mengambil mangkuk yang berisi nasi goreng dan dituangkan pada pinggan anak tirinya itu. Nasi itu dituang dengan banyak sekali. Sakit betul hatinya kerana terpaksa menuangkan nasi buat gadis itu. Dah macam dia pula orang gaji.
"banyaknya mama?!" syatilla bersuara.
Datuk Sri Farid memandang wajah kedua-dua gadis itu. Kemudian pandangannya dialihkan pada pinggan syatilla yang diisi nasi goreng yang banyak. Syatilla tersenyum sinis.
"erm papa?! Bulan depan nak exam dah" roslan cuba mengalih perhatian Datuk Sri Farid.
Datuk Sri Farid hanya mengangguk manakala Datin Sri Faridah menjeling syatilla. Semakin hari syatilla makin pandai melawan cakapnya dan bijak mengenakannya semula.
"bulan depan papa kerja kat luar" beritahu Datuk Sri Farid.
"dekat mana abang?"
"london, awak nak ikut?" soal Datuk Sri Farid.
Datin Sri Faridah kembali ceria apabila ditawarkan mengikuti suaminya pergi ke luar negara.
"papa berapa lama kat sana?" soal syatilla.
"tak lama lepas syatilla dan roslan habis exam, ingatkan nak bawak kamu berdua tapi papa baru teringat exam nak dekat" balas Datuk Sri Farid.
Syatilla mengangguk tanda faham. Matanya teralih ke arah roslan yang sedang termenung seketika. Sudah dia agak lelaki lembut itu pasti akan mengenakannya apabila papa dan mama tirinya tiada di rumah. Dia harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Syatilla menutup buku teks sejarahnya dengan kasar sekali. Nak dekat satu jam dia dengar abang tirinya itu pasang lagu dengan kelantangan yang paling kuat. Sudah lah semua lagu-lagu dangdut. Sangat mengganggu fokusnya yang sedang belajar.
Rimas dengan bunyi yang makin membingitkan telinga segera syatilla keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik roslan. Syatilla mengetuk dengan kuat sekali. Roslan berani membuka lagu dengan kuat sekali jika mama dan papa tiada di rumah kalau ada memang tak berani.
Syatilla cuba memulas tombol pintu dan menolak pintu bilik dengan kasar sekali. Kelihatan roslan duduk dengan selamba di atas katil bersama majalah di tangan. Peperiksaan nak dekat pun boleh lagi abang tirinya ini mendengar lagu dangdut?! Tak keluar pun soalan ni.
"kau ni pekak ke?!" marah syatilla.
Roslan segera bangun dari katil apabila melihat syatilla berdiri betul-betul di hujung katilnya. Dia pun tidak perasan bila masa adik tirinya itu masuk ke dalam bilik.
"kau ni pakai masuk je bilik aku kan lepastu suka hati panggil aku pekak" marah roslan dengan gaya lembutnya.
Syatilla menepuk dahinya lalu mendengus. Geram dengan sikap roslan yang langsung tidak bertimbang rasa. Hampir dua belas tahun mereka menjadi adik beradik tiri tidak pernah sekalipun roslan ini memberikan ketenangan pada dirinya. Syatilla pergi ke arah radion lalu menekan butan off.
"nak dekat sepuluh kali aku ketuk pintu bilik kau memang layaklah aku panggil kau pekak" syatilla bersuara dengan kasar sekali.
Seperti biasa roslan akan buat pekak sahaja. Kalau nak melawan balik syatilla memang tak sebab dia yang lembut ini tidak mampu melawan syatilla yang ganas dan kasar orangnya.
"kau tau tak atas katil aku tu dah penuh kapas aku sumbat dalam telinga aku tapi radio dalam bilik kau ni memekak tau tak!" sambung syatilla lagi.
"habis tu kau tak boleh cakap elok-elok" soal roslan.
"bukan tak boleh tapi kau ni memang jenis tak faham bahasa! Dah aku tak nak kau bukak radio ni kuat-kuat kalau tak nampak ni!" syatilla menujukkan buku limanya di depan muka roslan.
Roslan mencebikkan bibirnya. Tak habis-habis nak ugut orang.
"okay fine?!" balas roslan.
Syatilla keluar dari bilik lelaki itu dengan perasaan yang marah dan geram. Kenapalah dia berjumpa dengab orang yang tak faham bahasa begini. Sudah lah peperiksaan nak dekat. Boleh pulak adik tirinya itu mendengar lagu dangdut macam tu.
Masuk sahaja di dalam bilik syatilla mengemas semula buku-bukunya dan kapas yang berselerak di atas katilnya. Langsung moodnya kelaut mahu belajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience